Friday, April 10, 2009

Keria keledek

Keria versi zueyie

Semalam first time aku buat kuih keria sendiri. Dah lama tak masak untuk hubby sejak berpantang. Tiba-tiba teringat hubby suka kuih keria. Amrullah pun suka. Petang tu Amrullah tidur, Ashiilah nenek jaga, so aku bertekad nak buat kuih keria petang tu. Kuih yang senang, ringkas tetapi sedap di makan. Entah sedap ke tidak aku buat, tapi hubby makan sampai habis. Kenyang sampai tak makan nasi malam tadi. Seronok sangat rasa bila buat kuih ada orang makan. Ni yang semangat nak buat lagi ni. Entah kuih apa pulak lepas ni, entah bila ntah nak buat. Takut 'berkuih' anak-anak jer.. hehehe..:D











1 kilo keledek (kat sini harganya rm2.60, disyorkan keledek merah)
1 1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit Garam


Sira

4 sudu sup Gula Pasir
Sedikit air


Keledek dibuang kulitnya, kemudian dibasuh dan direbus sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek.
Setelah empuk, lenyek atau tumbuk keledek sehingga hancur.
Masukkan tepung, gaulkan sehingga rata.
Kemudia bentukkan keledek yang telah digaul tadi bulat seperti cincin. (Saiz ikut suka.)
Goreng keledek berbentuk cincin tadi sehingga kekuningan. (Dah boleh dipanggil keria)
Sejukkan seketika sebelum menyira keria.
Goreng gula bersama sedikit air sehingga menggelagak.
Masukkan keria yang telah digoreng tadi.
Gaul keria bersama gula cair tadi sehingga gula tersebut berbentuk keping-keping berwarna putih.
Siap, bolehlah cuba kalau berani.. hehehe.. :D

8 comments:

fiEd.walE.SyaZa said...

la zue.. blog ko rupenye.
aku tgk ko komen kt blog suziey..
dlm ati aku mcm penah dgr je nama zueyie nie... tgk2 blog ko. hehehe..

zue, miss ya! :D

Mama Danish said...

zue..sedapnye kuih..aku xpnah wat..cnang gakla ek...eh amik award kt blog aku ek

afafita wafitos said...

salam zue..

baby dh besar, comel..dh pndai dh gelak besar
semoga ceria selalu...

zueyie said...

mamaDanish: orait..tima acih..(bahasa amrullah)

k.ummuwafi:hidup mesti enjoy...:D

iu @ wid said...

keria.... mmmm.. bertahun x makan.. susah woo nk carik keledek kat cni.. cane nk mamamm niii..ada brg mesti ku teray niii..

[-suziey-] said...

ala sedapnye keria..dh lama xmkn nih..

eh eh fied pn ade kt sini la..ekekek;D keciknya dunia:p

zueyie said...

fied: rajin2la dtg umah maya aku jie..hehehe..kep in touch..

wid: ala ..siannyer org german ngidam keria..nnt balik mesia mkn bk2 tau...

suziey:fied member sek teknik dulu..camner suziey kenal fied..memang kecik dunia nie.

akmafaizal said...

lor nape resepi kat sini skit je..bila nak tambah resipi? bole gak cuba2 nanti..hehe :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''