Adakah sekadar ikrar?? Lu Pikirla sendiri..
Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang menyedari betapa seriusnya keadaan itu mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan kita semua berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.
Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times menyokong usaha Plus itu dengan menghimpunkan selebriti pelbagai bangsa untuk sama-sama berikrar membendung kemalangan jalan raya. Bukan diri sendiri saja yang berusaha untuk mencegah kecelakaan itu, malah mereka turut menggesa orang ramai untuk turut sama menyatakan ikrar mereka di laman sesawang www.090909.org.my, bagi menyatakan sokongan terhadap usaha murni terbabit.
Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.
Petikan di ambil dari sini. Adakah ia berkaitan dengan 1 Malaysia?? Entah..Pedulikah aku?
Bagi aku?? 090909..tiada yang istimewa. Sama seperti hari-hari yang lain. Aku masih lagi seorang hamba Allah, insan yang bergelar isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Surirumah yang tidak pernah lekang dengan kerja rumah, seorang ibu yang tidak pernah kenal erti perit...harap-harapnya sampai bila-bila..:) Walaupun tidurku tak pernah lena seperti orang lain. Seorang isteri yang cuba dan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik untuk suamiku. Dan aku masih setia dengan rutin seharianku...Ada orang lain peduli?? (kecualilah my lovely hubby dan anakanda2 kesayangan ku yang selalu berdiri di belakang ku)..
No comments:
Post a Comment