Wednesday, March 31, 2010

Sticky Mode

Macam mana nak buat Sticky Mode

Baru-baru ni ada member aku baru menceburkan diri dalam dunia blogger ni. Welcome..welcome. So dia tanya camner nak buat Sticky Mode dan Auto Publish. So untuk memudahkan semua orang (termasuklah aku..mana tau tuo2 nanti lupa), aku buatla entry khas ni. Semoga dapat membantu blogger yang lain juga.

1. Buat Entry seperti biasa.


2. Setelah selesai, Klik butang PUBLISH POST.


3. Klik Menu Edit Posts, Klik hyperlink Edit pada entry yang dibuat tadi.



4. Klik hyperlink Post Option.
Tukar Post Date and Time sehingga bila kita kehendaki ia sebagai Sticky Mode.


5. Klik butang PUBLISH POST. Selesai.

p/s: Auto Publish entry selepas ini.

Tuesday, March 30, 2010

Pecah Rumah lagi...

Siapa yang perlu dipertanggung jawabkan???


Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik Kelang. Yelah..sejak kejadian pecah umah baru-baru ni, nenekAtuk di kampung tidur pun tak lena. Semoga dengan kedatangan kami dapatlah meredakan sedikit rasa tidak keruan atukNenek. Terhibur sikit hati atukNenek bila bermain deangan cucunda Arullah dan Ashiilah..hopefully..:)

Nak dijadikan cerita, malam tu, hubby tido lambat. Biasalah buat kerja.. Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi orang berjalan di kaki lima. Hubby ku kejut atuk, nak minta kayu. Memang sejak kejadian haritu atuk dah standby kayu. AtukNenek rasa tak sedap hati. Nenek pun telefonlah jiran sebelah. Rupa-rupanya baru sekejap tadi ada kes di kejiranan sini. Dorang baru nak bagitau nenekAtuk. Rumah-rumah lain pun dorang call supaya berjaga-jaga. Almaklumler pihak berkuasa yang 'bijaksana sini' kat situ kan suruh jaga rumah sendiri. Tapi kali ni pencuri tak sempat masuk coz ada orang sedar. Ish.ish..mengeluh aku dan hubby. Ni kes yang ke4 di kejiranan atukNenek. Start akhir tahun lepas sekali. Pastu, bulan2-3 ni 3 kes. Takkan nak tunggu sampai ada kes meragut nyawa kot. Mentang-mentanglah kami orang kampung. Dah tua-tua.

Ada orang nampak pencuri tu macam warga asing. Memang tak dinafikan di sana banyak warga asing. Almaklumler dekat kawasan kilang. Pastu banyak lak pembangunan sekarang. Yang dorang ni pun cari ler keje lain. Datang dari jauh, profesion mencuri juga jadi pilihan. Jadilah pencuri kat kampung sendiri. Kebanyakkan orang muda kampung ni bekerja di bandar. Sedih bila mengenangkan nasib orang kampung tu sebagai 'rakyat yang didahulukan' dilayan begini.

Patutlah hubby respect tul dengan rakyat korea. Pegangan dorang 'Satu nyawa amat berharga kepada Negara. Tanpa orang tua, tiadalah kita sekarang'. Tu sebab dorang ni hormat dan respect kat orang tua. Ni aku puji2 negara lain kang ada pulak orang suruh aku tukar warganegara lak..heheha.. Korang fikirla sendiri..

Friday, March 26, 2010

Laguku Untukmu

Khas untuk Anakanda Tercinta


Lama betul tak update blog ni. Macam-macam hal terjadi kebelakangan ini. Adik hubby disahkan kene ketumbuhan rahim, anak buahku operate, umah makabah kelang kene pecah masuk (terjadinya insident tak puas hati ngan pihak berkuasa..klau dicerita mau panjang berjela..makin berapi nanti.. kesimpulannya..ada ke patut dier suruh umah sendiri, jaga sendiri..tk kene bolehla cakap, klau kene batang hidung sendiri baru tau..gaji naik suka bukan main..rakyat didahulukan??..korang pkla sendiri..)..anakanda Ashiilah berak-berak..dengan diriku yang tak berapa sihat. Dah 3-4 hari dah..ish.ish.. Sian anakanda. Maaf di atas sifat kesabaran ibu yang 'kurang'. Terima kasih en.abah sebab memahami. I love u all very much.. I'm, sorry..Mianne..

Lagu ni dicipta oleh en.Abah OTW balik Terengganu haritu.

Anak ibuAbah
Ahmad Amrullah anak berjurus,
Anak yang soleh, cerdik pandai,
Nurul Ashiilah anak berjurus,
Anak yang solehah, cerdik pandai,
Dua-dua anak ibu dan abah,
Rajin bersolat bertakwa pada Allah.

p/s:ikut rentak lagu rumah ter bakar panggil bomba.

Along dah pandai dah nyanyi lagu ni, dia selalu nyanyikan tuk ashiilah..tp ibu tak sempat rekod lagi...hehe..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''