Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Bonda Sutina Binti Abdullah


Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu especially untuk ibuku tercinta Bonda Sutina. Sesungguhnya Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu besar buat diri ini. Sehingga kini masih tidak terbalas olehku. Maafkanlah segala salah dan silap anakmu ini. Dan halalkanlah air susu mu dan segalanya. Mmuuaaarrhhh... Selamat Hari Ibu.. Mak. (gambar ibuku bersama amrullah)

Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]

  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…

  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]



4 comments:

aleasofea said...

selamat hari ibu zue..wah dah dua cahaya mata..bertambah la pengorbanan seorg ibu..

thanx for award tau..br terbaca ada list nama linda..pertama kali dapat award..nasib baik dah belajar..nanti linda amik yer..tak sempat nak amik sekrg..irdina dah bgun nak susu ibu dia..hehhee...

zue, masa zue peknen 2nd..anak 1st umo waper?

♥ Darina Shower Scrub said...

thanks linda. dah anak 2 ni makin sibuk n kurusla si ibu ni.hehehe..masa peggy 2nd baby masa tu amrullah br 9 bln rasanya...

Suziey Ahmad said...

selamat hari ibu zueyie...huhuh..terharu bila keanng pengorbanan ibu kita..n sakng kita plak dh lalui..lg kita paham..

♥ Darina Shower Scrub said...

suziey: betul..betul..betul...:)..patutlah syurga anak terletak di bawah telapak kaki ibu kan,dalam maknanya.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''