Dengan kefahaman yang serba dhaif memang tidak saya ketahui satu nas, sanad mahupun isytisyhad (contoh dan dalil) yang qat'ie (pasti dan jelas) bahawa membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah adalah perlakuan Baginda saw ataupun dari para sahabat dan tabi'in. Kalau ada pun cuma satu rujukan hadis yang tiada nama sanad perawinya iaitu amalan yang disunatkan pada bulan Muharam.
Tetapi apabila saya merujuk kepada riwayat Wahab bin Munabbih iaitu kisah Baginda Rasulullah saw. bersoal jawab dengan Iblis laknatullah’alaih terutamanya pada soalan 37 dan 38, lain pula kisahnya.
Wahab bin Munabbih yang wafat pada tahun 114 Hijrah adalah seorang ahli ilmuan Islam yang terkemuka. Meninggal dunia di Sanaa dan telah dianggap oleh penduduk Sanaa sebagai Hujjah Fi Al-Quran
Berikut saya sisipkan soal jawab Baginda saw. dengan Iblis laknatullah’alaih perenggan 37 dan 38.
(37) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau?”
Maka jawab Iblis laknatullah’alaih: “Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi”
(38) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau?”
Jawab Iblis laknatullah’alaih: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebaikan dan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini”
Dari riwayat di atas, maka serba sedikit dapatlah disimpulkan bahawa memang adanya bacaan doa akhir dan awal tahun Hijrah berserta fadhilat dan ganjarannya yang mampu menghapus buku amalan dosanya. Tetapi sukacita saya mengingati diri saya dan juga sahabat, bahawa ini bukan bermakna kita boleh melakukan dosa-dosa kecil dan besar kemudian dihapuskan dengan sekadar membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah.
maklumat dari bacaan menerusi http://www.tranungkite.net sebagai panduan kita bersama.
.
No comments:
Post a Comment