Salam Maulidur Rasul
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di seluruh alam semesta.Kelahiran baginda merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Antara orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah
s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan
hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling
gembira. Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Adakah Abu Lahab dijanjikan syurga? Bagaimanapun Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah seseorang yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.
Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah mereka yang melihat aku dan
beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali)."
Begitu jugalah sambutan pada masa kini, tiada guna jika kita menyambut Maulidur Rasul secara
besar-besaran sedangkan tiada pengisiannya. Apa tujuan kita menyambut Maulidur Rasul
sebenarnya? Ia bertujuan untuk memperkenalkan siapa sebenarnya Rasulullah s.a.w dan
keperibadiannya (akhlaknya serta amalannya) kepada umat Islam agar menjadi ikutan umat
Islam. Lebih-lebih lagi pada zaman kini yang mana ramai diantara umatnya tidak mengenal
siapa Rasulnya.
Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Sambutlah Maulidur Rasul kali ini dengan penuh dengan pengertian dan penghayatan...
1 comment:
salam maal hijrah juga..:)
Post a Comment