Sunday, February 24, 2008

Singapore

Amboi.. sekarang ni kan sibuk dok promosi Cuti-cuti Singapore.. Kat tv tu siap nyanyi-nyanyi lagi. Walaupun saya ada saudara di sana, tapi rasanya tak pernah lak mak bawak pi Singapora. Kalau ada kenduri kahwin pun mak abah yang akan pi ngan nenek dan sedara yang lain. Walau bagaimanapun, tahun 2005 dapat gak saya menjejakkan kaki ke Negara Singapore ni. Tapi bukan pi melawat pakcik sedara, p jalan-jalan.. heheh.. Tumpang company je.. :) Republik Singapura ni seluas kira-kira 692.7km persegi. Kalau korang ingat, dulu Singapura dikenali sebagai apa? Ya betul..Temasek. Pandainyer... Kemudian ia bertukar menjadi Singha Pura atau 'Bandar Singa' dalam bahasa Sanskrit. Dulu Singapura ni sebahagian dari Persekutuan Malaysia, tapi pada 9 Ogos 1965 ia telah merdeka dan menjadi sebuah negara republik. Oklah, jom ikut kisah kami menjelajah Singapura..

Hari Pertama...
Kami pergi ke Singapore menaiki pesawat MAS. Nie la negara pertama saya jejak sebelum China dan Korea. Kira intro la ni.. heheh. Disebabkan first time, rupa-rupanya penerbangan antarabangsa kene naik aerotrain ke tempat pelepasan antarabangsa. Baru tahu..heheh. Best gak naik aerotrain, kite leh tengok lapangan terbang dengan lebih 'clear' lagi. Sementara menunggu waktu pelepasan pesawat, kami minum-minum dahulu di 'Golden Lounge Satellite MAS'. Dari ruangan minum, kami boleh lihat dengan jelas landasan kapal terbang.

Kami mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapore. Kami menaiki CityCab untuk ke hotel. Kami menginap di Grand Plaza Parkroyel Hotel. Disebabkan kami sampai di hotel agak lewat, selepas rehat dan membersihkan kami keluar mencari tempat makan malam dan berjalan di kawasan sekitar dan disekitar 'boat- quay'. Seperti yang kita ketahui, Singapore sememangnya negara yang bersih. Cam kagumlak rasa. Tak nampak sampah langsung sepanjang kami bersiar-siar. wallllahh...

Hari kedua...
Ke Pulau Sentosa. Masa ni Pulau Sentosa taklah seindah sekarang. Sekarang macam-macam ada kat sana. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. yela..nak memulakan aktiviti lawatan. Semangat sikit, baru best... Tempat pertama kami ialah 'Mount Faber Cabel Car Station'. Best cable car dier.. merentasi laut.. lalu dalam bangunan.. syok.. syok... Stesen perhentiannya ialah 'Sentosa Island'. Dari atas kami lihat 'Keppel Harbour'. Di sana kami melawat 'Butterfly Park', kat situ bukanlah setakat ada butterfly jer, belalang dan kala jengking pun ada. Kitorang test berani kat sana, pegang kala jengking..ada berani... tryla... heheh.. Seram gak sebenarnya.. Kemudian kami masuk lak ke 'Insert Kingdom'. Ia berada dalam kawasan 'Butterfly Part' jugak.

Destinasi seterusnya ialah "Underwater World Singapore'. Best jugak.. tapi klau korang yang pernah pi mana-mana underwater world tue, kira lebih kurangla. Mungkin sini lebih sikit kot.. hehe.. Spesis ikan sebelah ni kagum betul suka tengok, sebab ia transparent. Indahnya ciptaan Tuhan. Kat bahagian luar pula terdapat 'Underwater Viewing Chamber'. Ia macam mini Waterworld la. Setelah puas berjalan di sekitar kawasan yang sewaktu dengannya, kami menaiki bas untuk ke perhentian kereta kabel. Dah nak balik ler tue... Jangan lupa singgah di Merlion dulu. Sempat gak la beli souvenir sikit..

Esoknya kami sepakat untuk menjelajah Singapore dengan berjalan kaki.. hehhe.. Test power skali.

Hari Ketiga...
P
erjalanan kami bermula selepas sarapan. Tempat pertama ialah sebuah pasaraya berdekatan hotel. Kemudian kami meneruskan perjalan ke 'Esplanade' atau dikenali sebagai ' Esplanade Teatres on the Bay'. Kalau kat tempat kita macam Balai Seni Budaya la.. Bangunan dier cantik, pelik dan menarik, macam bentuk durian. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke 'Merlion River'. Masa kami sampai, cuaca agak mendung.. so angin kuat.. sejukkk.. Merlion kat Singapore ni tempat wajib kunjung. Ia trademark bagi Singapore. Sang Kepala Singa Berbadan Ikan ini setinggi 8.6m manakala anaknya 'Cub' setinggi 2m. Selepas puas menikmati keindahan Kota Singa dan membeli sedikit souvenir, kami pulang ke hotel. Petang ni dah nak terbang balik ke Malaysia. So takleh nak jalan lama-lama. Sebelah petang, kami bersiap-siap untuk ke airport. Tamat sudahlah percutian kami di Singapore.

Jumpa lagi....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''