Saturday, February 16, 2008

Singgah Sebentar-Bukit Kayu Hitam-Danok-Lumut:2006

Assalamualaikum..
Lamanya rasa dah tak tulis apa-apa cerita kat blog ni. Bukan apa busy sikit.. almaklumler surirumah yang berjaya lah katakan.. hehehe.. Hari tu Chinese New Year kitorg balik kampung belah husband dulu coz kakak husband dari Bukit Kayu Hitam balik. Almaklumler dah lama orang jauh tu tak balik. Sesekali jumpa orang jauh ni best gak.. banyak sikit cerita.. hehe..

Kami rajin juga ke sana, selalunya kami akan singgah di rumah adik husband di Lumut. So perjalanan kami selalunya akan ada 2 tempat perhentian, Lumut dan Bukit Kayu Hitam.
Akhir tahun 2006.... Nak dijadikan cerita..... Dari Kuala Terengganu - Bukit Kayu Hitam - Lumut - Kuala Lumpur...

Kami bertolak dari Kuala Terengganu ke Bukit Kayu Hitam pada belah petang. Saja je kami keluar lewat dengan harapan dapat jumpa gajah di Hightway Timur Barat. Mengikut kata orang, gajah liar sekeluarga ni akan keluar cari makan pada waktu senja. So kami pun cuba sampai ke kawasan gajah liar melintas pada waktu berkenaan. Walaupun sebelum ni kami dah pernah terserempak sekali sewaktu melalui kawasan tersebut, tapi waktu tu petang. Releks jer gajah ni jalan kat tepi jalan. Terkejut jugak kami, yela manalah kami biasa. Buatnya tiba-tiba dier langgar keta kami yang 'comel' ni tak ke terbalik.. haru.. haru.. Tapi perlu diingat, jangan sesekali bunyikan hon kereta anda, nanti terperanjat makhluk Allah tu, besar kemungkinan memang dilanggarnya keta kita.

Sampai di puncak bukit higway ada kawasan rehat. Kami berhenti di situ untuk melihat pemandangan yang cukup indah. Masa tu pun matahari dah nak terbenam. Nasib tidak menyebelahi kami kerana matahari terbenam dari arah belakang, jika matahari terbenam dari arah hadapan mesti kami dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Selepas berehat seketika, kami meneruskan perjalanan kami yang masih jauh.

Kami sampai ke destinasi dah lewat malam. Almaklumler banyak 'makan langsat'. Tu yang lewat sampai tu. Memandangkan husband kakak ipar cuti sok, kami rancang nak masuk Danok esok. Dia dah biasa masuk Danok, so selamat sikit rasa, lagipun dier ada kenalan di sana. heheh.. Ish.ngantuknyer...Esok nak p Danok..esok nak p Danok...ZZzzz.....

Pagi-pagi lagi, lepas sarapan kami teruskan perancangan untuk ke Danok. Nasib baik memang bawak pasport, so tkde masalah la nak masuk sana. Heheh.. kami selalu prepare pasport klau pi mana-mana takut-takut terlepas ke negara orang.. senang sikit.. hehe. Kami masuk Danok dengan menaiki kereta abg ipar. Memang dekat dengan tempat tinggal kami, lebih kurang 30 minit kami sampai ke imigresen. Banyak betul kenderaan keluar masuk Danok nie. Almaklumler..ia kan terkenal ngan aktiviti x@y!z2#... so sendiri mau ingatla..

Kami hanya berjalan di kedai-kedai berdekatan. Boleh tahan gak harganya.. Murah..tudung cukup murah.. Disebabkan bukan niat kami datang nak ber'shopping' so kami tk beli apa sangat pun. Saya hanya membeli dua helai seluar jeans dan husband membeli sehelai baju. Kemudian kami menyambung aktiviti berjalan-jalan di sekitar Changlong dan kawasan berdekatannya.

Esok kami bercadang untuk singgah ke Lumut, rumah adik husbandku sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Selepas sarapan, kami memulakan perjalan ke Lumut. Kedah ke Lumut tidaklah berapa jauh. Sesampai di sana, kami ke Jetti Lumut,Pulau Pangkor. Kami hanya menikmati pemandangan di jeti dan membeli beberapa jenis makanan berasaskan hidupan laut. Insyallah, lain kali kami datang tuk ke Pulau Pangkor lak... hehe.. Pada sebelah malamnya, kami berjalan-jalan bandar Teluk Intan untu melihat Menara Condong. Rasa macam nak jatuh jer manara tu.. Esok perjalanan akan diterusan untuk ke Kuala Lumpur. So lepas makan malam, kami balik dulu untuk berehat.

Selepas sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan kami bertembung dengan kereta kebal (ye kot) ke mana ye dorang nak pergi.. Itulah kisah perjalanan dan persinggahan kami.. Daaa...jumpa lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''