Sunday, June 22, 2008

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.


EEmm..dah lama rasanya tak mandi laut. Tinggal kat negeri persisiran pantai pun jarang mandi pantai. So untuk menghilangkan 'gian' mandi laut, pada 13 Jun 2008 kami pun merancang untuk ke Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Cantik nyer planning, kami ajak sebuah keluarga lagi (PokRashid) join kami. Planning asal : Duk kat Bukit Kluang Beach Resort 13,14 Jun 2008, leh mandi pantai Bukit Kluang + Mandi kolam Bukit Kluang Beach Resort.

Pada 13 Jun 2008, seawal jam 10:00 kami memulakan perjalanan. Kami singgah sekejap di Mydin Mall untuk sarapan. Jam11:00, perjalanan diteruskan menuju ke Besut, Terengganu. Nak dijadikan cerita, apabila kami sampai di Bukit Kluang Beach Resort, bilik penuh. Habis tempat kami survey,semua penuh. Akhirnya tanpa dirancang, sampailah kami di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Jauh menyimpang nampaknya. Takpela, kira cuti-cuti Kelantan la pula kali ni. Nasib baik ada 2 bilik kosong walaupun tak ada bilik dekat-dekat. Ketika tu jam dah menunjukkan jam 15:30. Selepas solat dan rehat sebentar, kami pun pi lah terjun kolam. Tak mandi laut sebab ia luar dari resort. Anakanda Amrullah la insan yang paling gembira. Dia memang pantang jumpa air banyak-banyak ni. Gembira bukan kepalang. Abah dah belikan Amrullah pelampung yang ada tempat duduk so bolehlah dia bebas sikit. Masuk jer dalam air, hidup semua kaki tangan anakanda. Nampak dari gayanya cepat ni anakanda pandai berenang. Memandangkan cuaca agak panas, kami naik setelah lebih kurang 30 minit berendam.

Jam 18:30 kami keluar makan ikan bakar di Restoran Amiera, Kuala Besut. Kuala Besut dan Bachok dekat je, kira sempadan Terengganu-Kelantan. Sedap jugak ikan bakar di sini. Selepas masing-masing dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Pasar Malam Pantai Irama, Bachok. Pasar malam ni agak besar. Pelbagai barangan dijual. Kemudian kami ke Wakaf Che Yeh,Kota Bharu untuk membeli belah. Suasana di sini masih meriah walaupun ketika ini jam menunjukkan jam 22:30. Pasar Wakaf Che Yeh ni memang glamour dengan pelbagai barangan, semua ada di sini. Barangan dapur, barangan keperluan rumah, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan pelbagai lagi. Ada juga orang kata ia 'ala-ala Rantau Panjang'. Harganya pun oleh tahan murahnya. Setelah penat berjalan, kami pulang lebih kurang jam 00:30.

Esoknya, selepas bersarapan nasi lemak, kami check-out jam 09:00. Kami bertolak agak awal kerana ingin singgah di Setiu melihat tanah sawah Pok Rashid. Akhirnya lebih kurang jam 12:00, kami sampai di rumah. Masa berjalan tak terasa penat, bila sampai di rumah letih juga rasanya. Nak rehat jap la, jumpa lagi...

7 comments:

HELME said...

kalau ke Kota bharu abang boleh menginap di Guest house saya, Kondo terletak di pelangi mall kondominium, tepi sungai kota bharu.
tempatnya cantik, ada kolam renang kanak2 dan dewasa, sauna, gym.... 5 minit je jalan kaki ke pasar siti khadijah..parkson.

blog saya, www.amyhelme.blogspot.com

email: amyhelme@yahoo.com

Anonymous said...

saya pernah dua kali buat family day di sweet beach resort to bali.. tapi agak menyedihkan ,bila kita komplen management dia buat bodo aje... macam dia ni dah kayoo sangat ..macam tak perlukan guest lagi untuk menyempurnakan matlamat perniagaan mereka.

1. Bilik air yang berbagai benda patah dan rosak. sangat memalukan .
2. air cond 1 hose power digunakan untuk bilik yang besar ,bila komplen,mereka kata ..air cond okay..macam kita orang kampong yang tak pernah guna air cond dibuatnya.
3. Pekerja house keeping yang tak reti berbudi bahasa. Mungkin perlu di hantar kursus lagi lah.. mungkin dia orang pekerja yang tak sekolah kut.
4. staff maintenance yang hanya tahu beri alasan tanpa solution .. kunci pintu rosak pun ..dia buat bodo sahaja.. tak ada ciri keselamatan pengguna.
5. Jadi awas...ini bukan sabotaj..tapi dua tahun kami sewa untuk family day... nakpak gaye sama saja ..kedua dua tahun servise teruk dan semakin teruk ... next year ..tak sewa lagi kut.. dah serik lah..

semoga ada perubahan.. good luck !

Anonymous said...

saye penah datang sini. teruk betul tempat die.tak macam resort lansung.dah la macam kampung,toilet pom kalah toilet org asli.frust la mcm ni.kate resort,resort ape mcm nim.kite org sampai sana kol 11,kol 4 baru bulih masup chalet.penat la.restuarant pom sebijik mcm kantin skolah.makanan pulak macam yg jual kat tepi jalan.tawar.len kali tak yah g lagi.buad penat jer poket abis

Anonymous said...

brpe hrga smalaman kt resort ni.??komen plezz..

Anonymous said...

Hotel yang low security. Check in tak sampai 12 jam boleh hilang kereta mewah Dan barang barang berharga sebab pintu Bilik kena umpil . Yang mangsa hanya guest yang tinggal Kat sana . Konon simpati , bawa kita gi Buat report polis pastu percuma Bilik
Dan air mineral Buat balas simpati ., apa yang sweet sangat ? Takut dah ...

Anonymous said...

It's very easy to find out any matter on net as compared to textbooks, as I found this piece of writing at this web page.

My blog: click this hyperlink for idol lash reviews info

Anonymous said...

I'll right away grasp your rss as I can't find your e-mail subscription hyperlink or newsletter service.
Do you've any? Please allow me know so that I may subscribe. Thanks.

Visit my webpage - know a lot more about breast actives

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''