Thursday, July 9, 2009

Dapat baju baru

Ashiilah dan skirt

Assalamualaikum semua..lama benor rasanya tak mengemas rumah maya ku ni. Almaklumler sejak dua menjak beribukan dua org anak ni, busy ckit. Baru 2..kalau 3 mcm manalah agaknya. hehehe.. Celik mata sampai nak tido..keje..keje..keje.. Biasala surirumah. Kepada sesiapa yang jaga anak sendiri aka surirumah sepenuh masa mesti faham maksudku. Masa tido jer la releks skit. So masa ber'blog' pun agak terhad skit. Namun aku tetap gembira dengan profesion ni. Sentiasa dapat bersama keluarga tercinta, dapat melihat anak membesar depan mata dan menyambut hubby pulang setiap hari.

Entry kali ni sebenarnya aku nak cerita pasal anakanda Ashiilah. Hari tu kitorang dapat jemputan kahwin jiran lama mak aku. Rumahnya di Senawang. Kitorang pun merancang bertolak dari rumah aku je, so mak dan abahku tido di sini je la. Esoknya ketika bersiap, mak aka nenek ashiilah yang menyiapkan Ashiilah, mintaklah aku baju Ashiilah. Nak dijadikan cerita, sememangnya aku mahupun hubby tak pernah belikan Ashiilah baju baru. Selama ni dia dok pakai baju alongnyer aje kecuali baju orang bagi. Aku pun bagilah baju+seluar kat nenek Ashiilah. Mak ku mintak baju skirt, dia kata Ashiilah kan pompuan biaqla pakai skirt kecik-kecik ni. Nanti dah besar takleh kasi pakai. Aku pun sengeh-sengeh jerla. So ujung minggu tu akupun ajaklah hubby ke Jaya Jusco, Seremban 2 untuk cari baju baru aka skirt anakanda Ashiilah. Sian anak ibu, mentang-mentanglah Ashiilah tak pandai mintak, pakai baju along aje.
Kita kan tak elok membazir. Membazir itu amalan syaitan..:D
Mana cantik?? Ashiilah pakai apa pun cantik.. kan anak ibu. hehehee.. (perasan skit)

4 comments:

iu @ wid said...

sume cantik.. paling suka yg bwh sekali kaer merah.. pink bile lagi..ehehehe

zueyie said...

pink..hehe..ntahla..ibu ashiilah kureng skit warna pink nie...:D

[-suziey-] said...

aah tantek2..ape2 ashiilah pakai pn tantek..i likee the 1st pic

eriey said...

seme chantekk..oren n meroh..my peberet kaler!heh heh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''