Friday, July 10, 2009

Terima Kasih AcuYana

AcuYana dah abis kursus
Entry kali ni khas untuk acuYana aka adikku. Sepanjang cuti sem, acuYana tinggal bersama ku di Senawang, N9. Sepanjang itu jugalah, tugas ku menguruskan rumah agak ringan di atas bantuannya menjaga anak-anakku. Kebetulan emakku juga tiada di rumah ketika itu, menjaga anak kakakku di Senawang juga. So taklah jauh kalau acuYana nak jumpa emakku. Seminggu sebelum buka semesta aku hantar acuYana balik kelang. Sian dia nak rehat. Dulu kalau aku marah anakanda Amrullah, dia akan merajuk ke AcuYana. Sekarang anakanda Amrullah seperti hilang tempat mengadu pula, membawa diri bila dimarahiku.

Di sini akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak coz Yana sudi duk di rumah akak membantu mana-mana yang patut lebih-lebih lagi melayan kerenah anakanda Amrullah. Terasa ringan sedikit kerja seharian. Akak doakan semoga Yana akan berjaya dengan cemerlang sem ini. Semoga dapat mengekalkan gelaran Dekan seperti sem-sem lepas. Semoga "kursus pendek" di rumah akak leh wat panduan bila Yana berumahtangga+beranak nanti..:D. Maaf atas segala kekurangan dan kekilafan diri ini. Jasamu akan kami kenang...

p/s: Kalau yana baca blog ni, Amrullah rindukan AcuYana, sampai mengigau panggil "Acu..Acu". Senang-senang datanglah rumah kami lagi. Sentiasa dial-alukan.

3 comments:

[-suziey-] said...

waaa baik btol acuyana..heheh..rajin plak tuh:p

eriey said...

untung acuyana..ni msti suka budak2..heh he sian kt ahmad siap ngigau lagik..heh heh

zueyie said...

suziey n eriey: acu & ahmad..bagai isi dan kuku gitu hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''