Friday, September 4, 2009

Pulau Perhentian, Terengganu : 2009

Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia

Entry kali ni agak terkebelakang skit storynya. Tapi aku tetap nak letak kat blog ni. Sebagai memori indah aku dan keluarga.










(Kiri) Sewaktu menunggu boat datang.Depan yang dok jelir tu Chuman de enchemBoy. Belakang Chuman tula adik bujangku..Zack de machoMan..Macho ker? (Tengah) Ashiilah sempat lagi tidur di jeti (Kanan) Umar, Amrullah dan KakYong.Chuman...ghaib mana ntah masa nie...

Cuti sekolah yang lalu, aku dan beberapa ahli keluargaku telah bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Rombongan yang terlibat: aku sekeluarga, k.enon sekeluarga, adikku Emi dan Yana serta ayahku. Niat sebenar, sambil bercuti nak bercandat. Tapi memandangkan cuaca tak berapa elok, ditambah pula dengan penyertaan keluarga lain yang tak kesampaian, maka aktiviti mencandat sotong pun dibatalkan. Kami pergi pada 30 Mei - 1 Jun 2009. Ketika itu aku, adik-adikku serta ayahku sudah berada di Terengganu. Kakakku sekeluarga pula bertolak dari Kuala Lumpur-Terengganu pada malam 30 Mei. Perjalanan lebih kurang 5 jam lebih. Laju gak ni abg iparku bawak keta.










(Kiri) Abahku sedang menikmati pemandangan laut. Mak tak ikut, enjoy la abah dengan rokok-rokoknya nnt..hehe (Tengah) Amrullah dah selamat.. (Kanan) Umar pun dah selamat..Sehati sejiwa betullah dorang berdua nie..

30 Mei: Jam 05:15 kakakku sekeluarga tiba di rumahku di Kuala Terengganu. Sampai di rumah, anak-anak buahku tak tidur walaupun pagi masih terlalu awal. Tak sabar nak naik boat dorang kata. Jam 08:00 kami bertolak dari Kuala Terengganu ke Besut. Kitorang naik boat di Jeti Kuala Besut. Perjalanan dari KT-Besut lebih kurang 2 jam. Pada asalnya boat kami jam 10:00 tapi macam tak sempat jer coz keluar rumah pun dah lewat. Perut dah berbunyi minta diisi. Kami berhenti sarapan di Kuala Besut, makan nasi berlauk. Kami ambil boat jam 1:30. Jenuh gak menunggu lelama dengan askar-askar ni. Sampai tertidur-tidur anakanda Ashiilah. 2 orang askar yang agak aktif masa mula-mula nak naik boat, akhir kecundang di dalam boat. Siapa lagi kalau dua beradik lain mak lain bapak tue. Memang se'geng' betullah dorang berdua ni. Dua-dua macam robot bila boat bergerak laju. Last-last dua-dua tido... Selamat...










(Kiri) AcuYana, Amrullah dan Atok berjalan di Chalet (Tengah) Family kakakku (Kanan) Makan time.Yang tudung putih tu bibikIda, maid kakakku.

Jam 14:00 kami sampai di Arwana Perhentian Resort. Tengah hari kami makan di Restauran Fauna. Kitorang dah booking awal-awal kat restauran untuk 3 hari 2 malam bagi memudahkan sepanjang kami di sini. Ingatkan dekat dengan Arwana, rupanya punyalah jauh. Sempat lapar balik la orang kata. Dari direction yang diberi macam dekat jer..sebelah jer. Rupa-rupanya bukan sebelah jer.. lepas sebelah, sebelah lagi, lepas sebelah, sebelah lagi, lepas sebelah, sebelah lagi baru sampai. So untuk makan malam dan seterusnya kami minta pihak restauran hantar ke bilik. Nasib baik dorang setuju. Kami pun mudah, takyah turun cari makan. Lagipun ada budak-budakkan, mudah sikit.










(Kiri) Siapa lagi..Family aku la. (Tengah) Abah & Amrullah + PakTeh & Chuman tenagh berpossing (Kanan) Kakakku dan anak-anaknya Umar dan KakYong.Chuman...dekat bibikIda

Makanan dorang sedap, harga pun berpatutan. Memang berbaloi... Kami minta makanan dihantar di bilik 2003, bilik acuYana dan BibikIda. hehehe.. faham-faham jer la. :D Memandangkan semua masih keletihan, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Sebelah petang, kami turun mandi di pantai dan kolam. Bukan setakat budak-budak yang excited, makcik ngan pakcik budak yang lebih-lebih (adik2 aku ler tu). Sebelah malam adalah aktiviti lepak dan borak di bilik. Bilik siapa lagi yang jadi mangsa, bilik acuYana dan BibikIda la. Sambil makan sambil lepak.










(Kiri) Naik boat nak pusing pulau (Tengah) Di Air Berani. Dorang dah buat elok-elok supaya pengunjung mudah nak ambik air. Yang keluar tula air tawar (Kanan) KakYong berenang di air berani..biar berani sikit pas ni..hehe

31 Mei: Selepas bersarapan pagi, aktiviti seterusnya Island Hopping. Kami di bawa pusing Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan singgah sebentar di Air Berani. Air Berani ni merupakan air mata air yang keluar dari batu. Ia menjadi tempat para nelayan singgah mendapatkan air minuman. Air Mineral la ni. Walaupun di tempat yang bercampur dengan air masin, rasanya tetap tawar, tidaklah semasin air laut (di gigi pantai). Hebat sungguh kuasa Tuhan. Kami juga dapat melihat Sistem Kuasa Angin yang sedang diusaha oleh pihak TNB dalam menjana elektrik.










(Kiri) Pose di depan Arwana. Zack de machoMan..tetap control macho.. (Tengah) Bergambar dengan abahku. Amrullah...? mana lagi, sibuk main ngan sepupunya.. (Kanan) Berjalan-jalan di gigi pantai

Hari ni aku dan keluarga terpaksa pulang ke Kuala Terengganu kerana hubbyku terpaksa pulang ke Senawang, ada panggilan kecemasan. Tinggallah family kakakku, adikku dan abahku di pulau. Terlepas menu BBQ malam ni. Ish...frust..frust..:(. Disebabkan ahli semakin berkurangan, aktiviti snokling pun dibatalkan. hajat hubbyku untuk diving juga terpaksa dibatalkan. Kira betul-betul berehat di Pulau Perhentian la ni. Nasib baik ada kolam renang. Budak-budak ni ajak jer mandi kolam, selamat... Malam tu kakakku kata orang restauran hantar BBQ banyak giler. Yela, dorang tinggal 8 orang. Hantar BBQ untuk 13 orang makan. Masing-masing membuntal la malam tu.










(Kiri) Mandi manda di pantai (Tengah) Mandi manda di kolam pula.. (Kanan) cikEmi menunjukkan skil menyelam..awat tutup mata, bukakla baru cam Cena..:P

1 Jun: Ketika ini aku dah berada di rumah di Kuala Terengganu. Kakakku naik boat jam 11:00 ke tanah besar. Sebelum balik, sempat lagi mereka mandi pantai dan kolam se'round'. Sebelum balik ke KL, kakakku singgah dulu di rumahku di Kuala Terengganu sebab nak pi shopping kat Pasar Payang. Biasalah.. pompuan.. hehehe..:D Alhamdulillah, semua seronok dan selamat. Budak-budaklah yang paling seronok sekali. Adikku kata abahku pun berani jalan sorang-sorang di Pulau. Amboi..cuci mata yer abah.. :P Sesekali merehatkan diri. Insyaallah kalau ada rezeki nanti kita datang lagi, ganti aktiviti-aktiviti yang ter'batal' tu. Hehe..
Jumpa lagi...:D


2 comments:

Suziey Ahmad said...

waaa sonotnye g perhentian..tantek kan pulau tu..ish mmg aim nk g ni..

♥ Darina Shower Scrub said...

suziey: a'a..tantek.klau p tganu bgtaula.mana tau kot2 aku ada kat sana.leh bersua muka...:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''