Wednesday, January 28, 2009

Aksi Anakanda Amrullah

Aksi Anakanda Amrullah di rumah baru


Seperti kebiasaan, kalau pergi tempat baru jer pasti ada aksi-aksi pelik yang akan di cuba oleh anakanda Amrullah. Pantang ada benda baru jumpa, adalah cara nak diterokainya. Entry kali ni, aku tak nak la bercerita panjang, sekadar nak berkongsi aksi-aksi yang telah dicuba oleh anakanda di penempatan baru kami ni n9. Aduhai anakanda amrullah..panjang sungguh akal mu.. terhibur ibu dibuatnya dengan telatah anakanda... muaarrhhh...


Saturday, January 24, 2009

Penempatan Baru

Penempatan Baru Senawang, Negeri Sembilan.

Start tahun 2009, hubby ku terpaksa bekerja di N9. Jangkaan masa akan bermastautin di sana 4 - 6 bulan. Boleh tahan gak lamanya. So termasukklah bulan yang dijangka aku akan bersalin, February. Nampaknya anak ni bakal menjadi orang nogori ler. Takpela, dah rezeki di sana. Di mana ada rezeki, di situlah kami. Bumi Allah ni kan luas. Hubbyku mengambil keputusan untuk menyewa rumah. Yela, takkan nak duk hotel, tokey balak pun leh tutup kedai wwooo..


Mula-mula tu ingat nak sewa umah kosong jer, tapi bila difikirkan semasak-masaknya dengan mengambil kira keadaan ku, kami mengambil keputusan menyewa rumah fully furnish. Yela, kalau rumah kosong nak kene beli ini la itu la, beribu gak nanti. Pastu nanti nak campak mana barang-barang tu. Boleh tahan juga tempat kami sewa ni, Spanish Villa di Senawang. Dulu kakak ku menyewa di situ. Dialah yang meng'suggest' tempat ni. Cuaca di sini sentiasa berangin, syokk.. atas bukit la katakan walaupun tkdela tinggi mana pun bukit ni.

Rumah ini ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan segalanya kelengkapan asas rumah lengkap seperti mesin basuh, peti ais, dapur masak, kelengkapan masak, pinggan mangkuk, perabut, microwave dan lain-lain. So tak payahlah fikir nak beli apa-apa kecuali benda mentah. 2 kali seminggu cleaner datang bersihkan rumah dan 2 kali sebulan dia akan tukar cadar. Kemudahan awam pun lengkap seperti kolam mandi, restauran, taman permainan, gim, persekitaran yang bersih dan security yang ketat. Kebetulan unit yang kami sewa bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak, apa lagi boleh dikatakan setiap petang anakanda nak ajak main kat taman. Tapi aku selalu jer buat-buat tak faham bila dia tarik tanganku menuju ke pintu. Maafla ye anakanda ibu tak berapa laratla sekarang nie. Nie la rumah sementara kami buat masa ini.

8 Bulan ++

New Baby..8 Bulan ++..

Debaran semakin terasa..usia kandunganku telah pun masuk 8 bulan lebih.. Baby pun semakin kuat bergerak. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ku sekarang yang hidup merantau. Kejap di Terengganu, kejap di N9. Dua hari yang lepas date appointment aku selanjutnya. Tapi mengenangkan kami di N9, kami mengambil keputusan untuk buat check-up di hospital yang kami pilih untuk bersalin. Mengikut kakakku yang duduk di N9, kat sana tak ramai doktor perempuan bahagian O&G. Tapi ada seorang doktor Perempuan, Islam yang dia kenal, Dr.Intan tapi tak pasti di hospital mana. So aku dan hubby pun 'try n error' jer la ke hospital swasta yang ada di sana. Hospital Specialist Senawang..bukan. Hospital Specialist Seremban..bukan. Hospital Colombia Asia..ya. Akhirnya jumpa juga. So aku pun wat check-up baby di situ sekaligus membuat booking untuk bersalin di sana ber'doktor'kan Dr.Intan. Insyaallah, jika ditakdirkan aku bersalin di N9. Tapi jika anak kedua ini ditakdiran menjadi anak 'Terengganu' lagi, aku memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin yang sama dengan anak sulungku. Alhamdulillah keputusan check-up semuanya ok. Baby pun dah boleh nampak dengan jelas. Aku berasa teramat bersyukur semasa melihat babyku di skrin. Perasaan seperti ketika aku mengandungkan baby sulungku kembali lagi. Betapa besarnya kebesaran Allah, satu lagi nyawa ada di dalam perutku. Tiba-tiba aku rasa sebak. Entahlah mengapa. Mungkin juga aku risau. Aku berserah kepada Allah untuk menentukannya.

Cuti Raya Cina ni aku balik Terengganu, so bolehlah aku booking kat sini pula. Itu semua hanya perancangan saja. Takut nanti sakit di tempat lain pulak. Hehehe.. aku redha di mana sahaja aku bersalin, janji semuanya selamat. Doakan saya ya teman-teman.

Thursday, January 22, 2009

Mari Kita Fikirkan

Fikir-fikirkanlah...

Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar di Media, melalui kiriman SMS, kiriman email tentang hasil dari jualan barangan yang disalurkan bagi membantu bani Israel dalam menyerang umat Islam. Apakah hanya dengan memboikot pembelian barangan tersebut dapat membantu umat seIslam kita di Palestin?? Adakah tindakan kita menyebarkan maklumat tersebut melalui sms dan email berhasil sedangkan ada pihak-pihak tertentu masih mengiklankan barangan jualan mereka?? Di mana silapnya dan di mana kesungguhan sebenar??
Fikirkanlah..

Kita juga sering melihat di Media Elektronik dan Media Cetak, pelbagai pihak membuat demonstrasi, berkumpul beramai-ramai sambil menjerit-jerit mengecam tindakan rejim Zionis kemudian bersurai, sedangkan bani Israel sedang ketawa gembira melihat umat Islam dibom seperti menyaksikan pesta bunga api. Kenapa kesempaan berkumpul beramai-ramai itu tidak di buat sembahyang hajat dan berdoa mohon kepada Allah agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung saudara seIslam kita di Palestin. Bukankan ia lebih bermakna. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.
Fikirkanlah..






dari kiriman email seorang teman..diharap dptlah samala2 kita renungkan sejenak...

Wednesday, January 21, 2009

Award dari Mama Danish

Award & Gift dari Mama Danish, tahun 2008

Akhirnya dapat juga aku meng'update' blog ini. Nak wat camner hidup merantau la katakan. hehehe. Sebenarnya banyak gak bende yang nak aku update, almaklumla dah lama tinggal blog ni. Dah masuk minggu ke3 rasanya. Rindu pulak rasanya. Lepas ni nak kene tinggal lagi blog ni, sebab due date pun tak berapa lama jer lagi. hehe..:D. So mana yang termampu je la. So first entry tuk tahun ni, 2009, aku nak letak award yang diberikan oleh Mama Danish pada tahun lepas. Dah berkurun, baru nak ambik. Kira halallah er Lily. Disebabkan dah terlambat , aku tk dptla nak meng'tag' kepada sesiapa. Anyway thanks, biarpun dah lambat.. ikhikhi..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''