Monday, August 9, 2010

Anakanda Amrullah 3 Tahun

♥♥♥ Selamat Hari Lahir Anakanda Amrullah ♥♥♥














(Kiri) Apa-apapun kene mula dengan doa dulu.. (Kanan) Potong jangan tak potong..

Alhamdulillah, 5 Ogos 2010 baru-baru ni genap usia anakanda Amrullah 3 tahun. Syukur kerana diberi kesempatan kepada Allah untuk aku melihat pembesaran hero kecil ku ini. Sepanjang proses pembesaran anakanda tiada yang ku kesali. Walaupun kekadang ragamnya mencabar kesabaranku, tidak pernah aku simpan di hati. Kami tidak membuat apa-apa sambutan pun cuma sekadar memotong kek 'American Choc'. Abah beli masa balik kerja. Anakanda pun memang suka makan kek coklat. Bila aku tanya, 'Along nak hadiah apa?'. Amrullah jawab ' Along nak mcDonald menan' Maksudnya happy meal la tu. hehe.. Orait, no prob. Murah.. murah.. Hubby kata jangan ajar anak bila hari jadi je bagi hadiah, bila hari jadi je bagi hadiah.. Nanti dia akan harapkan hadiah setiap hari jadinya. Kalau dia tak dapat hadiah pada hari jadinya nanti, dia akan buat perangai. Aku tak kisah coz aku faham maksud hubby ku. Lagipun hubby pun memang selalu belikan anakanda mainan or lain-lain benda. Aku pun selalu dapat.. hehe.. Tak perlu tunggu hari istimewa. Lagi pun patung Otomen tu abah baru jer belikan Amrullah dua minggu yang lepas. Kira advance gift la tu, bolehhh.. Hai.. bertambah lagilah koleksi otomen anakanda.












(Kiri) Makan Time.. Gambar ibu takde, pakaian tak sesuaii..:D (Kanan) Tula patung otomen terbaru anakanda

Sebagai seorang ibu, aku bangga mendapat anak seperti Amrullah. Dalam usia sebegini anakanda dah pandai baca alif ba ta sampai ya, dah pandai baca doa syifa', dah pandai baca doa pelindung, dan pandai baca sifat 20, dah pandai baca nama 25 rasul, dah pandai berselawat, dah leh berzikir untuk ulik adiknya.. (mungkin org lain lagi cepat, tapi itu sudah cukup membanggakanku sebagai ibu) Sebagai seorang ibu, aku akan cuba buat apa yang terbaik untuk anak-anakku. Dan sebagai seorang ibu, aku sentiasa berdoa agar anak-anakku dapat membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda Amrullah di dunia dan akhirat. Jangan nakal-nakal yer. Love u so much....:-***** ♥♥♥ from abah, ibu dan adik Ashiilah.

Tak lupa ucapan Selamat Hari Jadi kami ucapkan kepada kakak iparku, K.As yang ke 30 ttuuttt... hehe. Bday k.As sehari selepas Amrullah iaitu pada 6 Ogos. Haritu aku dah cuba tahan ingat nak bersalin 6 Ogos biar sama ngan k.As tapi tak mampu den nak menanggung kesakitan lelama. Hehe.. Kami doakan semoga k.As akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Dikuatkan semangat dalam menempuh segala dugaan di dunia ini. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Leh belanja kami selalu.. hehe..:D. Thousand of love from us to u..♥♥♥

p/s: kalau nak tinggalkan komen, klik kat no (atas belah kanan). Nanti akan kuar po-pup box komen. tq.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''