Tuesday, August 3, 2010

Omelan Pakej Sebulan

Assalamualaikum...

Dah sebulan lebih umah ni tak berkemas. Nasib baik tak berhabuk, kalau tak jenuhlah aku nak mengelapnya. Cuma kena kemaslah sikit, biasalah umah tinggal. Macam-macam perlu dikemas. Dan dalam sebulan ni macam-macam benda telah berlaku dalam kehidupanku. Suka dan duka. Teringat lak masa mula² menceburi diri dengan blog ni, asalnya untuk mencoret kisah suka duka perjalanan hidupku. Agar menjadi 'kenangan terindah' padaku suatu hari kelak. Kisah duka pun bila dah lama akan jadi kenangan terindah tau sbb orang lain tkde..:P Sambil dapat bertukar idea dengan blogger lain. Secara tak sengaja ter'join' la pulak contest online. Sesekali ingat seronok juga. Dan yang tak disangka bila dapat 'bertemu' dengan kawan² sekolah lama seperti kema, seti, maly, icham dll. Walaupun tak ramai, sapa sangkakan. Takyah nak berMuka Buku bagai.

Kisah Suka
Alhamdulillah, kakak iparku selamat melahirkan baby ke6 di Hospital Kuala Lumpur. Ini merupakan anak buahku yang ke20. Comel dan montel seperti mamanya. Hehe..jangan marah k.As.:). Seperti biasa nama anak abgLong ku memang akan panjang berjela biaq nama abahnya cinonet je.. Muaz Alley Dzulkarnain b. Zainal. Selamat datang ke dunia. MakCik dan PakCik doakan semoga Muaz akan membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Kami sekeluarga juga telah ke Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo), Sabah. Penghujung borneo. Pemandangannya sangat cantik. (Kisah lanjut di n3 akan dtg).

Kami sekeluarga + k.enon sekeluarga + mak dan abah juga telah ke Tekam Plantation Resort, Pahang untuk bercuti + makan buah. Yuummmy...(Kisah lanjut tunggu n3 akan dtg). Dan kenangan yang terindah buat kami sekeluarga ialah apabila selamat masuk ke rumah baru. Alhamdulillah..sangat-sangat bersyukur. Semuanya berjalan lancar. (Kisah lanjut kene tunggu n3 akan dtg juga..:))

Kisah Tak Berapa Suka/Duka
Perginya insan yang dikasihi Kekanda Hattar, Abang Sulung my hubby. Tak sampai 3 bulan hubby kehilangan adinda tersayang kini kekanda yang dikasihi pula meninggalkannya. Semua itu kuasa Tuhan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Pemergian arwah agak 'misteri'. Penyakit yang tak seberapa mungkin hanya penyebab kepada pemergiannya. Kata org, disebabkan sifat tamak dan hasad dengki, arwah menjadi mangsa orang lain. Walaupun ada insan yang tolong mengubatinya, tapi tidak berjaya sehinggalah nafas terakhirnya. Apa sebabnya?? Entahlah.. Allah lebih mengetahui. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Aku pernah dengar, orang dulu-dulu pernah kata, kalau ada orang meninggal, dalam 100hari dia akan menjemput orang yang ada kaitan dengannya ikut kemudian orang yang duk sekampung pula, sebagai teman. Mungkin benar juga. Tahun lepas masa nenda ku meninggal, tak lama kemudian pakcik ku pula mengikut.

Bulan lepas juga kami sekeluarga diserang 'virus fever'. Mula-mula anakanda Ashiilah, pastu aku, pastu anakanda Amrullah dan terakhir hubby. Hubby sampai skrg pun tak kebah sepenuhnya lagi. Asal malam makin menjadi demamnya. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dari penyakit yang memudaratkan. Amin...

Kisah yang tak berapa best lak.. eemm.. bila ada orang samakan aku dengan benda atau barang. Agaknya bagi orang lain mungkin benda kecil kot, tapi kalau dah 2 3 kali cakap camtu, tak bestlah rasa. Ataupun aku yang terlalu sensitif? Orang kata kisah duka ni jangan simpan dalam hati, nanti makan hati. Yeke?? Aahh..janji dorang tak kacau aku sekeluarga sudah. Yang pasti aku akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anakku. Paiti.. Paiti.. ;-)


2 comments:

akmafaizal said...

wah banyaknye nak wat n3..senyap sebulan macam2 berlaku ek..suka duka tu asam garam kehidupan...
Al-Fatihah untuk arwah, sama macam keluarga blah husbenku..
apa2 pun semoga kita sentiasa didalam lindunganNya.Amin

zueyie said...

terima kasih kema ..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''