Friday, February 18, 2011

Nurul Ashiilah 2 Tahun

Selamat Hari Lahir Anakanda Ashiilah

 Jadi anak yang solehah ye sayang.. 

Semalam 17 Feb 2011, genaplah usia anakanda Ashiilah 2 tahun. Alhamdulillah..dipanjang umur oleh yang maha Esa. Dua tahun pembesaran anakanda, alhamdulillah semua berjalan lancar. Deman sekali sekala tu perkara biasa. Anakanda Ashiilah pun tak banyak kerenah. Banyak perkembangan anakanda. Bila ingat-ingat balik dari saat nak melahirkan sehingga kini sedih pun ada..sedih kegembiraan..kejap jer masa berlalu. Anak yang banyak keletah yang menyenangkan..dan kelakar kerektornya. Along selalu kata.."adik ni kelakarla.." Senyum manis, hilai tawa, riak manja menjadi ubat duka tatkala ibu berada dalam ke'badmood'kan. Kami tak buat apa-apa sambutan, sekadar doa syukur kehadrat Illahi di atas kerahmatannya dan sebiji kek dari Abah. Itu sudah cukup memadai bagi keluarga kecik kami. Ibu dan Abah sentiasa mendoakan semoga anakanda sentiasa dilindungiNya dan dirahmati olehNya. Salam Sayang untuk Nurul Ashiilah dari Abah, Ibu dan Along Amrullah. Kami sayang sangat kat Ashiilah..mmmuuuaarrhhhh..♥♥♥

 Potong time..Along tumpang se'tangan' potong kek. Thanks Abah belikan kek

2 comments:

AkmaFaizal said...

hepi besday.. moga jadi anak yg solehah. Amin. aik nape nampak cam dh gelap je Ashiilah. suka main panas ke?

zueyie said...

Thanks aunti..tak cukup cahaya kot..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''