Selamatkah Airport Kita??
Semalam tengah compile gambar-gambar pi Bali. Sronok sangat bila tengok gambar-gambar itu semula. Ceritanya akan aku 'post' dalam blog wordpress aku. Dalam seronok mengingati semula pengalaman bercuti di Safari Bali, ternampaklah gambar ni.......
Inilah nasib beg kami..Dah la ni favorite beg bila travel jauh. Dah selamat dibuang dek kerana sakit hati bila nehgoknyer..
Ye..beg family ku telah dipecahkan. Sesuatu yang sangat tidak disangka. Sampai di Airport Bali aku agak terkejut bila melihat lock beg kami telah dipecahkan. Nampak gaya macam kene ketuk dengan tukul. Berderau darah aku. Hubby dah berang. Taula penerbangan tambang murah..tapi mana boleh buat macam ni. Ambil mudah bagasi pelanggan. Staff penerbangan di Bali kata kejadian tu mungkin berlaku di LCCT. Coz kalau dari sini (Bali), dari flight bagasi terus di ambil dari pesawat dan terus dihantar ke tempat agihan beg. Tapi di LCCT kan kitorang check-in 2 jam awal. Bila difikir-fikirkan semula ada logiknya. Yela..masa kat LCCT sementara tunggu masa nak masuk tu, kami makan dulu. Terkeluar dari mulut hubby..'Makin ramai pekerja asing kat airport kita. Sepatutnya airport dijaga oleh rakyat tempatan baru selamat. Negara lain kebanyakkan pekerja adalah rakyat tempatan. Ia bagi menjamin keselamatan sesebuah airport itu'. Yela..hubby kan pernah kerja dalam bidang ni (di dalam dan di negara org). Dia agak tahu hal-hal airport ni. Masa aku pi toilet, aku terdengarlah ada sorang Nyonya Cina tu tanya kat cleaner toilet tu..'U dari mana??' Dia cam tak brape faham..Diulang lagi 'from??' Dia pun jawab 'India'. OO..patutlah tak tau cakap melayu. Muka Nepal lagi la bersepah.. Tup..tup..terjadi lak kejadian macam ni. Lagilah frus kitorang. Ni bukan first time kitorang travel. Bila buat report kat kaunter ***A*** dia bayar ganti rugi Rp100000 jer...+-rm35. Staff kat sana kata ni kes ke2 dari penerbangan yang sama. Ish..ish..tak sepatutnya berlaku. Nasib baik takde barang yang hilang. Hubby masa ni dah takde mood nak bergambar bagai. Semua pun macam dah down. Nasib baik Safari Bali tu best..terubat sikit sakit hati ni. So berhati-hatilah korang erk.. Malang tidak berbau.
5 comments:
ish..ada gak kes camni yer...
mula la rasa xsenang nk simpan barang berharga dlm bag...
ha ah..biarlah barang tak berapa berharga sekali pun, tp klau dh dipecahkan cengitu..memang tak amanah n bertanggungjawab. takde rase nak saman ke? ni baru kes2 cengini..sok2 takut lebih teruk plak..
Anyway, nk tag utk join ga ni
http://www.akmarwati.com/2011/04/ga-to-manis2madu-luckys-follower.html
takyah pegi jauh...aritu pegi sarawak beg abg ipar aku kena selongkar gak...ilang kamera satu...penerbangan tambang murah gak tu....mmm...at least kita dah buat yg terdaya utk menyelamatkan harta benda kita...
eT : jaga-jaga ada yg memerhati..:)
Kema : betul..betul..betul..
Hannan : DManakah sikap amanah manusia skrg..
sesungguhnyer bengang...
Post a Comment