American Choclate Cake..favorite kami sekeluarga. Ashiilah tumpang sekaki.
Alhamdulillah..semalam genaplah umur anakanda Amrullah berusia 4 Tahun. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku anak yang menyejukkan mata..menyenangkan hati..dan menenangkan jiwa.. Menjadi kebanggaanku. Alhamdulillah.. perkembangan pembesaran anakanda Amrullah yang sempurna dan tidak menyusahkan..sentiasa menjadi penyejuk hatiku. Tatkala dia gembira..aku turut gembira. Tatkala dia berduka hatiku juga turut terluka. Dari sehari ke sehari Amrullah membesar..belajar erti dewasa..mula mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia 4 tahun..dia sudah boleh diharap. Menolong ibu..menjaga adik-adik. Kini banyak perkembangan anakanda yang ibu dan abah banggakan.. Harapan ibu semoga anakanda menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..ibu teringin anak ibu menjadi al-Hafiz....Mampukah aku mendidiknya??..Insyaallah. Ibu abah dan adik-adik sayang sangat kat Ahmad Amrullah. Jadi abang yang bertanggung jawab dan jadi anak yang soleh ye sayang..We ♥ u much... . Ibu dan abah sentiasa mendokan anakanda dan cuba memberi apa yang terbaik untuk anakanda semua.
Oleh kerana kami tkde sambutan pun..just makan-makan sendiri. Along pun menjemput kawan2 alien Ben10 join sekaki. Untuk menambahkan koleksi alien Ben10, abah bagi along 2 ekor lagi sempena bday. Sekarang along dah jadi peminat Ben10 pulak..Otomen mcm mana??
3 comments:
comel2nyer anak2 zue.. abg makin hensem, kakak makin cun.. selamat hr jadi ahmad amrullah..moga menjadi anak yg soleh kebanggaan ibu abah... adik maner, x join sekali =)
Selamat hari lahir..semoga jadi anak yang soleh. Amin
buat Zue & suami..semoga berbahagia hingga ke syurga. Amiin
Zan : Thanks zan. Adik tak sempat nak join..time tido masa tu..:)
Kema : Thanks..:) Insyaallah..Amin.
Post a Comment