Wednesday, February 23, 2011

Nak Tolong atau Nak Komisen

Perangai Manusia


Alkisah...aku adalah mintak tolong sorang hamba Allah ni. Kalau ada nampak rumah nak bagi sewa bagitau la coz kitorang nak cari rumah sewa yang murah sikit utk staff. Rumah sekarang sewa mahal giler..ngalahkan bayar loan umah sendiri. Tup..tup dier pun call la bagitau ada umah sekian sekian ..rege sekian sekian..bla.bla..bla..

So kitorang pun pi la jumpa ngan owner rumah tu nak discuss kot2 leh kurang sikit lagi. Yela..sekarang fulus pun tak brape nak stabil. Borak punya borak..bincang punya bincang dapatlah kurang seratus. Owner tu kata 'bkn saya tak nak bagi harga yg encik mintak tp org tgh yakni hamba Allah ni la awal2 dah mntak komisen 1 month sewa dr sy so harap encik pun faham'. Uish...kejut beruk gak masa dengar tu. Komisen masa beli umah dulu pun baru brother tu mintak rm500. Tu pun dia urus semua. Ni tolong dapatkan umah sewa komisen smpai rm1k++. Aku mula was2 dgn keikhlasan hamba Allah ni. Tapi tulah reality kehidupan. Kerana wang..semua boleh jadi. Agaknya inilah yang dikatakan mengambil kesempatan atas kesempitan.  Apa-apapun thanks 4 everything.

Friday, February 18, 2011

Nurul Ashiilah 2 Tahun

Selamat Hari Lahir Anakanda Ashiilah

 Jadi anak yang solehah ye sayang.. 

Semalam 17 Feb 2011, genaplah usia anakanda Ashiilah 2 tahun. Alhamdulillah..dipanjang umur oleh yang maha Esa. Dua tahun pembesaran anakanda, alhamdulillah semua berjalan lancar. Deman sekali sekala tu perkara biasa. Anakanda Ashiilah pun tak banyak kerenah. Banyak perkembangan anakanda. Bila ingat-ingat balik dari saat nak melahirkan sehingga kini sedih pun ada..sedih kegembiraan..kejap jer masa berlalu. Anak yang banyak keletah yang menyenangkan..dan kelakar kerektornya. Along selalu kata.."adik ni kelakarla.." Senyum manis, hilai tawa, riak manja menjadi ubat duka tatkala ibu berada dalam ke'badmood'kan. Kami tak buat apa-apa sambutan, sekadar doa syukur kehadrat Illahi di atas kerahmatannya dan sebiji kek dari Abah. Itu sudah cukup memadai bagi keluarga kecik kami. Ibu dan Abah sentiasa mendoakan semoga anakanda sentiasa dilindungiNya dan dirahmati olehNya. Salam Sayang untuk Nurul Ashiilah dari Abah, Ibu dan Along Amrullah. Kami sayang sangat kat Ashiilah..mmmuuuaarrhhhh..♥♥♥

 Potong time..Along tumpang se'tangan' potong kek. Thanks Abah belikan kek

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Di sini suka saya ingin berkongsi info yang telah perolehi tidak lama dahulu. Semoga kita dapat mencotohi keperibadian Rasullullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

    * Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    * Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
    * Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
    * Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    * Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
    * Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    * Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
    * Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

   1. Khadijah Binti Khuwailid
   2. Saudah Binti Zam’ah
   3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
   4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
   5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
   6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
   7. Zainab Binti Jahsy
   8. Maimunah Binti Harith
   9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

   1. Qasim
   2. Abdullah
   3. Ibrahim
   4. Zainab
   5. Ruqaiyah
   6. Ummi Kalthum
   7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

   1. Thuwaibah
   2. Hamzah
   3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
   4. Halimah Al-Saidiyyah
   5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
   6. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
   7. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
   8. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

   1. Al-Harith
   2. Muqawwam
   3. Zubair
   4. Hamzah ***
   5. Al-’Abbas ***
   6. Abu Talib
   7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
   8. Abdul Ka’bah
   9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. ‘Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


note:maklumat ni aku ambik dr salah satu blog blogger..dah lama dah tp tak igtlah add blog dier. Thanks 4 the information. Semoga memberi makfaat kpd pembaca yang lain juga.

Sunday, February 13, 2011

Siti Uzma Qaisara

Doakan Uzma Cepat Sihat

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak mengemas umah maya aku nie. Umah kengkawan pun dah lama tak jengah. Apa la perkembangannya agaknya. Semakin membesar perut ini, semakin kurang selesa untuk aku duk lama-lama. So kalau ada masa terluang aku lebih rela duduk rehat dari dudup depan nb nie. Keinginan untuk melayari internet memang ada, tapi tak dapat nak nolong eh... Kisah2 percutian aku dan keluarga insyaallah akan aku update dari semasa ke semasa. Biaq dah ketinggalan berzaman pun. Tu semua merupakan memori dan pengalaman yang tidak ternilai bagi aku. Bolehlah berkongsi dengan teman2 yang sudi..ada ker??
Gambar ni kira dah ok sikit keadaan uzma. Dulu penuh dengan wayar sampai baby pun tak brape nampak. Sebak hati makku bila lihat cucunya pada ketika itu..


Rasanya inilah entry pertama aku semenjak masuk tahun 2011. Kali ni aku nak post mengenai anak buah ku Siti Uzma Qaisara. Comel lote orangnya..Putih gebu kulitnya. Kalau tak silap dah 5 bulan usianya tapi aku baru lihatnya pada cuti Raya Cina baru-baru ni. Uzma dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami beberapa masalah (jantung dan paru-paru) menyebabkan anak kecil ini terpaksa ditahan diwad semenjak lahir lagi. Pembedahan pertama telah pun dijalankan ketika anak kecil ini baru berusia 3 bulan. Pembedahan kedua pula akan menyusul tetapi terpaksa ditangguhkan memandangkan tubuhnya terlalu kecil untuk pembedahan seterusknya. Kini kakakku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga uzma di hospital. Yela..anakkan. Lebih baik jaga sendiri dari mengharapkan orang lain jaga. Kasih sayang dan belaian seorang ibu amat berharga untuk anak ini. MakTeh & PakTeh (kakak & abangIpar) sanggup mengorbankan apa saja demi anak kecil ini asalkan uzma semakin sihat. (Yela..kami ni kan nobody,nak dptkan sponser agak susah..lainlah org tu somebody..sebut je berduyun2 orang nak tolong..tula reality) Sejak kakakku yang jaga sendiri, keadaan uzma lebih baik. Alhamdulillah... Dah tak payah pakai oksigen yang macam angkasawan tu (apantah namanya). Kami sekeluarga sentiasa mendoakan Uzma cepat sihat.. tabahkan hati dan kuatkan semangat ye makTeh & pakTeh. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Tuhan adalah sebaik2 perancang. Banyak2 berdoa dan jangan putus asa..Kuatkan semangat ye. Kepada kengkawan sudilah sekiranya mendoakan Uzma walaupun anak kecil ini tiada pertalian darah dengan anda. Semoga tuhan membalas niat baik anda. Million of love from us to u ..Siti Uzma Qaisara..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''