Wednesday, June 13, 2012

Anakanda Amirrullah 1 Tahun

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini 13 Jun 2012 (mengikut kalender omputih), Anakanda Ahmad Amirrullah genap 1 tahun. Alhamdulillah, syukur. Anakanda Amirrullah kini membesar dengan sihat dan aktif. Walaupun sebelum ini anakanda menghidapi sakit kulit. alhamdulillah semua dah kembali normal. Anakanda mula menghidapi sakit kulit ketika berusia 2 bln sehingga berusia 5 bulan. Kesian sangat ibu tengok. Tak henti-henti anakanda menggaru dan menangis. Kulit anakanda merah dan berair. Hati ibu mana yang tak sedih. Tidur malam ibu tak pernah lena. Pelbagai cara kami usaha untuk mengubati anakanda. Dari utara ke selatan, timur ke barat. Tak henti-henti juga en.hubby bertanya orang sana dan sini. Bila berjuma dengan dr, dr kata sakit kulit. Bila berjumpa dengan perubatan alternatif, dorang kata kenan. Bila pergi berubat, kurang sikit, lepas pun mula semula. Orang kata 'tak serasi'. Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa dr yang serasi. Rupa-rupanya ia berada di kawasan tempat tinggal kami sahaja. Setelah 4 bulan anakanda menanggungnya, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk mengurangkan penderitaan anakanda. Syukur tak terhingga. Baru tenang sikit hati ibu dan abah. Sekarang anakanda dah semakin besar dan sangat aktif. Tapi agak manja sikit. Mungkin kerana ketika sakit dulu ibu selalu dukung kot. Along dan kakak pun sangat sayangkan adiknya sorang ni. Jangan sebut nak ambik adik, maka akan bergemalah suasana dengan tangisan kakak yang merdu itu. Terima kasih sy ucapkan kepada mereka yang banyak membantu semasa anakanda sakit esp pakTeh n makTeh Bkt Mas, PokNik n MokNik Kedah, ayahTeh Bachok, atuk n nenek dan semua yang membantu. Thanks tu my lovely hubby yang sentiasa bg support kat ibu. (yang tak berapa kuat ni).

Untuk anakanda Amirrullah, membesar dangan sihat ye sayang. Jadi anak yang soleh, Anak yang menghormati orang lain. Anak yang cerdik pandai. Ibu n abah sentiasa akan cuba yang terbaik untuk anakanda3 semua. Happy bornday sayang..we love u.. mmuuaarrhhh...

3 comments:

Ibu Aqmar said...

Siannye... apa yg berlaku ade hikmah tu. Menguji kesabaran si ibu. Selamat Hari lahir..semoga impian ibumu menjadi kenyataan. Aminnn

nak jemput join ga ni kerana anda sudah di tag..hehe
http://www.akmarwati.com/2012/06/1st-giveaway-by-jaakechik-corner.html

misshannan said...

Wah kejap je dah besday yg kecik lg. Aritu jumpa tgh bebedung lg. Smoga menjadi ahli syurga. Ko sehat ke zue

♥ Darina Shower Scrub said...

akma : insyaallah..semoga semuanya akan menjadi lebih baik..

Hannan : alhamdulillah..sihat..
Insyaallah..Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''