Tuesday, June 12, 2012

Cuti Sekolah yang padat..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama betul tak mengupdate blog ni. Macam la selalu update blog pun..hehe. Hari ni sekolah mula di buka setelah 2 minggu cuti. Agak meletihkan juga cuti kali ni. Bukan letih apa pun..letih tapi seronok sebab berjalan..hehe 
Minggu pertama cuti sekolah...Amrullah cuti awal sehari dari orang lain coz kami akan bertolak ke Jakarta pada hari Jumaat. Memandangkan Amrullah dah bersekolah, kami terpaksa 'bercuti' panjang pada musim cuti sekolah. Kami ke Jakarta-Puncak-Bandung selama 8 hari 7 malam. Memang seronok..lebih-lebih lagi anakanda coz dpt masuk Safari lagi. Kedua seronok kaum ibulah..shopping..shopping..hehe . (Kisah selanjutnya akan di upload dalam zueyie step ye..)
Balik dari Indonesia hari Jumaat, terus ke Klang. Tinggal di sana sampai hari Ahad coz ada jemputan kahwin.
Balik dari rumah orang kahwin, badan ku rasa semacam. Perut meragam..seram sejuk..sakit habis tubuh..serba tak kena. Malam tu aku demam kuat.  en.Abah terpaksa menjaga anak-anak coz aku sangatlah tak larat..Thanks sayang. Mungkin kerana demam yang terlampau, sampai mengalir air mataku. Entah kenapa ntah..
Hari selasa baru ok sikit tapi perut masih tak ok. En.Abah bgtau nak kene pi Terengganu coz hari Rabu ada meeting. Kain baju belum sempat dibasuh lagi, rumah pun belum terurus. Jam 5 ptg kami bertolak ke Terengganu. Amrullah pula demam. Kami duduk di sana 3 hari. Amrullah masih belum kebah sepenuhnya. Nasib baik anakanda kurang meragam. Kalau kebiasaannya anakanda bila demam mesti kuat meragam. Alhamdulillah. Hari Sabtu, lebih kurang jam 1 pg baru kami sampai di rumah.
Hari sabtu bolehlah rehat sekejap. Masa ni kain baju kotor jangan cakaplah. Sampai aku terbawa-bawa ke mimpi menguruskan kain baju yang  menggunung tu. Hari ahad pula keluar beli barangan rumah + barangan goodies + ambil kek dari pn.Jenon coz hari Isnin nak sambut bornday Amrullah di sekolah.(Cerita selanjutnya di entry akan datang).

 Amrullah bagi goodies kpd kawan-kawan

Sangat pack rasanya aktiviti kami sekeluarga kali ni. Dan sampai ke hari ni perutku masih tak selesa. Ada orang baru kah???  

p/s:Tahniah kepada pn.Hannan kerana telah selamat melahirkan anak yang ke3. Hero lg ye..Selamat berpantang..

2 comments:

AkmaFaizal said...

Wah merata pergi...sampai sakit2. Kema ngan anak2 dok umah je.klau jalan2 pun gi umah mak mertua n abg ipar je. husben ade exam kat opis dia. tu yang anak2 boring..klau nak jalan2 pun bukannye larat sgt dah..dh sarat pun. hehe

ade hikmah semua ni kan. maybe pas baby kuar..ha merayap le ke mana2..

misshannan said...

Sama2 tahniah yer. Dgn adanya 3 hero maka lengkaplah team sepaktakraw kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''