Friday, February 15, 2013

Tahnik, Aqiqah n Cukur Jambul Anakanda Aqiilah


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. (Search di google utk maklumat lanjut). Tahnik anakanda Aqiilah dilakukan pada hari ke7 oleh enAbah. Kemudian pada hari ke 14 kami membuat majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda pula. Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda Aqiilah. Majlis dibuat sederhana di rumah nenek di Klang. Aqiqah dilakukan pada sebelah pagi manakala majlis cukur jambul dibuat pada sebelah malam selepas maghrib. Daging lembu aqiqah dimasak secara bergotong-royong dari kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Kali ni enHubby menunjukkan skill memasak daging gulai kawah. Siap import rempah gulai kawah dari kuala krai. Tq Acu. Nasib baik Acu praktikal kat sana. Aculah yang tolong belikan rempah gulai kawah sebelum balik. Plan last minute..hehe. Thanks a lot to makTeh coz sponsor cup cake coklate. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga anakanda Aqiilah dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Menjadi Anak yang solehah, tetap iman di dada. Kalau ada kurang sana sini harap maaf ye. Biasalah manusia kira lebih kurang la ye..  Fasa berpantang ibu masih belum selesai..Paiti

Aayan Jan Bilal dan Aqiilah..Sepupu. Beza umur mereka 1 bulan. 
Aayan dilahirkan pada 27/12/12 manakala Aqiilah 27/1/13

Adat di sini, mula-mula Aqiilah dibawa pusing ahli jemaah sekali. Pusingan kedua baru jemaah mula menggunting rambut.
 Terima kasih semua..

 Pic 1 : Kak Tina mendukung Aqiilah. Bday Kak Tina 26/1, sehari sebelum Aqiilah. Walaupun pada 26/1 ibu dah rasa sakit, nampaknya Aqiilah tak nak sama tarikh dgn kakTina agaknya..Jangan Marah. 
Pic 2: Umar Farhan, anak saudaraku.. kusyuk membaca doa sampai orang dah amin pun dia tetap menadah tangan..Peace..   





3 comments:

AkmaFaizal said...

Maaf tak dpt dtg hari tu. Kami ade makan2 bersama keluarga.. Comel Aqiilah :)

Anonymous said...

maaf xdpt attend ritu.aku bc msg esok harinya.henfon memeram dlm beg-misshannan

zueyie said...

kema, hannan : its ok..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''