Thursday, March 14, 2013

Selesai Sudah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


 Ibu dah Merdeka..



Berakhir sudah fasa berpantang 40hari. Kejap je masa berlalu. Tapi masa menghadapi tu macam lama je rasa. Tup tup 46 hari dah hari ni. Darah dah clear. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang takda dugaan sangat. Thanks to cikEmi coz ambik 'contract' dengan akak masa berpantang. Kurang sikit beban. Start dari anak ke3 aku dah mula berpantang sendiri. Masa anak sulung dan ke2 aku berpantang di Kelang. So kebanyakkan urusan bonda yang buat. First time berpantang sendiri agak stress juga. Dengan dugaan yang tak di duga. Nasib baik tak meroyan. Kali ke2 berpantang sendiri aku dah mula pandai sikit mengawal diri. So kurang stress. Pengalaman mengajar kita. Hari ni mandi nifas. Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari. Ada orang kata min 40hari. Waallahuaklam. So hujung minggu ni cikEmi akan balik ke Kelang. Tingallah aku menjaga anak4. Bak kata org tua 'Jangan sampai tak cukup kain sudah'. Semoga aku diberi kekuatan dari segala sudut dalam membesarkan anakanda4. Ya Allah, tabahkan hatiku, cekalkan aku, beri lah aku kesabaran yang tinggi, jika ada dugaan yang mendatang Kau tetapkanlah imanku agar aku tidak lupa kepadaMu. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat ku mengadu dan memohon pertolongan. Amin..


p/s:Fasa 2 berpantang diteruskan untuk 100hari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''