Sunday, January 10, 2010

Medan, Indonesia: Jul 09' (Day2)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia.













(Kiri) Di kedai Pang Ping Pong. Amrullah nak 'pau' air atok la tu..hehe (Kanan) Dari bilik, nak ke jeti ke Pulau Samosir. Bilik kat bawah, leh tahan banyak gak anak tangga dier. Waduh..waduh..


Hari 2: Danao Toba
Selepas bersarapan di hotel, kami check-out untuk meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, Danao Toba. OTW ke Danoa Toba, kami berhenti di Masjid (tak ingatla nama dia) dan Kedai Pang Ping Pong (menjual pelbagai jenis kuih yang berasaskan kacang). Untuk mengelakkan kebosanan di sepanjang perjalanan, kami bermain teka-teki dan Ali bercerita serba sedikit kisah Tasik Toba dan Indonesia. Kemudian kami berhenti makan tengah hari di Restoran Istana, Parapat.














(Kiri) Pemandangan dari beranda bilik. Abah dan Ashiilah (Kanan) Tula bilik yang kami menginap. Gambar di ambil dari tasik masa naik feri ke Pulau Samosir.

Lebih kurang jam 13:00 kami check-in di Danao Toba International Cottage. Pemandangan bilik yang sangat cantik, beranda mengadap tasik yang luas seperti lautan. Selepas meletakkan barangan dan solat, kami terus ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Kami di bawa oleh Ali ke perkampungan Batak (Batak Karo) di mana terdapatnya makam raja-raja lama. Di situ Ali menceritakan serba ringkas sejarah dan lagenda pulau ini. Salah satu yang menarik bagi saya ialah cara pemilihan wanita sebagai isteri..hehe. Sebelum menaiki feri balik ke hotel, kami membeli sourviner yang di jual di gerai sepanjang perjalanan ke jeti. Di sebelah petang, acara bebas. Hubby ke cyber cafe (cari internet access ler..),yang lain pi jalan-jalan dan aku hanya di bilik bersama anak-anak (sian anakanda-anakanda kepenatan) sambil menikmati pemandangan tasik yang cukup indah sambil menunggu sunset. Malam tu kami hanya makan di resort. Cuaca sangat sejuk (tapi mengikut hubby aku, cuaca tu tak sesejuk dulu, sekarang dah makin panas.. mungkin sebab pemanasan global kot) dengan pemandangan malam yang sangat cantik. Cukup romantik.














(Kiri) Masing-masing kusyuk mendengar cerita Ali. Kain selendang di bahu hanya adat, sebagai tanda hormat. (Kanan) Ibu dan Ashiilah. Deretan gerai di Pulau Samosir. Macam-macam ada...


Belajar Bahasa (Batak Karo):

Horas = Ucapan Selamat.
Tomok = Gemuk

3 comments:

akmafaizal said...

wah3...best3..siap bole blajar bahasa lagi..:P

zueyie said...

akma: bolehla sikit-sikit. klau tk blajar nnt org kata tak reti bahasa pulak..ikhihki

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''