Tuesday, April 2, 2013

Aqiilah 2 bulan


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


29/3/2012, jumaat lepas anakanda aqiilah menerima suntikan imunisasiuntuk 2 bulan. Masa 1 bulan haritu anakanda tak ambil suntikan coz sekarang imunisasi HepB(2nd dose) disekalikan dengan imunasasi2 (DTP, HIB, POLIO) yang perlu diambil untuk 2 bulan bagi dose pertama. So kuranglah sekali kene inject. Tu pun dah lewat sikit. Sepatutnya 27/3 tapi masa tu kami di kampung. Berat Aqiilah 2 bln ialah 5.32kg. Masa anakanda check 1 bln haritu berat aqiilah 1bln ialah 4.02kg. Mula-mula anakanda senyum-senyum je masa dr check kulit dan suhu. Lepas kene inject Wwwaaaa.. 'Marahnya dier. Siap jetak-jetak(tendang-tendang) kaki yer' kata Dr. Kejap je dah 2 bln anakanda. Perkembangan anakanda buat masa ni Aqiilah dah sengetkan badan. Dalam usaha nak meniarap la tu. Selalunya bila badan aqiilah dah senget sebelah, kakak akan tolong (tanpa diminta) tolak bagi meniarap..hehe.. Paiti..Paiti. Ibu doakan semoga anakanda terus membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang solehah. Insyaallah..
Saya kene cucuk..

Saturday, March 30, 2013

Buang iklan myJodoh

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Dah lama sebenarnya ibu serabut dengan iklan myJodoh yang tetiba je ada kat blog ni. Tapi asyik 'terlepas pandang' je nak buang. Harini ibu bertekad untuk membuang iklan tu. Rupanya senang je. Remove widget Waktu Solat. Maka hilanglah ia. Rupa-rupanya dia attch skali dengan widget tu. Cit..
Thanks to blogger2 yang share camner nak hilangkan iklan tu. Ibu pun google je.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan..yakinlah. Insyaallah..

Monday, March 25, 2013

Pesan Ibu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Anak-anakku sayang...
Anakanda-anakanda  ibuAbah..wajiblah kalian menutup aurat bila telah memenuhi syaratnya.. ye sayang.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara (adik beradik) mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

Islam Itu Indah

Thursday, March 21, 2013

MAS vs AirAsia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Baru-baru ni kawan mrAbah bagitu harga MAS sekarang dah murah. Malah lebih murah dari AirAsia. Biaq betul. Kami yang sememangnya dah lama menunggu berita begini sangatlah berbunga-bunga di hati. Sekali betul da... Kami compare hari, tempat dan masa (test dibuat beberapa kali untuk beberapa tempat, waktu, hari berlainan) yang sama antara 2 syarikat penerbangan ini, memang MAS lagi murah. Aku sebenarnya memang lebih selesa menaiki MAS berbanding AirAsia. Anak kapal  MAS lebih kemas, helpfull dan friendly. Personality anak kapal MAS pun nampak lebih elegent. Takdela rambut mengerbang. Kuku panjang bagai. Terminal pun lebih selesa. Cuma disebabkan harga MAS yang lebih mahal dari AirAsia membuatkan kami memilih AirAsia untuk travel. Cuma bila budget lebih sikit baru kami akan memilih penerbangan selain AirAsia seperti MAS atau Singapore AirLines. Tapi selalunya Singapore AirLines coz dia masih lebih murah dari MAS. Kalau harga begini dikekalkan, kami akan menjadi antara pelanggan tetap MAS. Mengikut perancangan kami akan menaiki penerbangan pertengahan tahun ni. Kalau nak naik balik pun lepas-lepas tu la ye. Harap2 harga begini kekal sampai bila-bila. Paiti..

p/s: Kepada anak-anak kapal, rajin2lah senyum bila bertugas. Tiket mahal tau...Senyuman kan sedekah, bukan kene bayarpun..

Wednesday, March 20, 2013

Berat Badan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Pic from google

Bila dah abis pantang, perkara pertama yang ibu akan buat ialah try seluar jeans. Masih muat lg?? Atau muat tapi ketat?? Muat dan sedang-sedang elok(selalunya tidak) ?? Apakah keputusannya...
Masih muat..tp ketat sudah. Ops..oh tidak. Adakah  itu menunjukkan bahawa aku makin bam-bam. Begitulah nampaknya. Kalau tengok dari luaran, mostly orang kata 'kurus dah ibu lepas melahirkan..jenis badan tak naik agaknya. Tak yah nak diet-diet'. Tapi perlu diingat, itu pandangan dan pendapat orang secara luaran sahaja. Hakikatnya berat badan ibu naik lagi. Ibu pi la timbang untuk men'confirm'kan lagi keadaan, Tup..tup kuar angka 56kg. Ding dong..memang naik. Malam tu timbang lagi..naik lagi 56.6kg lak..agaknya baru lepas makan kot (sedap hati).  Ini tak leh jadi. Pastu esoknya timbang lg..tup tup..56kg. So kesimpulannya berat ibu lepas habis pantang area 56kg++. Maka akan bermulalah program men'diet'kan badan secara ikut suka. Yela, duk rumah ++ menyusukan anakanda. Orang kata takleh lapar, nanti susu cepat kering. Walau bagaimanapun ibu berazam untuk mencapai berat sekurang-kurangnya 55kg ke bawah. Semoga ibu tak perlu membeli seluar jeans baru lg..klau tak, tiap kali lepas bersalin mesti kena beli seluar jeans baru. Sayang je rasa coz seluar lama elok lagi. Bayangkanlah dari 47kg ke 50kg ke 53kg ke 55kg dan sekarang 56kg. Masa belajar dulu berat ibu 45kg je..camno tu..fikir-fikirlah sendiri..

Thursday, March 14, 2013

Selesai Sudah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


 Ibu dah Merdeka..



Berakhir sudah fasa berpantang 40hari. Kejap je masa berlalu. Tapi masa menghadapi tu macam lama je rasa. Tup tup 46 hari dah hari ni. Darah dah clear. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang takda dugaan sangat. Thanks to cikEmi coz ambik 'contract' dengan akak masa berpantang. Kurang sikit beban. Start dari anak ke3 aku dah mula berpantang sendiri. Masa anak sulung dan ke2 aku berpantang di Kelang. So kebanyakkan urusan bonda yang buat. First time berpantang sendiri agak stress juga. Dengan dugaan yang tak di duga. Nasib baik tak meroyan. Kali ke2 berpantang sendiri aku dah mula pandai sikit mengawal diri. So kurang stress. Pengalaman mengajar kita. Hari ni mandi nifas. Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari. Ada orang kata min 40hari. Waallahuaklam. So hujung minggu ni cikEmi akan balik ke Kelang. Tingallah aku menjaga anak4. Bak kata org tua 'Jangan sampai tak cukup kain sudah'. Semoga aku diberi kekuatan dari segala sudut dalam membesarkan anakanda4. Ya Allah, tabahkan hatiku, cekalkan aku, beri lah aku kesabaran yang tinggi, jika ada dugaan yang mendatang Kau tetapkanlah imanku agar aku tidak lupa kepadaMu. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat ku mengadu dan memohon pertolongan. Amin..


p/s:Fasa 2 berpantang diteruskan untuk 100hari.

Monday, March 11, 2013

Doa Dhuha

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

(sumber dr google)

Kat sekolah along Amrullah belajar solat sunat dhuha. Seperti biasa Amrullah mesti suruh ibu cari kat youtube. Coz along kata teacher pasang youtube doa dhuha. Dorang tengok video doa dhuha di youtube sambil belajar agaknya. Kebetulan masa tu kat tv tengah tayang doa dhuha. Ibu pun cepat2 record. Alhamdulillah..anakanda suka ikut dan dah boleh ingat. Semoga anakanda rajin menunaikan solat dhuha di hari2 mendatang. Ilmu yang baik perlu diamal.. ye anakku. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''