Sunday, June 22, 2008

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.


EEmm..dah lama rasanya tak mandi laut. Tinggal kat negeri persisiran pantai pun jarang mandi pantai. So untuk menghilangkan 'gian' mandi laut, pada 13 Jun 2008 kami pun merancang untuk ke Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Cantik nyer planning, kami ajak sebuah keluarga lagi (PokRashid) join kami. Planning asal : Duk kat Bukit Kluang Beach Resort 13,14 Jun 2008, leh mandi pantai Bukit Kluang + Mandi kolam Bukit Kluang Beach Resort.

Pada 13 Jun 2008, seawal jam 10:00 kami memulakan perjalanan. Kami singgah sekejap di Mydin Mall untuk sarapan. Jam11:00, perjalanan diteruskan menuju ke Besut, Terengganu. Nak dijadikan cerita, apabila kami sampai di Bukit Kluang Beach Resort, bilik penuh. Habis tempat kami survey,semua penuh. Akhirnya tanpa dirancang, sampailah kami di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Jauh menyimpang nampaknya. Takpela, kira cuti-cuti Kelantan la pula kali ni. Nasib baik ada 2 bilik kosong walaupun tak ada bilik dekat-dekat. Ketika tu jam dah menunjukkan jam 15:30. Selepas solat dan rehat sebentar, kami pun pi lah terjun kolam. Tak mandi laut sebab ia luar dari resort. Anakanda Amrullah la insan yang paling gembira. Dia memang pantang jumpa air banyak-banyak ni. Gembira bukan kepalang. Abah dah belikan Amrullah pelampung yang ada tempat duduk so bolehlah dia bebas sikit. Masuk jer dalam air, hidup semua kaki tangan anakanda. Nampak dari gayanya cepat ni anakanda pandai berenang. Memandangkan cuaca agak panas, kami naik setelah lebih kurang 30 minit berendam.

Jam 18:30 kami keluar makan ikan bakar di Restoran Amiera, Kuala Besut. Kuala Besut dan Bachok dekat je, kira sempadan Terengganu-Kelantan. Sedap jugak ikan bakar di sini. Selepas masing-masing dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Pasar Malam Pantai Irama, Bachok. Pasar malam ni agak besar. Pelbagai barangan dijual. Kemudian kami ke Wakaf Che Yeh,Kota Bharu untuk membeli belah. Suasana di sini masih meriah walaupun ketika ini jam menunjukkan jam 22:30. Pasar Wakaf Che Yeh ni memang glamour dengan pelbagai barangan, semua ada di sini. Barangan dapur, barangan keperluan rumah, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan pelbagai lagi. Ada juga orang kata ia 'ala-ala Rantau Panjang'. Harganya pun oleh tahan murahnya. Setelah penat berjalan, kami pulang lebih kurang jam 00:30.

Esoknya, selepas bersarapan nasi lemak, kami check-out jam 09:00. Kami bertolak agak awal kerana ingin singgah di Setiu melihat tanah sawah Pok Rashid. Akhirnya lebih kurang jam 12:00, kami sampai di rumah. Masa berjalan tak terasa penat, bila sampai di rumah letih juga rasanya. Nak rehat jap la, jumpa lagi...

Saturday, June 21, 2008

Anakanda dapat basikal

Anakanda dapat basikal baru.
Hari ni pi Giant Hypermarket. Niat asal nak beli barang rumah yang dah tak berapa nak ada. Masa lalu di bahagian kanak-kanak abah Amrullah ternampak basikal. Dari haritu lagi hubby ku berniat nak belikan Amrullah basikal sebab masa kami ke rumah mak kakak ipar ku di Kota Bharu, Amrullah nampak 'ralit' sangat menilik basikal orang (anak buah kakak iparku yang tinggal di sana). So dengan bermurah hati, hubby ku telah membeli basikal tersebut untuk anakanda Amrullah. Amboi....sukanya dia. Amrullah baru masuk 10 bulan, dah dapat basikal. Kaki pun tak berapa nak sampai.. heheh.. Takpe, nanti ibu tolakkan. Kita tunggu abah balik keje ye... Be a good son ya.. MMuuuaarrhhh..dari ibu dan abah.

Friday, June 20, 2008

Gem Beach Resort , Batu Rakit & Candat , Terengganu.

Gem Beach Resort & Candat, Terengganu.

Pertengahan May, kekanda ku Zainon sekeluarga telah datang melawat kami di Terengganu. Chewah.. bahasa bunga-bunga gitu. Akhirnya sampai gak dorang kat sini. Oleh kerana masa tu musim candat sotong, suamiku pun ajakla abang iparku pi bercandat. Mereka sampai di rumah kami pada jam 05:00, 17 May 2008. Selepas berborak pendek, masing-masing masuk ke bilik untuk sambung tido. Jap lagi dalam jam 11:00 nak bertolak ke Gem Beach Resort lak. Kami mengajak mereka bercuti di Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu. Nanti bila kaum bapa pi mencandat, leh la bebudak pi mandi kolam. kalau duk kat rumah, sian lak bebudak ni, tkleh nak wat apa, baik duk resort. Seramai 4 orang telah mengambil bahagian dalam aktiviti mencandat ni, mereka adalah abg iparku, kawan opis hubby ku (Rashid) dan sorang lagi kawan hubbyku semasa di KL (Zuhairi), mereka berdua memang kamcing dan buat keje sama-sama, campur nelayan 2 orang jadilah 6 orang. Lokasi candat Pulau Bidong dan Pulau Redang.

Punyalah semangat, almaklumler suamiku dan abang ipar ku tk penah bercandat. Kalaula tak dapat bawak balik sotong , akan ku gelak terguling-guling bersama anakanda. Wakakahhakah... Lebih kurang jam 14:00, kaum bapa telah memulakan perjalanan untuk ke jeti Merang. Hari tue kami pun tkde aktiviti apa pun nak dilakukan, sekadar berjalan-jalan di pantai dan di sekitar resort. Anak buah ku tak sabar-sabar nak mandi kolam. Tapi mereka hanya dibenarkan mandi kolam esok aja. Sabar ye nak oi.. Esok leh mandi kolam.







Hari kedua.
..
Lebih kurang jam 09:00, hubby ku call bagitau dorang dah nak mendarat. Aku tanya hasil tangkapan dorang, boleh tahan. Seorang dapat sotong 30 ekor, 4 orang 120 ekor. Sewaktu pergi ke destinasi mencandat, mereka telah melabuhkan pukat/perangkap ikan di perairan. So dapatla ketam sikit, ikan pari 3 ekor. Seekor dah busuk, so buang jer kat dalam laut balik, seekor tu besar sangat-sangat, nelayan tu suruh lepaskan jer, adalah tu. So seekor je la bawak naik. Nampaknya seminggu dua la makan lauk hasil tangkapan. Yela, aku berdua jer, anakanda pun baru 9 bulan. Rezeki laut.. Alhamdulilla..



Pagi tu ku bawa anakanda mandi di kolam bersama sepupu-sepupunya. Amboi.. seronok bukan main budak-budak tu. Sesampai suamiku di bilik, alahai siannya ku tengok. Letih semacam jer. Oo.. tak cukup tidur rupanya. Lepas membersihkan diri, ZZZzzzz... Sampai makan tengah hari pun tak bangun. Nampaknya makan sorang-sorang la. Tepon suruh hantar makanan kat bilik je la. Nak dijadikan cerita, kakak ku tak makan tengah hari tu sebab abang iparku tido, sian dier.. Awatla tak tepon jer, tkpela kenangan kelaparan di Terengganu. hehe.. :D Petang tu, setelah puas berehat, kami membawa tetamu kami menikmati keindahan Kuala Terengganu. Hehe..:D Kemudian ke Taman Tamadun Islam, tengok Masjid Kristal. Kemudian kami singgah sebentar di Giant Hypermarkat sebelum ke tempat makan untuk dinner. Kami makan di Kedai Air Buah Gelas Besar Pior. Masing-masing masih keletihan, selepas makan kami terus ke bilik untuk berehat.








Hari Ketiga...
Selepas subuh, hubby ngan kawannya kuar pi cari sarapan, nasi dagang. Yela..tak sah klau datang Terengganu tak kene nasi datang. Selepas sarapan, kami pun pi mandi kolam. Ingat nak mandi laut tapi kawasan tu laut dalam, bahaya. Mandi kolam jerla. Seronok sangat tengok bebudak tu. Arini Umar ngan SitiJr leh mandi tempat dalam sebab ada orang jaga. Amrullah pun mandi tempat dalam, sebab abah dah belikan pelampung. Best.. best.. Selepas mandi, masing-masing mengemas untuk pulang. Kami membawa tetamu bershopping sikit di Pasar Payang. Kemudian makan tengah hari di Restoran Mat Binjai. Nak suruh dorang rasa telur penyu. Sebelum balik ke KL, kami singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung. Kami berpisah di sini. Kakak ku meneruskan perjalanan ke destinasi seterus mereka manakala kami pulang ke rumah memandangkan anakanda Amrullah pun dah tidur. Semoga family kakak ku berpuas hati dengan layanan yang tak seberapa dari kami. Nanti datang lagi ye.. Daa..

Wednesday, June 18, 2008

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.Bulan April yang lalu, kami telah pergi ke Cameron Highland. Biasalah saya ni lambat sikit update aktiviti, selalu tertinggal baru tulias. hehehe.. Kami pergi dua keluarga. Aktiviti yang tidak dirancang itu,akhirnya membawa kami ke Cameron Highland,Pahang. Kami bertolak pada petang khamis kira-kira jam 16:00. Yela, kat sini kan cuti jumaat dan sabtu. Kami pergi menaiki sebuah kereta sahaja. Jimat minyak. Kami bertolak dari Bukit Guntung,Kuala Terengganu. Kami ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Cantik pemandangan tasik ni, nak kene pergi ni.. hehe. Kami sampai di Tasik Kenyir pada jam 17:30. Dekat area Tasik Kenyir tu, terdapat satu safari gajah yang baru dibuka. So kami pun singgah di
sana, lagipun kami bukannya kejar masa. Kan nak bercuti, singgah je apa yang jumpa.

Terdapat 2 ekor gajah berusia 8 tahun. Seekor jantan dan seekor betina. Mengikut perancangan pihak hidupan liar tersebut, pada masa akan datang mereka akan membuat aktiviti masuk hutan bersama gajah. Wow.. menarik tu. Kene cuba ni, tapi masa dan tarikhnya belum ditetapkan lagi. Di sana kami dibenarkan memberi gajah makan, malah adik Husna berkesempatan naik ke atas gajah tersebut sambil diawasi pengawalnya. Kami keluar dari area Tasik Kenyir pada jam 19:00 dan seterusnya memasuki area felda Sg.Aring. Kami berhenti di R&R Gua Musang untuk solat. Perjalanan kami diteruskan lagi, Gua Musang (19:50) -> Kuala Betis/Pos Blau (20:10) -> Sepanjang H/Way Gua Musang/Simpang Pulai -> Lojing -> Post Brooke -> dan akhirnya sampai di Tanah Rata pada jam 21:30. Kami menginap di Hotel Star Regency. Disebabkan sampai pun dah lewat, perut pun dah berbunyi, kami terus mencari makan malam di gerai berhampiran hotel. Selepas makan kami berjalan-jalan di Tanah Rata untuk menikmati keindahan dan kesejukkan malam di sana.

Hari kedua...
Pagi-pagi lepas sarapan, kami memulakan aktiviti dengan membeli souvenir. Almaklumler, tempat makan tu dekat dengan kedai-kedai souvenir. Kemudian kami ke Strawberry Garden, petik dan makan. Eheh..silap da.. petik dan beli. Tapi ada gak yang masuk mulut. Ops..sshh jangan bagitau orang. Destinasi seterusnya adalah Cactus Valley. Dah besar dah temat ni, dorang extend sampai ke atas. Bahagian atas lebih kepada penanaman secara hidroponik. Dah sampai di Cameron Highland, tak sah kalau tak pergi ladang teh. Kemudian kami ke ladang Teh Boh. Jalan dia aduhai keciknyer.. ish ish.. Nasib baikler hubby ku expert bawa kete tempat-tempat camni. Disebabkan kami sampai lewat sikit, kami tak sempat nak tengok proses menghasilkan teh. Pada sebelah malam, kebetulan ada pasar malam di sekitar kawasan tempat kami tinggal. Memandangkan harga sayur di pasar malam lebih murah berbanding di kebun sayur, kami telah memborong sayur, bunga dan baju sehelai dua di pasar malam.

Hari ketiga...
Seawal jam 10:00 kami check-out. Ketika perjalanan pulang, kami singgah di gerai menjual bunga untuk membeli benih bunga. Setelah selesai semua, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu melalui jalan yang sama kerana kami berhajat untuk singgah di tempat gajah sekali lagi. Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Cameron Highland, kalau anda duduk jauh, sekali datang lawatla sebanyak tempat yang mungkin. Kalau tidak menyesal. Nanti takdela rasa terkilan sangat. First time saya bercuti di Cameron Highland, pantang jumpa kebun atau ladang pasti singgah. Selamat bercuti-cuti Malaysia.. Daaa...

Tuesday, May 6, 2008

Anakanda 9 Bulan...

Anakanda Ahmad Amrullah... Baru keluar Spital...

Hari ini 05/05/2008, genab anakanda Ahmad Amrullah berusia 9 bulan. Haritu anakanda dimasukkan ke dalam wad disebabkan demam panas tak kebah-kebah. Alhamdulilla hari ke4 demam anakanda dah mula kebah. Dah besar anak ibu nie. Patutpun makin tak larat ibu nak dukung. Makin 'slim' ler ibu nampaknya. Pelbagai kerenah dan ragam anakanda Amrullah sepanjang tempoh pembesarannya yang mencuit hatiku. Keletah dan gelagatnya sentiasa mengubat hatiku. Gigi pun dah banyak, 7 batang. Habis badan ibu digigitnya. Namun sedikit pun tidak ku marah namun geli hati melihat caranya untk menggigitku mahupun abahnya. Mulut pun banyak cakap dah sekarang ni.. Ntah apa yang dingomelkan ntah.. Anakanda.. anakanda.. Tak pernah ku rasa penat atau jemu dalam mengasuh anakanda. Sehari-sahari ku melihat sendiri perubahan-perubahan anakanda di depan mataku. Tatkala itu jugalah, keinsafan ku melanda, betapa besarnya kebesaran Allah dalam penciptaan manusia... Allahuakhbar..
Di sini ingin ku rakamkan apa yang berlalu dalam masa 9 bulan anakanda Amrulah meniti usianya...

Dilahir 05 Ogos 2007
First time naik kereta 16 Ogos 2007

First time naik flight 30 November 2007

Meniarap/Terbalik Awal Disember 2007

Tumbuh Gigi Sulung 17 Februari 2008
Main Air liur 24 Februari 2008
Merangkak 27 Februari 2008

Berdiri 11 March 2008
Tumbuh Gigi ke2 14 March 2008
Meniti/Bertatih 16 March 2008
Tumbuh Gigi ke3 23 March 2008
First time demam 24 March 2008
Tumbuh Gigi ke4 27 March 2008

Tumbuh Gigi ke5 02 April 2008
Tumbuh Gigi ke6 08 April 2008
Tumbuh Gigi ke7 12 April 2008
Memanjat/Krabat 26 April 2008
Masuk Spital Demam Panas 27 April 2008

Sekarang nie tak sabar rasanya nak tunggu anakanda berjalan pulak. Sekarang pun Amrullah dah mula lepas tangan, nak belajar berjalan la tue. Jatuh jangan cakapla, dah lali agaknya. Semoga anakanda Amrullah cepat berjalan, nanti kat Guangzhou tak yahla ibu ngan abah dukung selalu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.. MMuuaarraahh....dari ibu dan abah untuk anakanda Amrullah.. Jangan nakal-nakal tau...:D

Monday, May 5, 2008

Al-fatihah..

Bismillahirahmannirrahim... Al-fatihah...Al-A’raf [25] Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).

Tanggal 27 April 2008, perginya seorang teman sejawat kami untuk selamanya. Seorang insan yang dilahirkan kurang sempurna sifatnya tetapi mempunyai kecekalan untuk berdikari bagi menyara kehidupannya dan keluarga. Akhir sekali kami bertemu sewaktu majlis perkahwinan kami, Ogos 2006. Al-fatihah... untuk PokNik. Setiap kali ada kematian, pasti kita akan menginsafi diri sejenak. Walhal kita disuruh menginsafi diri dan mengingati mati setiap detik dan ketika. Kepada yang masih hidup, ingatlah.. Hidup ini hanya sementara, setiap amalan dan perbuatan akan dihitung walaupun sebesar zarah. Apabila mati, segalanya akan ditinggalkan kecuali 3 perkara iaitu sedekah Amal Jariah, Ilmu yang berguna dan diamalkan serta doa dari anak yang soleh.

Suka di sini, ingin saya membawa rakan-rakan sejenak, untuk kita sama-sama berfikir dan mengingati mati. Seperti yang kita tahu, kehidupan dunia hanyalah satu permainan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?” (Surah Al-An’am: Ayat 32)

Marilah kita renungkan hadis berikut:
Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”

Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Rakan-rakan... Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya.”


Tuesday, April 22, 2008

Sabah-Kota Kinabalu : Mac2008

Sabah-Kota KinabaluBulan lepas kami sekeluarga telah pergi ke Kota Kinabalu,Sabah. Saja nak rehat-rehatkan minda. Nasib baik ada Syarikat Penerbangan Tambang Murah, leh ler pi rehat jauh sikit. hehehh.. Pi berehat hujung minggu jer.

Hari Pertama...
Nak dijadikan cerita, mungkin disebabkan niat nak pi merehatkan diri,sepanjang kami di KK, hujan memanjang. Hari pertama kami sampai sahaja tak hujan. Tapi mendung.. Mendung tak beerti hujan bak kata Ella. Kami menginap di Promenade Hotel. Sesampai di hotel, anakanda dah merengek..laporla tue. Dari tadi tak makan lagi. Sok pepagi, tak berapa larat nak bangun..letih ler sesangat. So kami mengambil keputusan untuk Tidur... ZZZzzz.... heheh.. Terlepas ler kupon breakfast. Tengah hari tu kira 'brunch'ler. Kami order 'Nasi Goreng Kinabalu' dan 'Nasi Goreng Special'. Nyum.. nyum.. Sedapnyer... Ingatkan lepas makan nak jejalan di 'Waterfront' sekali hujan da. Naik bilik dulu la.. tunggu jap-jap lagi.. biar hujan reda sikit. Waterfront terletak berhadapan dengan hotal kami, so leh jalan kaki jer. Dah jam 1600 hujan masih belum reda. Kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta. Pusing-pusing bandar jer la nampaknyer. Sempat juga la kami ke Tanjung Aru, tengok perkampungan atas air, Sutera Harbour, Masjid Negeri dan kawasan sekitarnya. Sampai tertidur anakanda. Pada sebelah malam, kami ke Restoran Terapung Kampung Nelayan. Try makan lobster sekali..hehehe.. Kat gambar sebelah, tu la lobster yang kami pilih, yang paling kecik. Excited sikit saya, sebab first time nak makan lobster.. :D.. Di sini, setiap hari jam 2030 ada persembahan kebudayaan. Bukan main seronok anakanda.. Bukan seronok tengok persembahan.. seronok sebab ibu suap lobster.. kan.. kan.. Meriah betul suasana malam tu kerana restoran tersebut menerima tempahan dari pelajar jepun kot.. Ramai lak tue.. Tapi kalau dengar dari percakapan dorang, korea pun ada.. Pertukaran pelajar kot.. Setelah kenyang 'membulat', kami pulang dengan ngantuknyer.. Yela.. perut dah kenyang.. apa lagi yang dicari bantal ler.. hehe.. Sebelum balik ke hotel, kami pusing sekejap melihat bandar KK pada waktu malam. Rupa-rupanya Sabah ni ada Syarikat Elektrik sendiri-Sabah Electricity. Baru tahu, ingat satu Malaysia guna TNB.












Hari Kedua...

Esoknya, kami sempat bersarapan di hotel. Cuaca masih belum hujan tapi dah mendung. Oleh kerana semalam dah sewa kereta untuk sehari, hari ini kami memandu ke tempat-tempat yang dirancang untuk pergi. Hajatnyer nak ke Kota Likas River Louge dan Lok Kawi Wildlife Park jer. Tapi tengok dari cuaca yang mendung ni.. kesampaian ke tak agaknya. Barujer separuh jalan... hujan turun... ish ish.. baru nak nak sampai Lok Kawi Wildlife Park, tak leh masuk la nampaknya. Kami pun mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Likas, walaupun hujan. Dapatlah belajar mengenal jalan di Sabah ni. Pada sebelah malam kami, kami makan di Bazar Waterfront. Makanan yang 'famous' di sini ialah kepak ayam, so kalau datang kene rasa.

Hari ketiga...
Dah nak balik. Sebelum 'check-out', kami ke center market untuk membeli 'souvenir'. Kami check-out jam 1200. Selamat tinggal Sabah.. Jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''