Thursday, January 17, 2008

Pulau Redang, Terengganu : April 2006

Pulau Redang, Terengganu, Malaysia.
Sejuknya arini. 'Angin sepoi-sepoi bahasa..'. chewah berfalsafah lak hari ni... Teringat pula semasa ke Pulau Redang. April 2006 yang lalu, kami telah bercuti ke Pulau Redang, Terengganu. Sebelum apa-apa... meh sini saya cerita sikit pasal Pulau Redang ni. Pulau Redang ni terletak 45km ke arah utara dari Kuala Terengganu. Ia berukuran lebih kurang 6 km lebar dan 7 km panjang. Ia merupakan di antara pulau peranginan yang terbesar di Laut China Selatan. Terumbu-terumbu batu karang sebanyak 346 spesis menjadikan Pulau Redang antara taman laut terindah di dunia. Kepulauan Redang terdiri daripada 9 pulau-pulau kecil.. Lima Island, Paku Besar Island, Paku Kecil Island, Kerengga Besar Island, Kerengga Kecil Island, Ekor Tebu Island, Ling Island, Pinang Island and Main Redang Island.


28 April 2006...
Kami berkumpul di Jeti Kuala Terengganu. Kami menaiki feri dari jeti Kual
a Terengganu lebih kurang jam 0930. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Jika anda hendak ke Pulau Redang, anda juga boleh memilih untuk pergi melalui Jeti Merang (perjalanan lebih kurang 1-1jam 30 minit) , Jeti Kuala Besut (perjalanan lebih kurang 2 jam) atau menaiki kapal terbang.. hehe. Setelah puas duduk, berdiri dan ber'posing' , akhirnya kami sampai juga ke Jeti Pulau Redang. Kami menaiki van yang disediakan untuk membawa kami ke Berjaya Redang Beach Resort. Wah... seronoknya rasa. Inilah kali pertama bagi saya bercuti di pulau. Memang best.. Tak dapat nak dibayangkan perasaan bila melihat air laut yang sangat cantik dan jernih. indah betul ciptaan Illahi. Apabila sampai ke resort, kami disambut dengan 'welcome drink'. Tengah haus-haus, dibagi lak air, best tullah..tp segelas jer.. ish..ish.. Kami ke bilik masing-masing menaiki kenderaan yang disediakan. Cantiknya pemandangan dari bilik, mengadap laut. Terlalu indah pemandangan alam semulajadi ditambah pula dengan cuaca yang baik. Setelah puas berehat dan menyiapkan diri, kami turun untuk makan tengah hari. Pertama kali dalam hidup saya duduk di hotel yang toiletnya takde dinding. Tutup ngan bidai kayu jer, boleh selak-selak lagi.. heheh.. (selak la kalau berani...)

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel dan pantai sementara menunggu masa untuk pergi snorkling. Inilah pengalaman pertama saya
nak snorkling, dah la tak pandai berenang.. hehe.. excited ada.. seram pun ada.. Pengalaman snorkling amat menyeronokkan. Patutla ada orang kata dunia laut lebih cantik dari daratan. Memang cantik tak dapat nak digambarkan dengan mata kasar. Tu belum lagi pergi diving. Balik dari snorkling, kami terjun pula ke dalam kolam renang. Alang-alang dah basah. Malam tu kami makan buffet di hotel. Ada persembahan nyanyian, tapi kami tak kenal pun. Pada sebelah malam tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. So kami main 'indoor game' sahaja. Ada yang main pool, carrom, football patung kayu tu dan bermacam-macam lagi. Tapi sebelum main kene beli token dulu, baru boleh main. Oleh kerana pagi tadi kami baru sampai, malam ni rasa letih sikit. Saya dan rakan sebilik tido agak awal. Yang lain dengar-dengar sambung main 'gen-rummy' pulak kat bilik. Takpe, janji masing-masing 'happy'.

29 April 2006...
Hari ini kaum lelaki ada aktiviti memancing. Tapi tak semua turun ke laut. Bagi yang mabuk laut tu, usahla bermimpi nak ikut pi memancing kerana mereka memancing nun di tengah laut. Yela… aktiviti
memancing dilarang dalam jarak 3.2km dari Pantai Redang. Ini untuk menjaga hidupan laut dan batu karang yang ada. Ada juga di antara kami yang melakukan aktiviti kayak dan ada yang menjelajah pantai redang. Kat sini berdekatan dengan ‘Turtle bay’, so kalau berani berkayakla ke sana. Kayak ni kena sewa per jam kalau tidak silap saya. Ada juga di antara kami yang pergi diving. Kat sini mereka yang tiada lesen diving juga dibenarkan diving tapi tempatnya berbeza dengan mereka yang ada lesen. Harganya pun berbeza la sikit. Saya juga turut serta ke kawasan untuk scuba diving, tapi tak turunla. Hanya tunggu di atas.. hehe.. seram gak duduk kat pelantar tu, takla besar sangat, kat tengah laut lak tu.. bergoyang-goyang pulak.. ish.. ish

Pada sebelah petang, kami beramai-ramai turun ke pantai. Ada yang mandi pantai dan ada juga di antara kami yang bermain bola tampar pantai. Ala.. dorang tu main belasah jer tu, bukan reti sangat pun main bola tampar. Janji jadi jer.. hehe. Lepas mandi pantai, tak habis di situ sahaja, sambung lak dengan mandi kolam. Alang-alang mandi.. biar puas.. kan.. kan..

Pada sebelah malam kami menikmati hidangan bbq yang disediakan oleh pihak hotel. Best betul makanan malam tu, baunya aja dah menusuk ke hidungku.. waaallahhh… Tapi bab nak ambik sotong dan udang bakar berempah, beratur punyala panjang. Selepas makan malam, kami lepak kat tepi pantai dan ada yang ke laluan pelantar. Menikmati keindahan malam, almaklumla esok dah nak balik. Malam tu masa kami sedang duduk-duduk sambil berborak di pantai, kami ternampak sorang pelancong ni tengah mengorek lubang sepanjang persisiran pantai. Apa kejadahnya mamat ni nak buat, rupa-rupanya dia nak letak lilin bernyala kat dalam lubang yang dikoreknya tadi. Maka suasana malam tu yang dah sememangnya cantik tu bertambah menarik dengan kreativiti mamat tu. Seperti malam semalam, sebelum masuk ke bilik masing-masing kami berhenti seketika di bilik mainan (indoor game). Sambung perlawanan semalam la kot.. hehe..

30 April 2006…
Hari ini hari terakhir kami di Pulau Redang. Semalam tidur agak lewat. Duk berborak. Yela.. sesekali dapat berkumpul macam ni. So pagi ni kami bersarapan agak lewat. Selepas sarapan, kami terjun lagi ke dalam kolam renang sebelum balik ke bilik dan bersiap untuk pulang. Yelah.. entah bila pulak la nak sampai ke sini lagi. Kami ‘check-out’ lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Walaupun masing-masing nampak letih, dan muka bertambah ‘berkilat’. Hehe.. tapi keseronokan tergambar pada wajah masing-masing. Lebih-lebih lagi mereka yang pergi memancing. Mana taknya.. Boleh bawa balik ikan satu peti… hehe.. Jumpa lagi..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''