Thursday, June 18, 2009

Jalan-jalan Pahang, Malaysia.

Deerland dan Kuala Gandah

Baru-baru ni, kami sekeluarga + acuYana (adikku) telah ke Kuantan, Pahang. Agenda utama, hubby ku ada meeting di sana. Agenda sampingan berjalan-jalan ke Deerland dan Kuala Gandah. Hehehe.. Kami bertolak pagi Sabtu, jam 11:00. Kemudian kami berhenti makan di Ulu Bendul. Ala kedai yang masuk rancangan Warung Kita tu. Test sekali betul ke sedap. Rupanya-rupanya memang sedap. Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Alhamdulilla kami sampai di Vistana Hotel lebih kurang jam 16:00. Nasib baik ada bilik,tapi tinggal executive room jer. Takpela, nak wat camno.. last minute. Namun ada sesuatu yang tak di sangka telah berlaku. Sampai jer parking Vistana tiba-tiba aku perasan ada asap keluar dari bawah kereta. Hubby ku tak sedap hati. Lepas check-in hubby terus bawak kereta ke bengkel. Rupa-rupanya ekzos kereta tersumbat.










Tengok dari keadaan cam dah lama tersumbat. Nasib baik takde apa-apa. Malan tu kami makan di Restauan Ani Ikan Bakar Petai. Kami order Ikan Merah Bakar, Udang Masak Sambal Petai (Udang besar-besar pehe Ashiilah), Sup Cendawan, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Perhhhh.. sedap giler. Meleleh air liur bila teringat balik.










Hari Kedua: Selepas bersarapan, kami bersiap sedia untuk check-out lebih kurang jam 10:30. Perjalanan di teruskan ke Deerland dan Kuala Gandah. Perjalanan melalui Highway LPT, exit Lancang. Selepas tol exit Lanchang dah ada signboard ke Deerland, ikut jer. Perjalanan ke Deerland mengambil masa lebih kurang 2jam dari Kuantan. Jalan masuk ke Deerland agak kecil dan berlekuk-lekuk (part ni yang kurang gemor ni,tkde ke pihak tertentu nk besar dan cantikkan jalan. ni kan tempat atraction. barulah orang ramai datang). Harga tiket rm5. Best jugak kat sini walaupun tempatnya tidaklah sebesar Zoo Negara. Di Deerland pengunjung dapat memberi makan (hampir kesemua binatang) dan memegang binatang yang ada. Satu pengalaman yang menarik. Mula-mula ingatkan anakanda Amrullah takut, rupa-rupanya dia yan lebih. Pantang nampak binatang sibuk nak pegang. Tak tau takut atau geli rupanya dia. Gembiranya bukan main lagi. Dulu masa ibu bawa Amrullah ke Zoo Lok Kawi tak pulak excited macam ni Amrullah. Mungkin kerana di zoo kita hanya dapat lihat binatang dari jauh jer. Semua binatang ibu pegang kecuali sang ular (goli mak oii). Tapi acuYana siap letak di leher lagi. Binatang yang tak pernah aku tengok tapi aku dapat kenal di sini ialah Hedqehoq. Ia binatang spesis landak kecik. (Refere gambar bawah,kanan)










Perjalanan di teruskan ke Kuala Gandah. Ia melalui jalan yang sama ke Deerland cuma ia lebih ke dalam. Dari Deerland ke Kuala Gandah lebih kurang 10minit. Di sini masuk percuma (nama formal : Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah). Sebelum masuk pengunjung dikehendaki mendaftar. Pengunjng akan diberi sticker, ada 3 warna : merah, hijau dan kuning. Setiap sticker ada pas tertentu. Sticker hijau : khas. Sticker kuning : anda boleh memberi makan, menunggang dan mandikan gajah (bilangan terhad). Sticker merah : memberi makan gajah sahaja. Kami hanya dapat sticker hijau. Staff kaunter tu kata kami boleh pegang dan bagi makan gajah jer. Jam 13:00 / 13:30 / 15:45 ada video show tentang Gajah dan Kuala Gandah. Ia dibuka kepada umum setiap hari.










Lebih kurang jam 14:00, kami pulang ke KL. Malam ni ada majlis makan-makan sempena hari jadi kakLang, abah dan hari bapa. Sponsored by kakLang. Bertempat di Restauran Tupai-Tupai jam 21:00 (akulah tu yang cadangkan di Restauran Tupai-tupai..hehe, ambil kesempatan). Dah lama tak makan kat sini. Kami order Ikan Goreng Special Tupai-tupai, Tomyam Campur, Sayur Campur, Telur Dadar, Butter Prawn berserta air Buah Naga dan Durian Belanda jug. Burrhhhhh..kenyang tahap membuntal. Sedap-sedap. Masih macam dolu-dolu.










Selamat Hari Jadi kakLang aka makLang dan Abah aka Atok. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aminn...

9 comments:

Unknown said...

bestnyer cuti2 malaysia.. kecik2 lagi dh leh jalan merata tempat kedua2 anakanda tu kan..bertuahnyer badan..

Suziey Ahmad said...

waaa syioknye dalan2...ashiilah nmpk dh beso dah..kejap je:p

da said...

zue, ore rajin g jugok ani ikan bakar tu..memang meveles udang masak petai dia..ikan bakar petai pun sedak jugok..

Mama Danish said...

besnye jln2..aku yg dok kt pahang ni pun xpenah smpai lg kt ctu..hehe

aleasofea said...

hai zue..lama tak bertukar cerita..zue ni asyik berjalan aje yer..takper..rezeki lebih kita belanjakan untuk anak2 dan wat semngat utk lebihkan keja lagi..

ni wat pasport nak g mana ni? linda teka leh..ermm mungkin nak g umrah kot..tapi..umrah takkan bawak budak kecik..ermm mana ek? musim2 selsema babi ni takkan g disneyland kot..

♥ Darina Shower Scrub said...

Puteri: rezeki anak2..alhamdulillah..

Suziey: klau part jln2 ni memang syok..lebih2 abunya..ngalahkan anakanda, xcited lebih..:D

Da: oh..ker. betul la da..sedap benor. Tp zue ntah bila la pulak nk pi sana..hehe

MamaDanish:Biasala lily, slalunya klau tempat sendiri, memang susah nk sampai.Mesti danish suka klau p deerland..

aleaSofia: oo..tkleh p disneylang erk linda.. nyusahkan betullah si babi ni,dia selsema abis org tkleh p jjln..kan..kan..

eriey said...

zue..eriey dh gi kuala gandah n deerland nana member ramai2..best gakk...

eriey said...

nana*..means dgn

♥ Darina Shower Scrub said...

eriey: hehe..best2..sesuai utk kanak2 yg sedang membesar kan..leh kenal binatang2...

igtkan naan tue vocab br..hehe:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''