Sunday, January 31, 2010

Ashiilah dah pandai berjalan

Perkembangan Anakanda Nurul Ashiilah

Tik tok tik tok sekejap je masa berlalu. Ashiilah kini berusia 11 bulan. Seperti baru semalam ku melahirkan Ashiilah. Masih jelas di ingatan saat-saat melahirkan anakanda. Bulan depan anakanda Ashiilah berusia 1 tahun. Pada usia masuk 11 bulan Ashiilah dah boleh berjalan. Alhamdulillah. Abangnya dulu 1 minggu sebelum 10 bulan dah berjalan. Agak cepat. Gigi pun dah nak masuk 6 batang. Dah pandai gigit-gigt ibu dan abah. Tak jauh bezanya dengan keletah abangnya dulu. Teringat saat-saat pembesaran anakanda Amrullah. Sebagai ingatan, ibu tak lupa mencatatkan perkembangan anakanda Amrullah. Itu juga akan ibu lakukan untuk Ashiilah. Amrullah pun dah pandai jaga adik. Dah boleh ibu minta tolong itu dan ini. Ashiilah juga semakin hari semakin cerdik. Akal semakin panjang. Dah tahu beza ibu dan abah. Bila nampak abah..Ashiilah akan cakap "babababa", bila dia nampak ibu, dia akan cakap "mamamama". Anakanda Ashiilah pun semakin faham apa yang kita kata. "Ya Allah, ku panjatkan syukur di atas anugerah Mu yang tak ternilai ini. Semoga anakanda-anakanda dapat membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aminnn." Sayang sangat anak-anak ibu. Muarrhhh..dari ibu dan abah.

Jom layan aksi 2 beradik ni..




Perkembangan Ashiilah
17 Februari 2009 First time lihat dunia/Dilahirkan
18 Februari 2009 First time naik kereta

Awal Jun Terbalik
21 Jun 2009 First time naik Flight
Akhir Jun Meniarap/Maju

Awal Oktober Merangkak
10 Oktober 2009 Tumbuh gigi 1st dan 2nd serentak (Depan,Bawah,Kanan,Kiri)
27 Oktober 2009 Tumbuh gigi ke3 (Depan,Atas,Kiri)

4 November 2009 Tumbuh gigi ke4 (Depan,Atas,Kanan)
Pertengahan November Kerabat/Bertatih
27 November 2009 First time naik motorsikal

10 Januari 2010 Tumbuh gigi ke5 dan ke6(Depan,Atas,Kanan,Kiri)
14 Januari 2010 Ashiilah Berjalan

3 comments:

iu rf said...

comelnyaa asiilah senyummm!!!...
da pandai jalan lak tu.. piyah da nak 14bulan.. x leh jalan lagi nihh.. aihhh risau mokcik!!!

akmafaizal said...

amboi2 tomei2 gambar dia gelak2 n posing2 ngan abg.mana gambo pandai berjalannye???hehe ank ibu Kema yg sebaya ngan Ashiilah baru je pandai meniarap, maklumla baru 4 bulan. Hehe...cakapnya bukan main bising lagi..huhu :P pas ni nak tgk, Ashiilah pandai berlari plak..

zueyie said...

iu:piyah ni manja sgt kot..takut jatuh
. takpe..lambat jalan lama skit merasa mama piyah dukung..hehe..:)

kema: ishh,,br 4 bln memangla tkleh jalan lg..kalau leh jalan dah, leh masuk tv nnt anak ko. Leh ibunya tumpang glamour ghitu;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''