Thursday, February 18, 2010

Nurul Ashiilah 1 Tahun

Selamat Hari Lahir Anakanda Nurul Ashiilah

Gambar terbaru birthday girl. Dah makin 'anak dara' gayanya. Malu-malu kucing ghitu. Tetap ayu.:)

Hari ini 17 Februari 2010, genaplah usia anakanada Nurul Ashiilah 1 tahun. Sekejap jer masa berlalu. Tup tap tup tap dah setahun aku membesarkan anakanda Ashiilah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami tak buat apa-apa pun. Cadangan asal untuk membuat solat hajat seperti abangnya dulu tidak kesampaian memandangkan tugas en.abah yang agak banyak. Semua mesti disiapkan sebelum 1 Mac. En.abah hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk menyiapkan permintaan dari client. Kalau tak, merahlah telinga en.abah nanti..sian abah. Takpe, Ashiilah tak kisah lagipun Ashiilah masih kecil lagi. Lagipun semalam baru abah belikan Ashiilah 2 helai baju tidor, 1 baju bangun..:) Kira OK la tu kan. Ibu pun belum belikan Ashiilah apa-apa, nantilah yer. Ibu pun tak tahulah nak belikan Ashiilah apa sebab mainan along pun dah banyak..macam-macam ada... Ashiilah nak apa er?? Paling Ashiilah suka keta "roary" along. Kadang-kadang sampai berebut-rebut nak naik. Sit lak tuk sorang. Takkan nak beli satu lagi kot?? Ala.. kira kongsi jerla er.

Hehehe..aci ker? Along pagi-pagi dah ucapkan Selamat hari jadi kat Ashiilah. Ibu bgtau along " Along harini hari jadi adik. Cakap kat adik selamat hari jadi pastu cium adik". Along pun cakaplah "Adik, selamat hari jadi". Kemudian dicium pula pipi dan lip adiknya..Opss..takpe kecik lagi. Dah besar takleh cium lip tau. Pandai along. "Semoga Ashiilah dapat membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dikurniakan anak-anak yang berjurus, bijak akal fikirannya. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anakanda, agar Ashiilah menjadi anak yang solehah. Ibu akan cuba sesempurna yang mungkin dalam membesarkan anak-anak ibu, agar berjaya di dunia dan akhirat. Salam sayang penuh kemesraan dari ibu dan abah. Selamat hari lahir nak..:-*********"

4 comments:

akmafaizal said...

Selamat ari lahir Ashiilah...semoga panjang umur, jadi anak yg solehah, berjaya di dunia n akhirat. Amin. Kebetulan plak, ari ni birthday opismate.beza sehari ngan Ashiilah.senang nak ingat nnt.k..muah3...:P

zueyie said...

terima kasih auntie kema..hadiah tkde ker?heheh..:)

icham said...

Hepi belated birthday Ashiilah... semuga ceria selalu & menjadi anak yg solehah...

zueyie said...

terima kasih auntie icham..insyaallah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''