Tuesday, March 8, 2011

Menutup atau Membaluti Aurat

Apa yang anda faham??

Di sini ingin aku berkongsi dengan pengunjung blog ku, ceramah yang aku dengar ketika aku berada di Indonesia. Ustaz itu membincangakn mengenai 'Aurat..hukum hakamnya'. Ramai umat Islam sekarang mengambil mudah perihal aurat ini. Antara yang menarik perhatian ku bila dia menerangkan bahawa Islam menuntut umatnya 'menutup aurat' tapi sekarang kebanyakkan dari kita 'membalut aurat'

Ramai di antara kita yang tidak memahami erti sebenar menutup aurat. Dia memberi contoh. Dengan membalut microfon dengan kain kemudian dia menyuruh penonton teka. Apa di dalam kain itu?. Semua penonton menjawab 'Microfon'.
Kemudian dilonggarkan kain itu dan disuruhnya penonton meneka sekali lagi. Semua penonton menjawab 'Microfon'. Kali ini jawapan itu salah.

Apabila dibuka yang ada di bawah kain itu adalah tangannya. Itulah maksudnya dengan menutup aurat. Iaitu bagi wanita semua bahagian tubuh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dan ia wajib 'ditutup' bukannya 'dibalut'. Walhal warna disebalik kain itu pun tidak boleh diketahui oleh bukan muhrimnya apa lagi bentuknya. Fahamkan. Ia juga membicarakan tentang besarnya tanggungjawab seorang lelaki terhadap aurat isteri dan anak-anaknya. Sangat menusuk kalbu.

Panjang lagi ceramahnya. Ceramah yang sangat telus dan terang. Sehingga membuatkan aku sendiri menginsafi diri malah menitiskan air mata. Lagi-lagi bila dibahaskan tentang balasannya bila kita mati kelak. Takut, sedih..semua ada. Sediakah aku? Aku ingat aku sorang saja tersentuh rupa-rupanya HB pun sama. Walhal HB bukanlah seorang yang mudah mengalirkan air mata. Penonton di dalam dewan juga dilihat majoritinya menitiskan air mata (Semoga ia air mata keinsafan).

Malah di akhir rancangannya dengan terangan dia menanyakan kepada seorang penonton (memakai tudung) "Sudahkah anda menutup aurat?"
Dengan jujur penonton itu menjawab sambil menangis "Belum".
Ditanyanya lagi. "Kapan anda boleh menutup aurat?"
Penonton itu menjawab "Insyaallah, perlahan-lahan"
Ustaz itu bertanya lagi. "Bagaimana kalau esok atau sebelum anda menutup aurat datangnya Malaikat Maut kepada anda?"
Tak terkata penonton itu, hanya mampu menjawab dengan tangisan yang teresak-esak.

Alangkah bagusnya jika ada rancangan seperti itu di tempat kita. Dibenarkan ceramah seperti tu disiarkan secara langsung di media elektronik. Barulah Islam itu dapat dikembangkan dengan benar. Tapi di sini banyak kekangannya walhal katanya negara Islam. Takut melanggar hak individulah..sensitiviti..eemm..

Penulisan ini tiada unsur2 hasutan hanya sekadar berkongsi ilmu. Semoga sedikit sebanyak ia dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Waallahuaklam.

2 comments:

AkmaFaizal said...

wah sape nama ustaz tu? nnt klau ade kat youtube..bgtaulah ek...thanks for sharing

jom join ga ni juga... http://www.akmarwati.com/2011/03/ga-izdihar-shoppe.html

zueyie said...

tula..aku pun tgh caari kat youtube tp tk jumpa lagi. nnt klau ada akan aku uploadkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''