Wednesday, August 24, 2011

Rajin Bersolat Ye Anak-anak..

Sejuk Hati Ibu


Baru-baru ni aku ada membelikan anakanda Ashiilah Telekung melalui JarumJahit aka k.Liza. Comel gak. Simple n very nice. Siap ada beg cerut leh sandang belakang dijahit nama lagi. Harga pun berpatutan sangat. Ashiilah sangatlah suka. Anakanda Amrullah pun dah boleh solat sikit-sikit. Insyaallah klau al-Fatiha dan surah pendek (kul) tu alhamdulillah. Yang lain dalam proses lagi. Banyak main skarang ni..ish..ish.. Fenin ibu. Bila nak ajar yang baru mesti dia tanya balik..Tadi kan dah blajar?? Kene la sentiasa blajar sayang oi..tak kira sampai bila-bila pun walaupun umur dah tua mesti sentiasa belajar..key sayang. Ilmu tu tak pernah habis..



So sekarang tiba masa untuk anakanda Ashiilah pula mendekati dan belajar solat. Tapi Ashiilah baru belajar gerakan dalam solat dulu..Cakap pun pelat lagi. Slow-slow nanti leh blajar hafal bacaan lak ye sayang. Sejuk hati ibu bila tiap kali nak solat anakanda berdua secara automatik akan ckp "kakak nak solat jugak".."along pun nak solat ngan ibu". Senang ibu mendengarnya.  Along kekadang solat pakai sluar pendek je. Takpelah kecik lagi.. . Biaq dia rasa suka bersolat dulu. Step by step... Ibu doakan anak-anak ibu sentiasa rajin bersolat kerana solat itu tiang agama dan sentiasa ingat pada Allah. Kerana Dia maha penyayang dan maha mengetahui. Bagi ibu anak-anak ibu cukup sempurna (bagi ibu dan abah) walaupun tak sesempurna dan sehebat orang lain. Nnt ada la org kata "Aku angkat bakul masuk sendiri". Ada je orang tak senang dgn kegembiraan org lain. Kenapa?? Itulah manusia.. Biarlah orang lain.. nak kata apa ke..tak nak kawan ngan anak-anak ibu ke, nak kata apa-apa kat anak-anak ibu ke..nak buat apa ke.. Anak-anak ibu kene ingat bahawa Allah itu maha Penyayang dan Adil. Dia yang maha Esa.  Sekurang-sekurangnya anakanda2 kecil-kecil lagi dah terbang, mengenal negara orang,. merasai 4 musim. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Ish..emo lak..hehe. Ibu dan Abah sentiasa sayang kat anakanda2. Kalau ibu dan abah marah pun sebab sayang..supaya anakanda2 jadi seorang Insan.

note: Tertarik dgn cara wardina mendidik anak-anak dia solat..entry BabyIbu




2 comments:

e.l.i.z.@ said...

yup..didik secara berperingkat.lama² nnt pndai la..kecik² dh kena ajar, tkt besar nnt makin liat plak

zueyie said...

betul tu eli..sgt setuju..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''