Thursday, December 13, 2012

Istanbul..Aku Datang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Sabtu lepas ibu layan cerita Istanbul..Aku Datang melalui Astro First. Tapi takde la ibu beli Astro First semata-mata nak tengok cerita tu. Sekarangkan orang semua dah guna SkyBox. Dan bukan juga sebab orang kata cerita tu best atau sebab pelakonnya. Ianya adalah... sebab kami akan ke sana..Insyaallah.  Mesti dorang ada tunjuk tempat yang menarik di Istanbul (pendapat ibulah) memandangkan 100% cerita dibuat di sana. Tapi sedikit kecewa bila tak banyak tempat menarik yang ditunjukkan dalam cerita tu. Buat masa ni yang ibu tahu Aya Sofea. Takpelah, nanti dah sampai sana kita tengok sendiri negara orang macam mana. Acually kami dapat ke Istanbul kerana menang cabutan bertuah 1Malaysia Mega Sale “Shop Your Way To A Holiday” Viva Home Shopping Mall beberapa bulan yang lepas. Contest tersebut berlangsung dari bulan 15 June – 2 September 2012. Untuk membolehkan join contest tu, pelanggan Viva Home Shopping Mall perlulah membeli dari mana-mana kedai di Viva Home Mall dengan amount tertentu. Masa hantar penyertaan kami tak mengharapkan kemenangan pun coz ibu tak pernah bertuah dalam cabutan bertuah. Suatu hari ibu dapat panggilan + email dari dorang.


Syukur, alhamdulillah n terima kasih semua. Berbunga-bunga rasa dihati. Kami diberi masa sehingga bulan Mac 2013 untuk ke Istanbul. Memandangkan ibu tengah sarat, mrHubby meminta jasa baik pengajur untuk melanjutkan tarikh perjalanan. Pihak Viva Home telah berbincang dengan MAS untuk menganjakkan tarikh perjalanan kami. Alhamdulillah, mereka bersetuju dan kami diberi masa sehingga bulan Jun 2013. Rezeki new baby kot. Hari penyampaian hadiah pun ibu tak dapat pergi. MrHubby yang wakilkan. Actually kami hantar dua nama penyertaan. MrHubby dan ibu. Rezeki baby kot, nama ibu sangkut. Glamour mrHubby dapat masuk paper ye.. . Kami masih berkira-kira lagi sama ada nak tinggalkan anakanda atau nak bawa je semua coz prize untuk 2 orang sahaja. Insyaallah, klau ada rezeki nak bawa semua+assistant sorang. Kalau tak pergi rugi pula rasa, coz hadiah tak boleh ditukar dalam bentuk lain. Lagipun kami tak pernah sampai ke Turki. Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan ye. Kalau ada rezeki sampailah kami sekeluarga ke sana....




2 comments:

Ibu Aqmar said...

Tahniah3...skali menang RM15k trus..mmg rezeki ank2...syioknyeeee

CiKema, blom ade rezeki menang besar cengini.

♥ Darina Shower Scrub said...

Alhamdulillah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''