Friday, February 1, 2013

Kelahiran Anakanda Aqiilah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Beberapa minit selepas kelahiran.

NURUL AQIILAH BT MOHAMAD SABRI.

Alhamdulillah, ibu telah selamat melahirkan ahli keluarga baru kami. Seorang bayi perempuan seberat 3.30kg telah dilahirkan ke muka bumi ALLAH ini jam 0958, pada 27 Jan 2013 bersamaan 15 RabiulAwal 1434H.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anakanda dilahirkan secara normal. Tanpa jahitan. Seperti yang lain-lain juga..natural. Walaupun semasa baby nak keluar tu dr beritahu tali pusat baby terbelit di leher, dengan kuasa Allah semuanya dipermudahkan. Satu kelainan melahirkan kali ini ialah anakanda keluar kepala sekali dengan sebelah tangan. Tangan kecil itulah yang telah meleraikan tali pusat yang terbelit dilehernya. Subhanaallah.. Jika Tuhan telah berkehendak. Maka jadilah. Dr yang menyambut kelahiran  anakku ini juga tak putus-putus membaca doa agar dipermudahkan segalanya. Thanks to Dr.Asmah from Hosp. Pakar Senawang (SALAM).  Semoga anakanda membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan sentiasa berada dalam keredhaanNya.


Kehadiran anakanda Aqiilah sememangnya ditunggu-tunggu oleh abang2 n kakak. Doa kakak nak adik girl telah dimakbulkan. Terpancar kegembiraan di wajah anakanda Ashiilah. Awal-awal lagi dah cop..'Ni baby Nurul'.katanya. Cuma anakanda Amirrullah je macam merajuk kot. Tak berapa nak datang kat adik barunya ni. Yela, br berusia 19bln dah dapat adik. Tak puas manja lagi kot. 


Terima kasih kepada cikEmi coz menjaga anakanda3 sepanjang ibu n abah di hospital. Actually day 3 minggu cikEmi standby kat rumah tu..thanks a lot. Thanks a lot to my beloved , enHubby yang sentiasa berada di sisi ibu sehingga saat melahirkan. Maaf jika sepanjang proses mengandung ada perangai ibu yang tak menyenangkan. Terima kasih coz sanggup melayan kerenah ibu sepanjang proses mengandung. Terima kasih di atas doa-doa abg. Love u much sayang.. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang sekali lagi mengalami kenangan terindah sebagai ibu. Sesungguhnya aku tidak pernah lupa saat-saat melahirkan keempat-empat anakku ini. Kini merekalah permata hidupku...kekuatan ku. Aku berdoa semoga ikatan kasih sayang di antara kami sekeluarga semakin kuat dengan kehadiran anakanda Aqiilah..We love u..Nurul Aqiilah ♥ 

Pic Aqiilah dari hari 1 - hari ke5

4 comments:

Cik Audy said...

tahniah kak ct... :) nnt ley post gmbr aqiilah pkai baju baru... heheh

Anonymous said...

tahniah zue....selamat bersilatla kamu yer manjaga 4 org anak...nasib baek ad tukang kemas 2 org....Alhamdulillah

-madam hannan

iu rf said...

Alhamdulillah..!
ada bb baru rupanyaa..
TAHNIAH!!

da lama x melawat blog kawan2..ehehehe

Ibu Aqmar said...

Tahniah2...dah 2 pasang anak. Syioknye..aku nak kena tamabh lagi ni. anak lelaki baru sorang..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''