Monday, August 8, 2011

Perkembangan Siti Uzma Qaisara

Assalamualaikum..
Ingat tak lagi entry aku pasal anak buahku Siti Uzma Qaisara. Sekarang beliau dah boleh balik rumah. Tapi keadaannya masih tidak berapa stabil..kena selalu beri perhatian lebih. Alhamdulillah..semakin hari semakin baik. Dr kata pihak hospital dah tak boleh buat apa2..semua berserah pada takdir. So sekarang kakak ku ingin cuba cara alternatif pula. Mana tahu dengan kuasa Allah semua mungkin kan. Sama-samalah kita berdoa semoga Uzma semakin sihat..dah keluarga kakak ku diberi kekuatan dalam menempun dugaanNya.



Saturday, August 6, 2011

Along Amrullah 4 Tahun

Kisah 5 Ogos 2011...Sejarah 19 Ogos 2011

American Choclate Cake..favorite kami sekeluarga. Ashiilah tumpang sekaki.

Alhamdulillah..semalam genaplah umur anakanda Amrullah berusia 4 Tahun. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku anak yang menyejukkan mata..menyenangkan hati..dan menenangkan jiwa.. Menjadi kebanggaanku. Alhamdulillah.. perkembangan pembesaran anakanda Amrullah yang sempurna dan tidak menyusahkan..sentiasa menjadi penyejuk hatiku. Tatkala dia gembira..aku turut gembira. Tatkala dia berduka hatiku juga turut terluka. Dari sehari ke sehari Amrullah membesar..belajar erti dewasa..mula mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia 4 tahun..dia sudah boleh diharap. Menolong ibu..menjaga adik-adik. Kini banyak perkembangan anakanda yang ibu dan abah banggakan.. Harapan ibu semoga anakanda menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..ibu teringin anak ibu menjadi al-Hafiz....Mampukah aku mendidiknya??..Insyaallah. Ibu abah dan adik-adik sayang sangat kat Ahmad Amrullah. Jadi abang yang bertanggung jawab dan jadi anak yang soleh ye sayang..We u much... . Ibu dan abah sentiasa mendokan anakanda dan cuba memberi apa yang terbaik untuk anakanda semua.

Oleh kerana kami tkde sambutan pun..just makan-makan sendiri. Along pun menjemput kawan2 alien Ben10 join sekaki. Untuk menambahkan koleksi alien Ben10, abah bagi along 2 ekor lagi sempena bday. Sekarang along dah jadi peminat Ben10 pulak..Otomen mcm mana??

Bila tibanya tarikh lahir anakanda Amrullah, itu menandakan semakin dekat anniversary kami. Detik di mana aku sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Seorang lelaki yang aku cinta, kagumi dan hormati. Ku letakkan kepercayaannku kepadanya. Pelbagai dugaan telah aku harungi..dengan kekuatan dariMu Ya Allah. Kebahagian dunia yang sentiasa aku rasai..doaku semoga ia berkekalan sehingga akhir hayatku.Ya Allah..panjanglah jodohku dan suami, berkatilah kehidupan kami..Lindungilah kami dibawah ArasyMu. Kuniakanlah kami anak-anak yang soleh dan soleha..Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Esa. Aminn.. Terima Kasih sayang atas segalanya. Love u mucchhhh SAYANG..

Monday, April 4, 2011

Selamatkah Bagasi Kita

Selamatkah Airport Kita??

Semalam tengah compile gambar-gambar pi Bali. Sronok sangat bila tengok gambar-gambar itu semula. Ceritanya akan aku 'post' dalam blog wordpress aku. Dalam seronok mengingati semula pengalaman bercuti di Safari Bali, ternampaklah gambar ni.......

Inilah nasib beg kami..Dah la ni favorite beg bila travel jauh. Dah selamat dibuang dek kerana sakit hati bila nehgoknyer..

Ye..beg family ku telah dipecahkan. Sesuatu yang sangat tidak disangka. Sampai di Airport Bali aku agak terkejut bila melihat lock beg kami telah dipecahkan. Nampak gaya macam kene ketuk dengan tukul. Berderau darah aku. Hubby dah berang. Taula penerbangan tambang murah..tapi mana boleh buat macam ni. Ambil mudah bagasi pelanggan. Staff penerbangan di Bali kata kejadian tu mungkin berlaku di LCCT. Coz kalau dari sini (Bali), dari flight bagasi terus di ambil dari pesawat dan terus dihantar ke tempat agihan beg. Tapi di LCCT kan kitorang check-in 2 jam awal. Bila difikir-fikirkan semula ada logiknya. Yela..masa kat LCCT sementara tunggu masa nak masuk tu, kami makan dulu. Terkeluar dari mulut hubby..'Makin ramai pekerja asing kat airport kita. Sepatutnya airport dijaga oleh rakyat tempatan baru selamat. Negara lain kebanyakkan pekerja adalah rakyat tempatan. Ia bagi menjamin keselamatan sesebuah airport itu'. Yela..hubby kan pernah kerja dalam bidang ni (di dalam dan di negara org). Dia agak tahu hal-hal airport ni. Masa aku pi toilet, aku terdengarlah ada sorang Nyonya Cina tu tanya kat cleaner toilet tu..'U dari mana??' Dia cam tak brape faham..Diulang lagi 'from??' Dia pun jawab 'India'. OO..patutlah tak tau cakap melayu. Muka Nepal lagi la bersepah.. Tup..tup..terjadi lak kejadian macam ni. Lagilah frus kitorang. Ni bukan first  time kitorang travel. Bila buat report kat kaunter ***A*** dia bayar ganti rugi Rp100000 jer...+-rm35. Staff kat sana kata ni kes ke2 dari penerbangan yang sama. Ish..ish..tak sepatutnya berlaku. Nasib baik takde barang yang hilang. Hubby masa  ni dah takde mood  nak bergambar bagai. Semua pun macam dah down. Nasib baik Safari Bali tu best..terubat sikit sakit hati ni. So berhati-hatilah korang erk.. Malang tidak berbau.

Wednesday, March 30, 2011

Sedarkah anak-anak??

Assalamualaikum,
Sesuatu yang ingin dikongsi ..

Sedarkah wahai mereka yang bergelar anak..

Ibubapa tiada dosa dengan anak-anak.
Jika ibubapa itu tidak melaksanakan tugas sebagai ibubapa, 
dosanya adalah kepada Allah.
Bertaubatlah dan memohon ampun kepada Allah atas kesalahan dan kelalaian yang telah dilakukan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Tetapi jika anak itu tidak menunaikan tugasnya kepada kedua ibubapa (seperti derhaka etc),
Anak itu berdosa terhadap kedua ibubapanya.
Selagi ibubapanya tidak mengampunkan, selagi itulah dosa itu tidak terhapus.
Walaupun anak itu tidak sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya.

Kerana kadangkala kita tidak sedar perbuatan kita itu membuatkan ibubapa kita terasa.
Sementara mereka masih hidup mintalah ampun dan maaf kepada kedua ibubapa anda walaupun anda rasa anda tidak membuat salah kepada mereka.
Jika mereka telah tiada, tiada apa yang hendak dikesali lagi.

Aku juga pernah terdengar dan terbaca bahawa darjat ibu/bapa tiri itu sama dengan ibu/bapa kandung.
Ramai kini anak2 yang memperlekahkan ibu/bapa sendiri apa lagi ibubapa tiri.


Sekiranya seorang wanita (janda) yang telah mempunyai anak berkahwin lain, kemudian bercerai pula. Anak tiri (yakni anak wanita itu) tidak boleh berkahwin dengan bapa tirinya (bekas suami ibunya) itu.

Aku juga pernah mendengar cerita (benar) jika kita ada dosa terhadap kedua ibu bapa hidup kita tidak akan tenang walaupun kita kaya. Ada juga yang memang tak kaya, buat mcm2 kerja tapi tak juga senang. Semuanya ada kebenarannya.

Waallahuaklam.

p/s: sentiasa beringat2 agar tidak mudah terasa dengan tindakan anak2. ya Allah, Kau kuatkan imanku..tingkatkanlah kesabaranku..

Friday, March 25, 2011

Tingginya darjat seorang Ibu

Perbualan seorang bayi..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Sesungguhnya telah bayak di dalam al-quran dan hadis menyatakan betapa mulia dan tingginya darjat seorang ibu. Tapi pada masa kini, anak-anak semakin bersikap kurang hormat terhadap ibu mereka. Sedarkah mereka akan setiap balasan Allah. Aku sendiri telah melihat beberapa peristiwa yang berlaku terhadap anak-anak yang durhaka de depan mata. Insyaallah kalau diizinkan akan aku ceritakan kepada rakan-rakan.

Ingatlah dan sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada. Jangan sampai menyesal apabila mereka telah tiada. Pada yang duduk berasingan dengan ibu, rajin-rajinlah balik menjenguk dan bertanya khabar ibu anda.
Dengan melihat wajah ibubapa anda telah dijanjikan pahala oleh Allah. Ingatlah sentiasa akan  kasih sayang dan pengorbanan ibu anda.Sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allah Maha Besar..Dia Lebih Mengetahui..
Waallahuaklam

kredit to Ibuani

Thursday, March 24, 2011

Anakanda Ashiilah Cerai Susu Badan

Berjaya juga akhirnya


Setelah hampir sebulan mencuba untuk menceraikan anakanda Ashiilah dengan susu badan akhirnya berjaya juga. Dah hampir seminggu anakanda tak nyusu badan lagi. Yelah kandunganku pun dah hampir mencecah 7buln. Rasa semakin tak larat pun ada. Usia anakanda pun dah masuk 2 tahun 1 bulan++. Sudah melepasi waktu minimun susuan ibu. Jangan jadi mcm anakanda Amrullah dulu sudahlah. Bila tengok adik dia nyusu badan. dia mintak balik. Dek kerana tak sampai hati, last-last aku ngusukan dua2. Dah macam kembar lak. Insyaallah kali ni berjaya. Sekarang anakanda Ashiilah minum susu Isomil Plus. Bukan alahan cuma dari bacaan mengatakan susu soya lebih baik dari susu lembu. Aku hanya berusaha apa yang terbaik untuk anak-anak, selebihnya kerja Tuhan. Semoga anakanda Ashiilah terus membesar dengan sihat dan sempurna. Jadi kakak yang baik ye..macam along jaga kakak ashiilah. Love u..

Wednesday, March 23, 2011

Darjat seorang wanita

Tingginya darjat seorang Ibu

Pasti korang pernah tengok rancangan Akil Hayy kat tv sempena musim terbarunya. Kali ni Isteri kesayangan dia pun ada sekali. Aku pun kekadang je tengok. Kebetulan masa aku tengok berkaitan dengan ibubapa. Kat sini aku nak kongsi sesuatu yang aku rasa menarik untuk pengetahuan bersama. Pernahkah korang tahu..

Darjat seorang Ibu 3 kali lebih tinggi dari seorang Bapa
1.Ibu
2.Ibu
3.Ibu
4.Bapa

Seperti dalam hadis yang diriwayatkan:
"Seorang datang menghadap Rasulullah s.a.w. seraya bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang berhak saya pergauli dengan baik,"
Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"

"Lalu siapa?"

Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"

"Lalu siapa?"

Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"

kemudian dia bertanya lagi,
"Lalu siapa?"

Akhirnya Baginda s.a.w menjawab,
"Bapamu"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Bagi seorang lelaki yang dah berkahwin..Aturan baginya ialah
1. Ibu
2. Ibu Mertua
3. Bapa
4. Bapa Mertua
5. Isteri

Sesungguhnya Ibu adalah harta anda dunia dan akhirat. Sayangilah dah hargailah dia sementara dia masih hidup. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allah Maha Besar.. Ia lebih Mengetahui.
Wallahuaklam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''