Friday, November 18, 2011

Angry Bird lagi...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Sekarang anakanda tengah musim melayan Angry Bird Rio Movie. Tiap kali naik keta nak play Angry Bird Rio. Kat umah layan Angry Bird Rio 3D. Tapi mula-mula jer..dorang lebih suka layan 2D. Rimas kot berspek bagai. Aku skrg tengah syok layan 3D. Pantang ada 3D movie baru mesti nak beli. Tapi selalunya hubby yang akan layan dulu. Klau dier kata 3D dier ok, baru aku layan. Yela..masa aku nak ber'entertainment' kan terhad. Selalu kena stay up untuk layan movie. Klau siang, jap-jap anakanda nak spek aku. Spek abah dorang tak nak mintak pulak.  Angry Bird kat umah pun dah beranak pinak. Klau abah kuar beli barang siap pesan lagi.."Abah, nanti belikan angry bird lagi yer"..ish..ish.. Alahai anak-anak..layan je la selagi mampu. Asal tak melampaui batas pada aku takpe. Asalkan mereka gembira. Ibu dan abah sayang sangat kat anakanda-anakanda..Jadi anak yang soleh/soleha ye sayang..♥ 

 

Anakanda layan Angry Bird Rio Movie 3D untuk 10 minit pertama..

Wednesday, November 16, 2011

Alahai pencuri...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 gambar from google sekadar hiasan

Geram jer rasa bila diingat-ingatkan balik. Memandangkan aku tinggal di rumah takde tanah, aku adalah menanam pokok daun kunyit dan pokok limau nipis dalam pasu. Aku letak kat tangga nak naik rumah. Bukan apa, mudah nak masak. Kalau tak, tiap kali nak masak tomyam kene beli, nak guna sehelai dua je. So aku pun ambil inisiatif bercucuk tanam di dalam pasu. Alhamdulillah menjadi..subur. Baru jer lebih kurang 3 bulan aku bela, aleh-aleh kene curi raya haji baru ni. Aku balik dari kampung, nak naik tangga tengok pasu aku takde kat situ. Takkan pihak pengurusan ambik kot. Pasu orang lain ader je. Esok aku tanya kakak cleaner, ada nampak tak pokok + pasu aku. Dia pun tak nampak. Tapi dier kata hari Jumaat lepas ada coz kakak tu tolong siram masa dia cuci tangga. Nanti dier try tanya orang lain. Semua orang tak tau. Ada gak dorang suspek somebody tapi aku taknak la tuduh-tuduh takde bukti. CCTV plak tak cover situ. Pelik gak aku, duk rumah camni pun ada pencuri. Kalau nak untuk masak, petik daun jela. Ni ngan pasu-pasu aku dier rembat. memang aku tak halal sapa yang ambik ni. Panas seh...!!!!

Thursday, November 10, 2011

McD..boleh ke tidak??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Beberapa hari yang lalu aku termimpi sesuatu yang ada kaitan dengan mcD. Itu membuatkan aku rasa ingin boikot mcD. Apa yang aku mimpi tak perlu la aku ceritakan di sini..cuma aku nak tahu jika ada sesiapa yang sudi meninggalkan pesan..boleh atau tidak membeli makanan di mcD. Aku selalu je beli bubur mcD ngan menan untuk anak2..tapi sekarang aku dah stop dulu. Tp macam masih keliru boleh atau tidak ye..ada sesiapa sudi bantu???


Ciri-ciri Pemimpin Islam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

 Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

Fikir-fikirkanlah... 

 gambar sekadar hiasan.from google

Friday, October 7, 2011

Milik siapakah beg-beg ini?

 McQueen vs Chinggington

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


 

McQueen untuk Along Amrullah.  Chunggington untuk Kakak Ashiilah. Oleh kerana anak-anak ibu dah besar, dah sampai masanya bila travel dorang belajar bawa beg sendiri. Mula-mula ingat beli satu je, McQueen so kongsi dua beradik. Sian lak kat Ashiilah nak juga. Kebetulan masa pi Subang Parade ternampak beg Chunggington. Tapi selalunya Amrullah je yang bawa beg dier. Ashiilah faham-faham je la..


Ibu dan abah sayang sangat kat anakanda-anakanda semua. Semoga anak-anak ibu gembira selalu. Jadi anak yang soleh dan solehah ye sayang..♥ 

p/s: dah seminggu amrullah dan ashiilah tido ngan abah. rindu lak rasa nak tidokan dorang..

Wednesday, October 5, 2011

Doa Nabi Yunus

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم



* Kisah Nabi Yunus banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun / Paus.


* Ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dgn mudah. Sangat digalakkan dibaca selepas solat fardu.

* Elok diamalkan oleh ibu mengandung untuk mengurangkan penderitaan bersalin. Insyaallah..Waallahuaklam..

Tuesday, October 4, 2011

Doa Nabi Ibrahim

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


* Kisah Nabi Ibrahim banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrut.

* Apabila kita terkena sesuatu yang panas, bacalah ayat ini (dengan yakin) dan hembuskan pada tempat tersebut. Insyaallah pedih dek panas itu akan beransur. Waallahuaklam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''