Wednesday, April 15, 2009

Award bulan ini..

Award dari MamaWid & MamaDanish




Thanks a lot to MamaWid & MamaDanish coz bagi Award ni. Tak sangka I ada gak orang yang sukakan blog I nie..chewah ngengada lak er.. Award ni kite nak kongsi gak ngan...
Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey, Fied
So sila baca syarat-syarat di bawah.. (rule di copy paste dari umah wid)


rule :
1.The winner can put the logo on his/her awesome blog.
2.Link the person you received your award from
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Put links of those blogs on yours
5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated!

Friday, April 10, 2009

Keria keledek

Keria versi zueyie

Semalam first time aku buat kuih keria sendiri. Dah lama tak masak untuk hubby sejak berpantang. Tiba-tiba teringat hubby suka kuih keria. Amrullah pun suka. Petang tu Amrullah tidur, Ashiilah nenek jaga, so aku bertekad nak buat kuih keria petang tu. Kuih yang senang, ringkas tetapi sedap di makan. Entah sedap ke tidak aku buat, tapi hubby makan sampai habis. Kenyang sampai tak makan nasi malam tadi. Seronok sangat rasa bila buat kuih ada orang makan. Ni yang semangat nak buat lagi ni. Entah kuih apa pulak lepas ni, entah bila ntah nak buat. Takut 'berkuih' anak-anak jer.. hehehe..:D











1 kilo keledek (kat sini harganya rm2.60, disyorkan keledek merah)
1 1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit Garam


Sira

4 sudu sup Gula Pasir
Sedikit air


Keledek dibuang kulitnya, kemudian dibasuh dan direbus sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek.
Setelah empuk, lenyek atau tumbuk keledek sehingga hancur.
Masukkan tepung, gaulkan sehingga rata.
Kemudia bentukkan keledek yang telah digaul tadi bulat seperti cincin. (Saiz ikut suka.)
Goreng keledek berbentuk cincin tadi sehingga kekuningan. (Dah boleh dipanggil keria)
Sejukkan seketika sebelum menyira keria.
Goreng gula bersama sedikit air sehingga menggelagak.
Masukkan keria yang telah digoreng tadi.
Gaul keria bersama gula cair tadi sehingga gula tersebut berbentuk keping-keping berwarna putih.
Siap, bolehlah cuba kalau berani.. hehehe.. :D

Monday, April 6, 2009

Ahmad Amrullah n Nurul Ashiilah

Kasih sayang dua beradik

Apalah yang suka sangat tu Ashiilah oii.. ketawa besar nampak... joint sekali leh.. Entry kali ni khas untuk abg dan adk. Saksikanlah gelagat dua beradik. Permata hati ibu dan abah.
Dua hati satu jiwa. Satu kasih abadi....



Saturday, April 4, 2009

Lelaki...

Special Dedicate to my lovely Hubby

Entry kali ni khas untuk kekasih hatiku yang dikejauhan.. Nun di Terengganu.. Alahai tangkap jiwangla pulak... Tu lah, selalu duk berkepit jer, sesekali kene tinggal kan dah terseksa jiwa dan raga.. hehe.. Aku memang minat lagu Ct Nurhaliza yang bertajuk Lelaki ni.

Sejak mula mengenali lelaki ini... di sebalik cerita suka dukanya.. tatkala mendengar lagu CT bertajuk Lelaki... pasti ku akan membayangkannya... dia seorang insan yang bernama Mohamad Sabri... my lovely hubby... Terima kasih atas segala pengorbananmu sayang..

Semoga Allah akan terus memberi kekuatan kepada suamiku dalam menempuh hari-harinya.

Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazamnya
Bara Keramat Doa dan Harapan

Korus
Kau Melangkah Bermula Dari Lembah
Kau Mendaki Setangga Ke Setangga
Semakin Hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun Kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Dihati

Kesepianlah Teman Nan Sejati
Di Dalamnya Kau Mengenal Diri
Tenangnya Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa

Monday, March 30, 2009

Tag

Tag dari Mama Wid

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours Gambar sekadar Hiasan.

1.Tepat kul 12.01 min, 04 Mac, hubby ucap.. "Happy birthday sayang.." ..bisik kat telinga.. alahai sayang syookkk nyer..

2.Bangun pagi, tengok kat meja ada note "Happy birthday sayang," beserta package ziarah ke Mekah sekeluarga.. kalau umrah @ haji, anak2 tkleh bawak

3.Semua hutang piutang telah dijelaskan termasuklah kad kredit dah dicancelkan, tau tau hubby bg resit habis bayar siap ngan debit kad ber"isi" lagi.. dunia..dunia bagai ana yang punya. Taknak terlibat langsung ngan hutang

4.Terpacak Keta Honda Accord depan umah, tanpa hutang..sakit poket boleh la hubby ku

5.Sejambak bunga rose pink+putih berhiaskan ferraroche... romantik ghitu...

6.Hubby cakap "Sempena birthday sayang arini, pi la shopping ikut suka hati.Tinggal anak2 ngan abg. Nah duit berkepuk2 wat belanja, tak cukup bagitau".. wakhakhakah..angan2 jer leh la..

7.Nak ada business sendiri (bertulang belakangkan hubby).. hehe.. ada maksud tersirat tue..

8.Surprise Dinner.. di rumah yang dihias dan makanan special dimasak oleh hubby + siap nyanyi lagu ciptaan sendiri. waduh..waduh..bagai mimpi di siang hari

9.Naik helikopter... kapal terbang tak kira dah merasa, helikopter lom agi, helikopter yang terbangla leh tgk view dr atas..

10.Umah sebiji yang ada tanah aka laman, swimming pool, tempat cucuk tanam, view point,taman kanak2,spa dll. Kira mcm2 ada... hehe..umpama mimpi dalam mimpi

Semoga hajat-hajat yang cam ntah-apa-apa (tp ada gak yg relevan kan..kan..hehe) kat atas tu tercapai.. hehehe.. Yang pasti aku sentiasa menghajati kebahagian dan keharmonian dalam berumahtangga. Semoga Allah sentiasa memupuk rasa kecintaan dan hormat-menghormati dalam diri kami suami isteri.

Mangsa tag aku seterusnya.. jeng.. jeng.. jeng..

Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey

Friday, March 27, 2009

Kenduri Aqiqah dan Cukur Rambut

Aqiqah dan Cukur Rambut Nurul Ashiilah Bt. Mohamad Sabri

Sabtu, 21 mac 2009, kami telah mengadakan kenduri aqiqah dan cukur rambut anakanda Ashiilah di rumah nenek Ashiilah di Kelang. Yela, aku pun masih dalam pantang lagi. Seperti yang pernah ku coretkan sebelum ini, di antara adab-adab menyambut kelahiran anak dalam islam : azan dan iqamat; tahnik; aqiqah, bercukur dan memberi nama yang baik; berkhatan/sunat. (maklumat detail sila rujuk entry sebelum ini)
Kenduri yang dibuat sederhana sahaja. Aqiqah di buat pada sebelah pagi, manakala majlis cukur rambut di buat pada sebelah malam. Sebelum marhaban, diadakan dahulu bacaan tahlil dan doa selamat. Keadaan yang meriah dengan suara kanak-kanak menggamitkan lagi suasana malam.











(Kiri) Bunga Telur. (Tengah) Kelapa Muda yang dipotong, digunakan untuk meletakkan rambut baby yang telah digunting. (Kanan) Anakanda Amrullah dan sepupu kamcingnyer, Umar Farhan. Semua orang kata dorang ni adik beradik lain mak lain bapak.


Anakanda Amrullah pun asyik hilang jer dari pandangan ibu, mentang-mentanglah ramai kawan. Orang kuat majlis, siapa lagi kalau bukan nenek Ashiilah tak menang tangan dek kesibukan. Sian nenek. Sampai tak sempat nenek nak mandikan Ashiilah. So siapa yang menjadi mangsa untuk memandikan anak ibu ni?? Siapa lagi kalau bukan Mak Lang Ashiilah. Mak Lang kata Ashiilah ni kuat, asyik nak tendang-tendang jer masa dimandikan. Tuan kecik, tapi tulang kuat. Malam tue, kami sekeluarga memakai pakaian hijau kecuali Ashiilah, pink. Baju yang dihadiahkan oleh Mak Teh sekeluarga. Tapi tak nampak pun sebab masa nak cukur rambut Ashiilah dibedungkan. Tak nampaklah baju cantik Ashiilah tu, i'm sorry Mak Teh..(ikut nada amir raja lawak) hehee..











(Kiri)Ashiilah baru lepas nyusu, didukung oleh abah tercinta. Marhaban dah bermula.(Tengah) Acara cukur rambut bermula. Abah dukung Ashiilah, Pak Lang berbaju biru bawak kelapa muda, Tok Usi berbaju hitam Pegang bunga telur (Kanan) Rambut Ashiilah mula digunting.


Alhamdulillah, semuanya berlancar lancar. Selesai satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa dengan membuat aqiqah untuk bahagian Ashiilah. Semoga anakanda Nurul Ashiilah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Ya Allah kau perelokkanlah akhlak anakku seperti mana Kau perelokkan rupa parasnya. Aminn....











(Kiri)Selesai acara cukur rambut. Nasib baik Ashiilah dah kenyang, so tidur jer la dia sepanjang majlis cukur rambut. (Tengah)Abah, ibu dan Ashiilah. Abg Ashiilah hilang entah ke mana. (Kanan) Tula baju cantik Ashiilah yang diberi oleh Mak Teh sekeluarga. Pink Pekedot ghitu...heheh.

Wednesday, March 25, 2009

Gift

Thanks Pn.Suziey
Gift dari Pn.Suziey. Thanks a lot. Terima kasihla kerana suka blog i nie... hehe.. ber ' I' la pulok..

Untuk hadiah kreatif lak. Kreatif ker blog aku ni. Takpela..asalkan kreatif di mata suziey.. hehehe..:D

Dia kata nak wat spotcheck. Takutttla baik letak cepat-cepat. hehe.... :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''