Friday, March 27, 2009

Kenduri Aqiqah dan Cukur Rambut

Aqiqah dan Cukur Rambut Nurul Ashiilah Bt. Mohamad Sabri

Sabtu, 21 mac 2009, kami telah mengadakan kenduri aqiqah dan cukur rambut anakanda Ashiilah di rumah nenek Ashiilah di Kelang. Yela, aku pun masih dalam pantang lagi. Seperti yang pernah ku coretkan sebelum ini, di antara adab-adab menyambut kelahiran anak dalam islam : azan dan iqamat; tahnik; aqiqah, bercukur dan memberi nama yang baik; berkhatan/sunat. (maklumat detail sila rujuk entry sebelum ini)
Kenduri yang dibuat sederhana sahaja. Aqiqah di buat pada sebelah pagi, manakala majlis cukur rambut di buat pada sebelah malam. Sebelum marhaban, diadakan dahulu bacaan tahlil dan doa selamat. Keadaan yang meriah dengan suara kanak-kanak menggamitkan lagi suasana malam.











(Kiri) Bunga Telur. (Tengah) Kelapa Muda yang dipotong, digunakan untuk meletakkan rambut baby yang telah digunting. (Kanan) Anakanda Amrullah dan sepupu kamcingnyer, Umar Farhan. Semua orang kata dorang ni adik beradik lain mak lain bapak.


Anakanda Amrullah pun asyik hilang jer dari pandangan ibu, mentang-mentanglah ramai kawan. Orang kuat majlis, siapa lagi kalau bukan nenek Ashiilah tak menang tangan dek kesibukan. Sian nenek. Sampai tak sempat nenek nak mandikan Ashiilah. So siapa yang menjadi mangsa untuk memandikan anak ibu ni?? Siapa lagi kalau bukan Mak Lang Ashiilah. Mak Lang kata Ashiilah ni kuat, asyik nak tendang-tendang jer masa dimandikan. Tuan kecik, tapi tulang kuat. Malam tue, kami sekeluarga memakai pakaian hijau kecuali Ashiilah, pink. Baju yang dihadiahkan oleh Mak Teh sekeluarga. Tapi tak nampak pun sebab masa nak cukur rambut Ashiilah dibedungkan. Tak nampaklah baju cantik Ashiilah tu, i'm sorry Mak Teh..(ikut nada amir raja lawak) hehee..











(Kiri)Ashiilah baru lepas nyusu, didukung oleh abah tercinta. Marhaban dah bermula.(Tengah) Acara cukur rambut bermula. Abah dukung Ashiilah, Pak Lang berbaju biru bawak kelapa muda, Tok Usi berbaju hitam Pegang bunga telur (Kanan) Rambut Ashiilah mula digunting.


Alhamdulillah, semuanya berlancar lancar. Selesai satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa dengan membuat aqiqah untuk bahagian Ashiilah. Semoga anakanda Nurul Ashiilah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Ya Allah kau perelokkanlah akhlak anakku seperti mana Kau perelokkan rupa parasnya. Aminn....











(Kiri)Selesai acara cukur rambut. Nasib baik Ashiilah dah kenyang, so tidur jer la dia sepanjang majlis cukur rambut. (Tengah)Abah, ibu dan Ashiilah. Abg Ashiilah hilang entah ke mana. (Kanan) Tula baju cantik Ashiilah yang diberi oleh Mak Teh sekeluarga. Pink Pekedot ghitu...heheh.

3 comments:

[-suziey-] said...

ala sweetnye ashiilah..tdo jek yek org cukur jambul dia..good girl la;)

iu @ wid said...

salam zue...

seronoknya dpt menunaikan tgjwb terhadap anak2 kan.. alhamdulillah.. perkara yang sangat baik dan dituntut oleh agama..

cume kite de terconfuse sket mgenai adat cukur rambut/jambul ni.. dengarnya yang eloknye beby tu di cukur habis rambut..kemudian rambut tu di timbangkan dan disedekahkan mengikut nilai emas drp berat rambut tu..

utk lebih lanjut blh tgk
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5765

maaf ye, sekadar berkongsi ilmu..:D, pastinya kita sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik utk semua anak2 dunia dan akhirat kan.. & pd zaman serba moden ni mmg ramai ibu bapa yg melupakan terus aqiqah & perkara2 yg dituntut oleh islam smsa br menerima cahaya mata..( terasa mcm tulis artikel plak..rasminyeeee..hihihi...)

ape pandangan zue dlm hal ni..? hehe :)

p/s : comel sgt ashiilah pakai baju pink tuuu...

zueyie said...

suziey: ashiilah jd good girl,aqeel jd good boy sbb aqeel bkn girl..hehe...:D

wid:a'a..kite pun pernah dgr gak psl tue, tp kite tk jumpa hadis sahih yg membicarakn hal tu dgn lebih detailkan.Cuma hubby kite kata dier pernah dgr ceramah yg mengatakan org dulu2 wat camtu sbb nk memberi sedekah(amalan bersedekah sepena dikurniakan cahaya mata),tk berkait dgn mana-mana hukum.Waallahuaklam.

Tp kalau cukur rambut(botal)selama 40 minggu tu tau gak,kene cukur rambut 40 minggu setiap hari rabu tanpa selang.Untuk menguatkan ingatan & berjurus,selalu dilakukan oleh penghafal2 quran. Insyaallah. Kita hanya berusaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''