Saturday, February 23, 2013

Beijing-Tianjin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah catatan "zueyie step" ke Tianjin-Beijing. Walaupun ia perjalanan kami 3 tahun yang lalu, semoga ia boleh menjadi guide line kepada mereka yang hendak ke sana. Enjoy ur reading. .http://zueyie.wordpress.com/category/chinatianjin-beijing/  

Friday, February 15, 2013

Tahnik, Aqiqah n Cukur Jambul Anakanda Aqiilah


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. (Search di google utk maklumat lanjut). Tahnik anakanda Aqiilah dilakukan pada hari ke7 oleh enAbah. Kemudian pada hari ke 14 kami membuat majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda pula. Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda Aqiilah. Majlis dibuat sederhana di rumah nenek di Klang. Aqiqah dilakukan pada sebelah pagi manakala majlis cukur jambul dibuat pada sebelah malam selepas maghrib. Daging lembu aqiqah dimasak secara bergotong-royong dari kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Kali ni enHubby menunjukkan skill memasak daging gulai kawah. Siap import rempah gulai kawah dari kuala krai. Tq Acu. Nasib baik Acu praktikal kat sana. Aculah yang tolong belikan rempah gulai kawah sebelum balik. Plan last minute..hehe. Thanks a lot to makTeh coz sponsor cup cake coklate. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga anakanda Aqiilah dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Menjadi Anak yang solehah, tetap iman di dada. Kalau ada kurang sana sini harap maaf ye. Biasalah manusia kira lebih kurang la ye..  Fasa berpantang ibu masih belum selesai..Paiti

Aayan Jan Bilal dan Aqiilah..Sepupu. Beza umur mereka 1 bulan. 
Aayan dilahirkan pada 27/12/12 manakala Aqiilah 27/1/13

Adat di sini, mula-mula Aqiilah dibawa pusing ahli jemaah sekali. Pusingan kedua baru jemaah mula menggunting rambut.
 Terima kasih semua..

 Pic 1 : Kak Tina mendukung Aqiilah. Bday Kak Tina 26/1, sehari sebelum Aqiilah. Walaupun pada 26/1 ibu dah rasa sakit, nampaknya Aqiilah tak nak sama tarikh dgn kakTina agaknya..Jangan Marah. 
Pic 2: Umar Farhan, anak saudaraku.. kusyuk membaca doa sampai orang dah amin pun dia tetap menadah tangan..Peace..   





Monday, February 4, 2013

Tanggal Tali Pusat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


2 Feb 2013, tali pusat anakanda Aqiilah dah tanggal. Mesti anakanda rasa lebih selesakan. Kalau tak rasa ada benda je kat atas perut tu. Pusat anakanda pun tengok kering elok. Sekarang proses nak bersihkan pusat anakanda sikit-sikit. Bila tali pusat tertanggalkan, pusat macam ada taik pusat orang kata. Kene bersihkan sikit-sikit. Harini pi check kuning anakanda. Biasalah bila nurse gomen datang check, nampak kuning sikit suruh check darah. Kami pi klinik pakar kanak-kanak je. Dr tu tengok kulit, kata sikit je ni. Tak check darah pun takpe. Tapi biasalah gomen, nurse tu suruh juga ambik  bacaan. Tu la masalahnya, klau tak report kelahiran kat klinik kesihatan gomen, dia bising, suruh report. Bila dah report macam-macam la nak nyer. Alhamdulillah, kuning anakanda 128 so dr kata tak perlu check lg. Rendah je ni..Kalau tak kesian anakanda asyik nak kene cucuk ambik darah.. Anakanda Amirrullah pun dah mula nak datang kat adik dia. Nak cium lah..peluk lah. Siap nak angkat pulak. Ish..ish..

 Sayang adik Aqiilah..

First time dapat snap gambar aqiilah senyum..gembira ye tali pusat dah tanggal.

Friday, February 1, 2013

Kelahiran Anakanda Aqiilah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Beberapa minit selepas kelahiran.

NURUL AQIILAH BT MOHAMAD SABRI.

Alhamdulillah, ibu telah selamat melahirkan ahli keluarga baru kami. Seorang bayi perempuan seberat 3.30kg telah dilahirkan ke muka bumi ALLAH ini jam 0958, pada 27 Jan 2013 bersamaan 15 RabiulAwal 1434H.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anakanda dilahirkan secara normal. Tanpa jahitan. Seperti yang lain-lain juga..natural. Walaupun semasa baby nak keluar tu dr beritahu tali pusat baby terbelit di leher, dengan kuasa Allah semuanya dipermudahkan. Satu kelainan melahirkan kali ini ialah anakanda keluar kepala sekali dengan sebelah tangan. Tangan kecil itulah yang telah meleraikan tali pusat yang terbelit dilehernya. Subhanaallah.. Jika Tuhan telah berkehendak. Maka jadilah. Dr yang menyambut kelahiran  anakku ini juga tak putus-putus membaca doa agar dipermudahkan segalanya. Thanks to Dr.Asmah from Hosp. Pakar Senawang (SALAM).  Semoga anakanda membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan sentiasa berada dalam keredhaanNya.


Kehadiran anakanda Aqiilah sememangnya ditunggu-tunggu oleh abang2 n kakak. Doa kakak nak adik girl telah dimakbulkan. Terpancar kegembiraan di wajah anakanda Ashiilah. Awal-awal lagi dah cop..'Ni baby Nurul'.katanya. Cuma anakanda Amirrullah je macam merajuk kot. Tak berapa nak datang kat adik barunya ni. Yela, br berusia 19bln dah dapat adik. Tak puas manja lagi kot. 


Terima kasih kepada cikEmi coz menjaga anakanda3 sepanjang ibu n abah di hospital. Actually day 3 minggu cikEmi standby kat rumah tu..thanks a lot. Thanks a lot to my beloved , enHubby yang sentiasa berada di sisi ibu sehingga saat melahirkan. Maaf jika sepanjang proses mengandung ada perangai ibu yang tak menyenangkan. Terima kasih coz sanggup melayan kerenah ibu sepanjang proses mengandung. Terima kasih di atas doa-doa abg. Love u much sayang.. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang sekali lagi mengalami kenangan terindah sebagai ibu. Sesungguhnya aku tidak pernah lupa saat-saat melahirkan keempat-empat anakku ini. Kini merekalah permata hidupku...kekuatan ku. Aku berdoa semoga ikatan kasih sayang di antara kami sekeluarga semakin kuat dengan kehadiran anakanda Aqiilah..We love u..Nurul Aqiilah ♥ 

Pic Aqiilah dari hari 1 - hari ke5

Thursday, January 31, 2013

Toy 'r' Us

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Sepatutnya entry ni last year lg nk publish..tapi asyik tertangguh jer..
Second time bawa anakanda3 masuk toy 'r' us. Seronoknya nyer ..almaklumlah tempat favorite dorang sejak first time bawa hari tu di alamanda. Masa tu baru nak bagi anakanda kenal2 toy 'r' us. Nak tengok dorang masih boleh dikawal atau tak bila dibawa ke toy 'r' us. Nampaknya masih under control. So leh pi lagi lain kali. Kali ni ibuAbah cam nak bagi reward la kat anakanda3 sekalian esp along Amrullah coz cuti sekolah aritu along rajin tolong ibu n rajin wat abacus (wlpn hanya tambah).  So anakanda diberi kebebasan memilih mainan masing2. Kali ni abah bawa kitorang ke toy 'r' us di Empire Mall Subang. Selalunya along ngan kakak pilih mainan biasa2 je..masih dalam kemampuan. Meh kita tengok apa yang dorang pilih..


Ashiilah memilih mesin cashier..nak main jual-jual katanya..

Amrullah memilih Ben 10Alien Omniverse + Animal (sbb alien tu mcm tk mahal mana, ibu bagi along pilih satu lagi toy supaya total amount lebih kurang dengan kakak)

 Amirrullah, abah yang pilihkan. Track Thomas n Friend+ kasut (coz haritu anakanda amir dah buang sebelah kasut dia melalui tingkap kereta masa otw balik klang..ish..ish)

Wednesday, December 19, 2012

Virus Demam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



Virus demam telah melanda kami sekeluarga. Alhamdulillah sekarang semuanya dah berlalu. Hampir dua minggu aku menjadi 'nurse' anak-anak dan mrHubby. Bermula dengan anakanda Amirrullah, berjangkit pula ke anakanda Amrullah keesokkan harinya. Pastu anakanda Ashiilah pula. Anakanda tak sihat lagi, mrHubby pula demam. Adus..memang cukup mencabar. Dengan keadaan ibu yang sarat cukup menguji kesabaranku. Tido tak menentu. Bila demam, anakanda sorang-sorang terjaga tengah malam. Yang tak tahan tu, anakanda Amirrullah asyik nak dukung je. Klau tak dukung mengamuk. mrHubby terpaksa gak tolong dukung. Nak minta tolong mrHubby selalu, dia pun demam juga. MrHubby kalau demam agak teruk. Keadaan berlarutan hampir dua minggu. Last-last aku sendiri demam..huhu. Ibu demam??? Sapa nak jaga??  Jaga diri sendiri je la..Nasib baik masa ibu demam, mrHubby dah semakin kebah. Ashiilah pun dah baik. Cuma along dan amirrullah je tak baik betul lagi. So bolehlah mrHubby tolong jaga anakanda sama-sama. Sekarang alhamdulillah semua dah sihat. Cuma tinggal batuk sikit. Patutlah dulu mak pernah kata, jad ibu ni tak leh sakit selalu. Sakit-sakit pun tetap kena uruskan rumah + anak-anak. Kami bukannya ada orang gaji. Sekarang aku semakin faham apa yang dikatakan mak. Dan semakin menghargai pengorbanan mak padaku. Mampukah aku membalas budi mak?? Semoga Allah mengasihi ibubapaku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku.   Aminn..

Thursday, December 13, 2012

Istanbul..Aku Datang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Sabtu lepas ibu layan cerita Istanbul..Aku Datang melalui Astro First. Tapi takde la ibu beli Astro First semata-mata nak tengok cerita tu. Sekarangkan orang semua dah guna SkyBox. Dan bukan juga sebab orang kata cerita tu best atau sebab pelakonnya. Ianya adalah... sebab kami akan ke sana..Insyaallah.  Mesti dorang ada tunjuk tempat yang menarik di Istanbul (pendapat ibulah) memandangkan 100% cerita dibuat di sana. Tapi sedikit kecewa bila tak banyak tempat menarik yang ditunjukkan dalam cerita tu. Buat masa ni yang ibu tahu Aya Sofea. Takpelah, nanti dah sampai sana kita tengok sendiri negara orang macam mana. Acually kami dapat ke Istanbul kerana menang cabutan bertuah 1Malaysia Mega Sale “Shop Your Way To A Holiday” Viva Home Shopping Mall beberapa bulan yang lepas. Contest tersebut berlangsung dari bulan 15 June – 2 September 2012. Untuk membolehkan join contest tu, pelanggan Viva Home Shopping Mall perlulah membeli dari mana-mana kedai di Viva Home Mall dengan amount tertentu. Masa hantar penyertaan kami tak mengharapkan kemenangan pun coz ibu tak pernah bertuah dalam cabutan bertuah. Suatu hari ibu dapat panggilan + email dari dorang.


Syukur, alhamdulillah n terima kasih semua. Berbunga-bunga rasa dihati. Kami diberi masa sehingga bulan Mac 2013 untuk ke Istanbul. Memandangkan ibu tengah sarat, mrHubby meminta jasa baik pengajur untuk melanjutkan tarikh perjalanan. Pihak Viva Home telah berbincang dengan MAS untuk menganjakkan tarikh perjalanan kami. Alhamdulillah, mereka bersetuju dan kami diberi masa sehingga bulan Jun 2013. Rezeki new baby kot. Hari penyampaian hadiah pun ibu tak dapat pergi. MrHubby yang wakilkan. Actually kami hantar dua nama penyertaan. MrHubby dan ibu. Rezeki baby kot, nama ibu sangkut. Glamour mrHubby dapat masuk paper ye.. . Kami masih berkira-kira lagi sama ada nak tinggalkan anakanda atau nak bawa je semua coz prize untuk 2 orang sahaja. Insyaallah, klau ada rezeki nak bawa semua+assistant sorang. Kalau tak pergi rugi pula rasa, coz hadiah tak boleh ditukar dalam bentuk lain. Lagipun kami tak pernah sampai ke Turki. Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan ye. Kalau ada rezeki sampailah kami sekeluarga ke sana....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''