Thursday, October 16, 2008

Sabah : Aug / Sept 2008

Akhir August 2008...

Lama dah rasanya tak cerita tentang perjalanan percutian kat blog ni. So kali ni aku nak cerita sikit perjalanan kami ke Kota Kinabalu, Sabah buat kali kedua. Almaklumla, haritu kan kami tak dapat ke mana-mana kerana cuaca hujan. Manalah tahu ia dapat dijadikan panduan untuk mereka yang ingin bercuti ke Kota Kinabalu (KK) dalam jangka masa yang singkat.

Sebagai pengenalan, aku cerita sikit dahulu perihal Bandar KK. Nama asal bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak ditumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. sempena nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel. Nama Kota Kinabalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu.


30 Aug : Lebih kurang jam 1600 ,kami memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA dengan menaiki kereta. Memandangkan flight ke KK jam 0400, kami singgah di rumah kakak ku di Taman Melawati.

31 Aug : Jam 1230 kami memulakan perjalanan ke KLIA. Pesawat berlepas jam 0400 seperti yang dijadualkan. Kami sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 0630. Kali ini kami menginap di Apartment Promenade, lebih kurang rm280/night, 3 bilik,2 bilik air, complete dapur dan barangan rumah. Ia bersebelahan dengan Hotel Promenade. Kali ni pun kami menyewa kenderaan untuk memudahkan kami ke mana-mana. Selepas berehat dan bersarapan, kami memulakan aktiviti ke Lok Kawi Wildlife Park. Bayaran masuk untuk dewasa rm10, kanak2 rm5. Ia terletak lebih kurang 15km dari bandar KK. Ia dibuka setiap hari dari jam 0900 - 1730. Tapi mungkin kedatangan kami kali ini tidak kena pada masanya kerana tiada aktiviti yang dijalankan pada ketika itu. Kami cuma dapat menyaksikan pihak zoo memberi makan kepada Memerang. Agak menarik. Kemudian kami meneruskan perjalan ke One Borneo Shopping Mall. Shopping Mall yang paling besar di Sabah. Saja je datang sini, almaklumlah dengar cerite hebat. Nak tahu betul ker hebat? Datangla sendiri. sewaktu ke sana kami sempat melihat-lihat UNIMAS kerana ia satu laluan untuk ke One Borneo.



Pada jam 1800, kami ke Restaurant Terapung Kampung Nelayan. Kali ni kami makan Ikan Masak Asam Pedas, Tiram , Lopster dan Sup Isi Ketam Jagung. Yumm.. yumm.. meleleh air liur bila teringat balik. Pada sebelah malam, kami ke sekitar pasar Philipina. Pada awalnya ia dibuka di kawasan Kampung Air -> ke belakang bangunan Bank Negara -> bangunan UNHCR (sehingga kini). Jika tidak salah, dahulu pasar ini di kenali sebagai Pasar Kraftangan, kemudian sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR. Ini kerana dahulu ia merupakan penempatan sementara pelarian Filipina. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia dikembangkan dengan menjual kraftangan tempatan dan produk negara lain. Walaupun pada waktu malam, kawasan sekitar pasar ini masih meriah dengan jualan ala-ala pasar malam. Terdapat pelbagai gerai makanan. Gerai cenderahati dibuka di seberang jalan. Aku pun sempat membeli sedikit cenderahati untuk mereka yang bertuah... hehehe.. Adus.. letihnya rasa seharian berjalan. Nak rehat japlak.. sok sambung lagi.











1 Sept :
Hari ini kami memulakan aktiviti agak lewat memandangkan destinasi kami hanya ke Gunung Kinabalu. Selepas bersarapan, pada jam 1130, kami memulakan peralanan ke Gunung Kinabalu. Yela, kalau tak ke sini, nanti orang kata pi KK tapi tak ke Gunung Kinabalu.. rugi.. rugi.. Perjalana mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit - 2jam. Jika anda ingin ke Gunung Kinabalu, pastikan minyak anda mencukupi. Kerana itulah peristiwa yang berlaku kepada kami.. haru.. haru... Mengikut cerita, tklah jauh sangat so kami ingat cukupla minyak tu.. Sekali jalan dia berbukit bukau. Manalah tak banyak makan minyak. Asyik main gear satu dua... skali lampu minyak dah nyala.. tanya orang kata ada satu jer stesen minyak.. di Pekan Kundasang. Punyalah kecut perut takut tak sampai. Alhamdulilla.. akhirnya sampai juga di Pekan Kundasang. Keadaan Pekan Kundasang ala-ala Cameron Highland. Dengan cuaca yang sejuk dan view mengadap Gunung Kinabalu, amat cantik. Kami makan tengah hari di sini, tak ketinggalan makan kepak ayam. Sesuatu yang mesti makan jika sampai di KK.


Lokasi Pekan Kundasang melepasi simpang ke Gunung Kinabalu. So kami kene berpatah balik menuju ke Gunung Kinabalu. Sampai di Pintu Masuk Gunung Kinabalu , kami lihat sekumpulan pendaki dari Korea tengah menunggu untuk mendaki. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4 jam tanpa henti. Kami?? hehe.. lain tahun kot. Walau bagaimanapun kami tetap memanjat bukit berhadapan Gunung Kinabalu. Ia memang disediakan untuk mereka yang hanya ingin melihat view Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Stage pertama untuk melihat air terjun dari Gunung Kinabalu. Stage ke2 melihat puncak Gunung Kinabalu. Aku hanya mampu memanjat sehingga stage pertama. Itu pun dah lelah. Nampak sangat takde stamina aku ni. Hubby ke sampai ke stage ke2. Cayalah.."Pemandangannya cukup cantik tidak secantik gambar. Hanya dapat digambarkan dengan pendangan mata sahaja" kata suamiku. Ish.. rugilak rasa tak panjat sampai atas. Memandangkan harini agak letih memanjat, kami mengambil keputusan makan di Hotel Promenade sahaja. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami ke pasar Philiphina lagi. Yela, esok dah nak balik. Malam ni jalan-jalanlah. Jalan-jalan cari pasal..












2 Sept
: Hari ini kami dah nak balik. Pagi tu selepas sarapan kami pi mandi kolam. Kesian anakanda nanti,tak dapat mandi kolam. Kecik hati dier.. hehe.. Sebelum ke airport, kami singgah di Tanjung Aru + sambil makan tengah hari. Kemudian kami terus ke airport, orang kenderaan sewa dah tunggu di airport. Flight kami ke KL jam 1500. Kali ni kami naik Airbus330. Flight dari Korea, transit di KK sebelum ke KLIA. Best.. best.. Bukan apa sebab sit flight banyak kosong, bermakna penumpang tak ramai. So apa yang kami dapat pun berganda-gandalah. Siap wat bekal lagi.. Rezeki.. rezeki..


Ni gambar memerang tengah makan. Jumpa lagi...

.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''