Wasiat Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.W
Kali ni saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari seorang rakan. Marilah sama-sama kita hayati.
Dari Nabi S.A.W. :- "Pada waktu malam saya di israkkan ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan 5 wasiat kepadaku. Antaranya :-
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud keran sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kpdku beberapa org tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepadamu 7 perkara, iaitu :"
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Sesungguhnya tiada yang lebih Esa dari Allah, Tuhan Sekalian Alam..
.
No comments:
Post a Comment