Solat dan RahsianyaSolat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam.
Allah s.w.t berfirman: “ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat.
Hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"
“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”
[Surah Al-Ankabut:45]
Rahsia Disebalik Solat
1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul :
Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram :
Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kta di dalam kubur.
4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara dua sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara dua sujuk akhir :
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mashyar.
10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.
Rahsia Solat bagi Ibu Mengandung
Kepada ibu mengandung, kita disarankan untuk melakukan teknik-teknik senaman ibu mengandung bagi memudahkan proses kelahiran. Senang atau susah itu semua kuasa Tuhan, tapi tidak salah jika kita mencuba. Terdapat beberapa senaman yang dikaji dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan menyerupai gerakan di dalam solat. Seperti :-
1. Latihan menundukkan tubuh ke hadapan, ia menyerupai keaddan ruku' dalam solat.
2. Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung, ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat.
3. Latihan knee-chest position, ia menyerupai keadaan sujud.
4. Duduk dengan tenang, ia menyerupai duduk dalam solat.
Oleh itu kepada ibu-ibu mengandung, perbanyakkanlah amalan solat sunat, insyaallah akan dipermudahan segala urusan. Wallahuaklam...
.
No comments:
Post a Comment