Wednesday, January 27, 2010

The Legend Water Chalet, PD

The Legend Water Chalet, Port Dickson, N9: Nov 09'












(Kiri) Anakanda2 dah mula berani bermain di atas kaca akuarium lantai (Kanan) Nampak Otomen tue, bilik kitorang la tue. Bilik sapa lagi.












(Kiri) Sarapan time.. (Kanan)Pemandangan bilik-bilik chalet di air. Ada juga bilik apartment tapi di daratan.

Percutian yang tidak dirancang membawa kami ke The Legend Water Chalet, Port Dickson, Malaysia. Ia lebih kepada istirehat memandangkan kerja hubby yang sangatlah banyak. Jalan-jalan jugak, kerja tetap kerja. Mana boleh tinggal NB ngan broadband. Kerja..di mana mana... Tempat yang cantik dah menarik. Segalanya masih dalam keadaan baik dan selesa. Almaklumlah baru 2-3 tahun beroperasi. Yang bestnya, ada akuarium lantai. Kita boleh melihat air laut melalui cermin kaca yang disediakan di bilik. Mula-mula masuk, anakanda takut nak jalan atas cermin tue, nampak ada air kat bawah. Tak bergerak Amrullah. Takut jatuh agaknya. Lucu gak. Tapi, lepas tu siap leh baring-baring lagi dua beradik tu atas cermin akuarium. Kaca itu boleh menampung berat sehingga 500 kilogram (kg), so jangan takut. Time air pasang bestlah, time air surut tak berapa menarik sangat pemandangan lantai akuarium. Rasanya Legend la yang pertama buat macam tu di Malaysia. Di bilik mandi pula, bumbung boleh dibuka atau ditutup. So kalau hujan boleh mandi air hujanlah. best..best.. Kalau yang suka memancing pula, bolehlah sewa joran kerana anda boleh membaling tali joran terus ke laut melalui balkoni chalet sahaja. Masa kitorang pergi tu ramai juga yang berbuat begitu. Kolam dia pun cantik tapi kitorang tak mandi di kolam. Setakat mandi jakuzi di bilik jer. Itupun dah memadai bagi anakanda. Happy sangat nampak anakanda-anakanda. Sambil en.Abah me'release' tension, ibu ngan anakanda2 tumpang bercuti. Terima kasih abah :-***..:D












(Kiri)Posing..posing (Kanan) Sunset. Panorama yang sangat cantik. Tengok dari balkoni bilik.











(Kiri)Posing..posing..(Kanan) Dah nak balik dah. Daa.. Nanti kami datang lagi. Insyaallah.



Maklumat lanjut http://www.legendwaterchalets.com.my/

Ni tolong promote...leh dapat bilik free ker er..:)

6 comments:

Ibu Aqmar said...

wah cam best je..dekat2 ngan glory beach resort kan..pernah kat cna, tapi masa tu blom siap lagi hehe :P

Ezzan Zamm said...

bestnyer family zue..selalu g cuti2 malaysia..yelah bab kata org "sambil menyelam minum air" sambil g keje leh terus bercuti...best..best..best...

♥ Darina Shower Scrub said...

akma: a'a yg sebelah glory tu. pasni ko leh la try duk legend lak. kira jiran tetangga la dorg tue..hehe

zan:betul..betul..sambil menyelam minum air..jangan tersedak udah..hehe

icham said...

lama dh tak contact, tak sangka zue dh ada 2anak dh.. syok la dpt g holiday...

♥ Darina Shower Scrub said...

2 dah icham..namanya pun surirumah.paham2 jerla...hehe:)

Zack said...

Lawati blog saya untuk info lebih banyak mengenai The Legend Water Chalets. Kami turut menawarkan kadara sewa lebih murah, berpatutan dan mampu-sewa untuk semua golongan. Http://legendwaterchalet.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''