Thursday, January 14, 2010

Medan, Indonesia: Jul 09' (Day3)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia













(Kiri) Gambar kami di Simanjarunjung, Minum Teh Halia. Keadaan di sini seakan-akan Cameron Highland tapi kat sana sejuk lagi. (Kanan) Belakang tu Air Terjun Sipisopiso. Untuk ke dasar lebih kurang 1km. Tangga ada disediakan untuk turun ke bawah. Yang mana nak test power, lehlah turun.

Hari 3: Berastagi
Selepas sarapan dan check-out, perjalanan di teruskan pula ke destinasi ketiga iaitu Berastagi. OTW kami singgah di Simanjarunjung, Minum air Teh Halia dan Air Terjun Sipisopiso. Subhanallah, cantik sungguh air terjun ini. Keluar dari dalam tanah, hebat sungguh ciptaanNya. OTW kami dapat melihat dua gunung berapi yang masih aktif, Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Dan yang tak berapa bestnya, kita juga boleh tengok kedai makan yang menjual babi panggang, babi salai, babi bakarlah.. ish.. ish.. So kenelah berhati-hati kalau nak berhenti makan. Kemudian kami berhenti makan di Rumah Makan Famili Baru sebelum check-in di Green Garden Hotel.













(Kiri) Itula pak Pak Pung nak diidam-idamkan anakanda. Sampai tidur pun tak lepas. (Kanan) Asap dari Gunung berapi Sibayak.

Selepas solat, kami ke Pasar Buah/Berastagi (Ada jual buah-buahan dan pelbagai jenis sourvenir). Anakanda Amrullah sibuk nak Pak Pak Pung katanya(Rebana Ubi). ish..ish.. Kemudian kami terus ke Kolam Air Panas Sibayak (Air panas dari Gunung Berapi Sibayak) untuk berendam beberapa jam supaya kulit cantik (chewaaahhh perasan la pulak aku ni). Tapi hanya aku dan hubby jer masuk kolam, yang lain yang ado...ada yang tak tahan bau la (bau macam kentut anak aku jer.. tapi takpe, cantik punya pasal.. aku belasah jer) ...tak tahan bau belerang la.. macam-macam. Kalau ikut kata Ali orang kat sini memang suka mandi di sini. Selain untuk kecantikan kulit, ia juga baik untuk kesihatan... patut pun cam licin jer kulit aku pastu.. heheh. Dari bawah, kami dapat lihat asap dari lohong Gunung Berapi Sibayak yang masih aktif tu. Malam kami makan di hotel. Selepas makan, hubby dan beberapa ahli rombongan lelaki keluar pi cari durian. Nak merasa durian medan katanya. Biarlah, nanti dah balik Malaysia mengidam lak.













(Kiri) Anakanda taknak makan. Mungkin sebab pagi tu sejuk sangat. Sampai kena paksa makan. (Kanan) Green Garden Hotel. Bilik kami depan tu, tiang kuning.

Belajar Bahasa:
Alat ganti (Spare part) = Suku Cadang
Kereta = Mobil
Motorsikal = Kereta
Basikal = Speda

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''