♥♥♥ Especially for my dearest Hubby and Abah ♥♥♥
Semoga tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa untuk dua orang lelaki yang paling bermakna dalam hidupku.
♥ To My Dearest Hubby..walaupun hubbyku tak berapa suka sambutan hari bapa ker.. hari ibu ker.. hari itu ker... hari ini ker..(katanya ikut budaya orang putih) Tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Bapa ini kepada En. Mohamad Sabri Isa aka hubby ku yang tercinta. Terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sangat hebat kepada anak-anak kita. Dengan sikap sabar dan tegasnya (kekadang ibu pun takut) anak-anak kita dapat membesar dengan baik. Sehingga menjadi kebanggaan kita apabila orang memuji mereka. Siang malam hubby berjaga demi mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Terima kasih kerana telah berusaha keras agar anak-anak kita dapat membesar dan hidup dengan sempurna dari segala segi. Terima kasih kerana membantu ibu dalam mendidik anak-anak kita ini. Terima kasih atas segalanya Sayang.. Kami Sayang Abah Sangat-sangat. I love u too much Honey :-*****
♥ To My Lovely Abah...Hj Nordin B. Hj Ibrahim. Terima kasih kerana telah membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. Walaupun dahulu keluarga kita tidaklah seperti sekarang, saya tidak pernah merasa kekurangan jika berbanding dengan orang lain. Segalanya abah penuhi walaupun keadaan kita terbatas, bagaimana?? Tidak pernah aku ketahui. Yang pasti beliau pernah berkata "Abah tak nak anak-anak abah rasa susah seperti mana abah rasa susah suatu ketika dahulu". Abah berhempas pulas mencari rezeki membesarkan kami adik beradik. Kini masa abah untuk berehat, biarlah kami anak-anak pula membalas jasamu. Terima kasih abah..love u much..:-*
1 comment:
ur abah persis Tan Sri Khalid Ibrahim le..hehe :P
Post a Comment