Sunday, February 13, 2011

Siti Uzma Qaisara

Doakan Uzma Cepat Sihat

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak mengemas umah maya aku nie. Umah kengkawan pun dah lama tak jengah. Apa la perkembangannya agaknya. Semakin membesar perut ini, semakin kurang selesa untuk aku duk lama-lama. So kalau ada masa terluang aku lebih rela duduk rehat dari dudup depan nb nie. Keinginan untuk melayari internet memang ada, tapi tak dapat nak nolong eh... Kisah2 percutian aku dan keluarga insyaallah akan aku update dari semasa ke semasa. Biaq dah ketinggalan berzaman pun. Tu semua merupakan memori dan pengalaman yang tidak ternilai bagi aku. Bolehlah berkongsi dengan teman2 yang sudi..ada ker??
Gambar ni kira dah ok sikit keadaan uzma. Dulu penuh dengan wayar sampai baby pun tak brape nampak. Sebak hati makku bila lihat cucunya pada ketika itu..


Rasanya inilah entry pertama aku semenjak masuk tahun 2011. Kali ni aku nak post mengenai anak buah ku Siti Uzma Qaisara. Comel lote orangnya..Putih gebu kulitnya. Kalau tak silap dah 5 bulan usianya tapi aku baru lihatnya pada cuti Raya Cina baru-baru ni. Uzma dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami beberapa masalah (jantung dan paru-paru) menyebabkan anak kecil ini terpaksa ditahan diwad semenjak lahir lagi. Pembedahan pertama telah pun dijalankan ketika anak kecil ini baru berusia 3 bulan. Pembedahan kedua pula akan menyusul tetapi terpaksa ditangguhkan memandangkan tubuhnya terlalu kecil untuk pembedahan seterusknya. Kini kakakku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga uzma di hospital. Yela..anakkan. Lebih baik jaga sendiri dari mengharapkan orang lain jaga. Kasih sayang dan belaian seorang ibu amat berharga untuk anak ini. MakTeh & PakTeh (kakak & abangIpar) sanggup mengorbankan apa saja demi anak kecil ini asalkan uzma semakin sihat. (Yela..kami ni kan nobody,nak dptkan sponser agak susah..lainlah org tu somebody..sebut je berduyun2 orang nak tolong..tula reality) Sejak kakakku yang jaga sendiri, keadaan uzma lebih baik. Alhamdulillah... Dah tak payah pakai oksigen yang macam angkasawan tu (apantah namanya). Kami sekeluarga sentiasa mendoakan Uzma cepat sihat.. tabahkan hati dan kuatkan semangat ye makTeh & pakTeh. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Tuhan adalah sebaik2 perancang. Banyak2 berdoa dan jangan putus asa..Kuatkan semangat ye. Kepada kengkawan sudilah sekiranya mendoakan Uzma walaupun anak kecil ini tiada pertalian darah dengan anda. Semoga tuhan membalas niat baik anda. Million of love from us to u ..Siti Uzma Qaisara..

2 comments:

Ibu Aqmar said...

Semoga Uzma cepat sembuh.Amin. Segala yang berlaku ada hikmahnyer. Harap keluarga Kakak Zue tabah menghadapi ujian dariNya.

♥ Darina Shower Scrub said...

thanks a lot. Doa itu amat bermakna bg kami..Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''