Saturday, August 6, 2011

Along Amrullah 4 Tahun

Kisah 5 Ogos 2011...Sejarah 19 Ogos 2011

American Choclate Cake..favorite kami sekeluarga. Ashiilah tumpang sekaki.

Alhamdulillah..semalam genaplah umur anakanda Amrullah berusia 4 Tahun. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku anak yang menyejukkan mata..menyenangkan hati..dan menenangkan jiwa.. Menjadi kebanggaanku. Alhamdulillah.. perkembangan pembesaran anakanda Amrullah yang sempurna dan tidak menyusahkan..sentiasa menjadi penyejuk hatiku. Tatkala dia gembira..aku turut gembira. Tatkala dia berduka hatiku juga turut terluka. Dari sehari ke sehari Amrullah membesar..belajar erti dewasa..mula mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia 4 tahun..dia sudah boleh diharap. Menolong ibu..menjaga adik-adik. Kini banyak perkembangan anakanda yang ibu dan abah banggakan.. Harapan ibu semoga anakanda menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..ibu teringin anak ibu menjadi al-Hafiz....Mampukah aku mendidiknya??..Insyaallah. Ibu abah dan adik-adik sayang sangat kat Ahmad Amrullah. Jadi abang yang bertanggung jawab dan jadi anak yang soleh ye sayang..We u much... . Ibu dan abah sentiasa mendokan anakanda dan cuba memberi apa yang terbaik untuk anakanda semua.

Oleh kerana kami tkde sambutan pun..just makan-makan sendiri. Along pun menjemput kawan2 alien Ben10 join sekaki. Untuk menambahkan koleksi alien Ben10, abah bagi along 2 ekor lagi sempena bday. Sekarang along dah jadi peminat Ben10 pulak..Otomen mcm mana??

Bila tibanya tarikh lahir anakanda Amrullah, itu menandakan semakin dekat anniversary kami. Detik di mana aku sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Seorang lelaki yang aku cinta, kagumi dan hormati. Ku letakkan kepercayaannku kepadanya. Pelbagai dugaan telah aku harungi..dengan kekuatan dariMu Ya Allah. Kebahagian dunia yang sentiasa aku rasai..doaku semoga ia berkekalan sehingga akhir hayatku.Ya Allah..panjanglah jodohku dan suami, berkatilah kehidupan kami..Lindungilah kami dibawah ArasyMu. Kuniakanlah kami anak-anak yang soleh dan soleha..Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Esa. Aminn.. Terima Kasih sayang atas segalanya. Love u mucchhhh SAYANG..

3 comments:

Ezzan Zamm said...

comel2nyer anak2 zue.. abg makin hensem, kakak makin cun.. selamat hr jadi ahmad amrullah..moga menjadi anak yg soleh kebanggaan ibu abah... adik maner, x join sekali =)

Ibu Aqmar said...

Selamat hari lahir..semoga jadi anak yang soleh. Amin

buat Zue & suami..semoga berbahagia hingga ke syurga. Amiin

♥ Darina Shower Scrub said...

Zan : Thanks zan. Adik tak sempat nak join..time tido masa tu..:)

Kema : Thanks..:) Insyaallah..Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''