Friday, August 12, 2011

Kelahiran Anakanda Amirrullah

Ahmad Amirrullah B. Mohamad Sabri

Gambar kecil: Amirrullah beberapa minit selepas dilahirkan.

Telah selamat dilahirkan pada 13 Jun 2011, Isnin di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi, Selangor. Anak ketiga ku ini dilahirkan cepat tiga hari dari jangkaan. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan aku diberi kekuatan untuk melahirkan anakanda secara normal. Terima kasih kepada en.hubby yang banyak memberi sokongan moral sepanjang proses kelahiran dan setiasa menemaniku disisi. Terima kasih sayang. Siap buat lawak lak kat labour room..tapi aku tak gelak la..sakit tak hengat dah masa tu.  Dalam masa yang sama hubby juga tak henti-henti mengingatkan aku supaya sentiasa ingat pada Allah.
Kehadiran Amirrullah disambut gembira oleh abang dan kakaknya. Alhamdulillah.

Aku mula betul-betul rasa sakit jam 12.30tgh. Lebih kurang jam 1.00tgh kami bertolak ke hospital. Dari rumah ke hospital mengambil masa lebih kurang 45minit. Seperti along dan kakak,  masa sakit lebih kurang sama. So aku jangka aku akan melahirkan juga lebih kurang waktu along dan kakak dilahirkan area 3-5 petang. Jangkaan aku tak jauh melesat apabila aku mula melahirkan anakku jam 3.36ptg. Cuma kali ni aku rasa kesakitannya lain sikit. Lebih sakit dari yang dulu..agaknya banyak dosa kot..hehe.ihikhik.
Gembira, terharu, hiba..semua perasaan ada. Bercampur baur. Anak kecil sebesar tapak tangan, seberat 3.40kg yang selama ini duduk di dalam janinku akhirnya selamat dilahirkan. Sekali lagi aku merasai kenangan terindah sebagai Ibu.

Aku berdoa semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menyinari lagi keluarga kecil kami ini. Semoga Allah sentiasa melindungi dan meRahmati anakanda dunia dan akhirat. Selamat datang ke alam Dunia sayang. Kuatkan imanmu..hiasi peribadimu. Semoga sentiasa dilindugiNya. Insyaallah.

3 comments:

Ibu Aqmar said...

Merahnye si Amirullah ni kan..besar skit nnt mesti putih gebu cam abg n kakak.

sakit beranak ke 3 ni cam same je ek..aku pun cam tak tertahan sakit masa beranak yg ke 3.huhu..tengah berfikir2 untuk yg ke 4..akeke

HR Dulu, Kini n Selamanya..... said...

tahniah...suka tgk kwn2 menimang bby baru.

♥ Darina Shower Scrub said...

Akma : thanks..bukan cam ibunya ke?? hehe..:). Boleh dah tu tambah sorg lagi..adik pun dah nak 'adik' baru tue..:D

HR : thanks..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''