Assalamualaikum,
Lamanya tak ber'blog' rasanya..hampir setahun meninggalkan rumah maya ni.
Rindu rasanya nak berblog semula. Entah ada entah tidak rakan blogger yang dulu..huhu..
Sekarang orang ramai sibuk membincangkan pasal BR1M, GST, 1MDB..sy nk komen pun takut..
Makin dibaca, diikuti, dihayati..makin takut rasanya. Terasa berada dihujung-hujung tanduk jer..
Apa-apapun saya semoga anda semua kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNya, berjaya dalam apa jua yang anda ceburi dunia dan akhirat..Aaminn
PEACE no WAR :-)
Note: mencari baju muslimah?jemputlah lawati
https://www.facebook.com/t4muslimah
Monday, March 16, 2015
Friday, January 3, 2014
Agent/Dropship Galeri ZnS
Assalamualaikum,
Anda ingin menjana pendapatan sampingan.?
Kami mengalu-alukan anda menjadi agent/dropship kami untuk menjual baju Muslimah4u.
* Tidak perlu Modal.
* Tidak perlu menyimpan stok.
* Tidak perlu untuk membungkus dan membuat penghantaran.
Hanya perlu promote. Side income yang berpatutan. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. :-)
E-mail : muslimahforyou@yahoo.com
SMS/WhatsApp : 012-3563467
Labels:
t4Muslimah
Friday, October 18, 2013
Delete Acc Blogspot / Hapuskan Akaun Blogspot
Assalamualaikum
Dulu masa awal-awal menceburi alam blog ni, ibu ada buat blog khas untuk GA/Contest. Masa tu ingat nak aktif ber'contest' tapi nampaknya angan2 saja. So ibu ambil keputusan untuk delete je acc blog tu. Cari kat Blogger Help je.
1. Sign in blog anda untuk access Blogger Dashboard.
2. Klik arrow drop down pada icon seperti disebelah.
3. Pilih Settings
4. Klik menu Other
5. Paparan di bahagian atas, 'Blog tools', klik Delete Blog
6. Pop-up menu akan dipaparkan. Klik Delete this blog.
Akaun blog anda telah dihapuskan tetapi and masih boleh restore semula blog tersebut dalam masa 90 hari. Selepas 90 hari, akaun blog tersebut akan permenant delete.
Dulu masa awal-awal menceburi alam blog ni, ibu ada buat blog khas untuk GA/Contest. Masa tu ingat nak aktif ber'contest' tapi nampaknya angan2 saja. So ibu ambil keputusan untuk delete je acc blog tu. Cari kat Blogger Help je.
1. Sign in blog anda untuk access Blogger Dashboard.
3. Pilih Settings
4. Klik menu Other
5. Paparan di bahagian atas, 'Blog tools', klik Delete Blog
6. Pop-up menu akan dipaparkan. Klik Delete this blog.
Akaun blog anda telah dihapuskan tetapi and masih boleh restore semula blog tersebut dalam masa 90 hari. Selepas 90 hari, akaun blog tersebut akan permenant delete.
Labels:
Tips/Tutorial Blog
Friday, August 2, 2013
Kasut anakanda di Stride Rite
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Kakak pilih kasut Repunzal, Purple Colour.
(ibu saja suruh beli purple kalau tak asyik pink je, nasib baik kakak ok je
)
Pejam celik pejam celik tinggal seminggu sahaja kita berpuasa. Kesibukan aktiviti seharia ibu membuatkan ibu tak sedar masa yag berlalu. Tahun ni ibu dah latih anakanda Amrullah berpuasa penuh. Tahun lepas sehari pun tak berjaya. Hari-hari puasa tapi separuh hari. Takpela, satu permulaan yang baik. So tahun ibu harap anakanda Amrullah dapat berpuasa penuh paling dak pun 7 hari. Alhamdulillah, semalam cukup 7 hari anakanda Amrullah berpuasa penuh. enAbah pun bawalah kami sekeluarga ke Empire Shopping Gallery untuk cari kasut raya. Memang dah berniat nak belikan anak2 kasut raya tapi saja tunggu Amrullah puasa penuh 7 hari baru pi beli. Pembakar semangat. Kami ke Stride Rite untuk mencari kasut anakanda Amrullah dan Ashiilah. Anakanda Amir baru beli hari tu, aqiilah lak kecik sangat lagi so tak yah lagi la. Ibu baru je mengenali butik kasuk kanak-kanak Stride Rite ni. Kasut dier cantik-cantik, memang memenuhi cita rasa anak-anak kecil. Tapi nasib tak menyebelahi Amrullah, kasut yang dikehendakinya semua takde saiz. Rasaya baru bulan lepas ibu datang survey masih banyak stok kasut iron man, spider man dan star war. Tup-tup hari ni datang takde stok. Nak raya kot. Sian along. Yang tinggal saiz besar. Kasut takde lampu ada 2 paten yg ada saiz tapi Amrullah lak tak berkenan. Nak lampu bagai pulak sbb dier tengok kasut yang Ashiilah pilih ada lampu kot. Nasib baik kasut kakak ada saiz. Nak pi tempat lain, ibu macam tak berapa rajin je coz Amir berona sikit. Dan tiba-tiba 'Ibu takde kasut pun takpelah, Along nak Bakugan boleh?'. Nak tau kenapa?? Sebab kat floor tu ada Toy 'R' Us.
Bakugan Along, 1 set ada 6 biji bola/robot.
Kalau anda teringin nak cari kasut anak-anak boleh la ke Stride Rite, ada sale sekarang. Cawangan lain terletak di Bangsar Village, Suria KLCC, 1 Utama Shopping Center dan Paradigm Mall. Tempat lain ibu tak pasti. Sejak ada anak ni gembira bila tengok anak-anak seronok dapat baju, kasut raya. Agaknya bonda Ibu pun macam tu kot dulu. Anak-anak diutamakan. Bila dorang gembira kita pun automatik akan gembira. Jangan sampai membazir udah. Ikut kemampuan dan bersederhana. Selamat bershopping.
Thursday, August 1, 2013
Anakanda Aqiilah 6 bulan
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum..
My little princess, Aqiilah..bulat-bulat
Lama sangat dah tinggal rumah maya ni. Tak ber'kemas' dah rumah ni. Banyak la memori-memori yang tak disimpan di rumah ni. Sebelum memori ibu corrupt, baik la ibu rekodkan perkembangan anakanda Aqiilah sikit. Sekarang anakanda Aqiilah dah memasuki usia 6 bulan. Pada usia 5 bulan anakada Aqiilah dah tumbah gigi bawah 2 batang. Berat 7.4kg. Suka main air liur sampai sekarang. Sampai la ni pun dua batang tu je ada. Sejak ada gigi ni suka benor menggigit. Gatai gusi kot. Sekarang anakanda dah mula maju ke depan. Dah angkat-angkat badan. Nak belajar merangkak kot. Memandangkan Aqiilah dah 6 bulan, ibu cuba letak Aqiilah dalam walker tapi dia tak mau. Asal letak dalam walker je menangis. Tak tau la kenapa. Dan yang pasti semakin manja. Dah mula tak nak dengan orang. Itu membuatkan ibu bertambah 'terhad' pergerakkan. Maka akan bermulalah episod 'ibu membuat kerja rumah sambil mendukung anak'. Hanya surirumah yang pernah mengalaminya sahaja yang faham keadaan itu. Makin slim la ibu yang sememangnya dah slim ni. Huhu.. Manja abg Amir pun tak abis lagi. Ya Allah berilah aku kekuatan..tingkatkanlah kesabaranku. tetapkan imanku..
Masih sempat lagi rasanya ibu nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat membuat persiapan raya..
Labels:
Aqiilah
Tuesday, April 30, 2013
Aqiilah 3 bln
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, hari ni anakanda suntik untuk 3 bln. Actually aqiilah 3 bln pada 27/4 baru ni, tapi lewat ckit pi klinik. Berat anakanda 5.9 kg dan panjang 58cm. Alhamdulillah, dr check semua perkembangan anakanda normal seperti usianya. Dr kata anakanda 'sihat' dan aktif. Tengokla peha aqiilah,sihat.. berketul-ketul.hehe.
Anakanda Amir pun check sekali coz demam. Baru demam semalam, balik dr rumah org kahwin. Ibu ingat sebab kene hujan semalam. Tak nk makan, taknak susu. Berak pun air je. Semalaman ibu dan abah tak tidur. Asyik merengek. Lapar kot..sian ibu tengok. Dr kata demam sebab tonsil. Dah merah dah, tu yang taknak makan minum tu. Dr kata telan air liur pun sakit. Semoga dengan izin Allah + ubat yang diberi, anakanda Amir cepat sempuh. Sedih je muka tuan empunya badan bila demam.
Labels:
Aqiilah
Saturday, April 27, 2013
Amrullah n Amirrullah..Sama tp tak serupa
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Along Amrullah di usia 1thn 5 bln
AbgAmirrullah berusia 1thn 10bln
Labels:
Amirrullah,
Amrullah
Monday, April 22, 2013
Anakanda Amirrullah tidur berdengkur??
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak seminggu dua ni anakanda Amirrullah ada peel baru. Sekarang Amirrullah suka benar berlakon tidur sambil berdengkur. Siap bunyi dengkur tu tak tahan. Mesti dia tiru abah tidur tue..hehe
p/s:Along Amrullah suruh panggil dia Abg Amrullah coz Amirrullah ibuAbah panggil AbgAmir. So dia pun nak Abg juga. Macam-macam anak bertuah ibu sorang ni..layan je.
Labels:
Amirrullah
Thursday, April 18, 2013
Alahai Astro... Beyond PVR..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah 2 minggu report baru datang staff teknikal astro. Bermakna 2 minggu juga kami tak dapat menggunakan khidmat PVR. Tapi nak wat camno, masa report tu dorang dah kata dalam masa 3 minggu org teknikal astro akan datang ke rumah.enAbah tanya juga, habis tu bayar bill PVR tapi tak leh guna. Bayar sama jugak, tak kurang. Tak boleh claim ker? Dorang kata tak boleh coz masa kita ambik astro tu dah ada dinyatakan dalam terma dan syarat dia. Klau nak saman pun takleh la kiranya. Pandai betul dorang ni buat duit buta-buta. Tapi klau streamyx kita boleh claim kan. Nak buat camno. Yang ado.. Bila butang PVR dah function, bila check semua yang kami dah record takde. Adus..abis Pit a Pat, Zakir Naik, Running Man hilang. Tup-tup decoder tu boot sendiri pulak. Staff teknikal astro tu kata masalah hard-disk, so dier tukar decoder baru. Nasib baik tak payah bayar. Kenalah kami record balik nampaknya. Tu pun klau astro ada ulang tapi selalunya seperti yang semua tahu pasti ada..hehe
Alang-alang org teknikal astro dah dtg, enAbah suruh tengok decoder astro tv anakanda pula. Selalu sangat kuar 'no signal'. Ala..warning yang selalu klau hujan tak dapat service tu. Yang pelik tv ibuAbah okje, tv anakanda kuar warning tu. Rupa-rupanya decoder rosak gak. enAbah ingat masalah cable, tu yang haritu report satu je. Staff teknikal astro kata sebab kene petir. So kene tukar decoder baru juga. Tapi dorang tak boleh buat coz report haritu satu je. Lagipun dorang bawa satu decoder je. Nanti dia akan buka report baru dan staff teknikal astro akan datang bawa decoder baru. So kene tunggu lagi untuk decoder tv anakanda. Tunggu jela.. Yang menjadi persoalan ibu, kenapa kena ambik masa lama sangat ye..banyak sangat ke masalah astro ni?? Ramai sangat ke orang buat report?? Klau banyak report, di mana salahnya sebenarnya?? ??
Monday, April 15, 2013
Floor Mat
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
2 Minggu lepas enAbah jatuh toilet.
Labels:
Am
Thursday, April 11, 2013
Little World
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Ingat tak entry ibu pasal contest yang ibu menang 2nd place dr Viva Home dulu. Baru-baru ni dorang call untuk remain yang kami perlu buat booking untuk ke Istanbul secepat yang mungkin. Coz dorang nak arrange itu ini. Takut tak sempat dan tak dapat tempat. Kami boleh pilih tarikh sehingga bulan 6. Sekarang ni duk tengah fikir lagi bila tarikh yg sesuai. Nak mengundi lagi..cuti sekolah lagi. Ingat nak pergi pertengahan bulan 6, boleh Amirrullah sambut birthday kat sana..hehe.Ibu tahu pasal little world ni dari majalah yang di baca semasa kami ke kedai Korea Wallpaper di Puchong. ( Kedai wallpaper yang paling murah kami survey.) Little World juga ada di World Furniture kalau tak silap ibu. Sangat cantik set bilik tidur kanak-kanak yang dorang design. Tapi kami beli katil sahaja. Kalau ada sapa-sapa nak cari katil kereta, katil princess, katil bas (double decker bed) dan set bilik untuk kanak-kanak boleh ke Little World. Untuk cuci mata pun ok. Banyak pilihan. Barangan dorang pun berkualiti.
Labels:
Amirrullah,
Ashiilah
Monday, April 8, 2013
Carta Aurat
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Pic from google
Carta Aurat Wanita dengan Mahram dan Bukan Mahram (Lelaki ajnabi) secara umum.
Thursday, April 4, 2013
Jual..jual..Almond Flakes
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Harini ibu secara tak rasminya menjebakkan diri dengan dunia perniagaan ol. Biaq tolong jualkan orang punya je..hehe. Bukan orang lain pun, kakak dan adik ibu yang buat. Nama biskut ni takder yang spesific. Ada panggil almond flakes, caramel flakes, caramel almond flakes tapi ibu panggil mepang..huhu. Bahasa kampug jer..mudah-mudah.Sapa-sapa yang berminat nak beli boleh email ibu di zuens@yahoo.com
Kalau area lembah kelang/shah alam/kl mungkin boleh janji di mana2 untuk ambik kuih.
Sebotol rm23 (tidak termasuk penghantaran)
p/s:sapa2 duk seremban boleh ambik kat restoran zack di taman sri pulai,seremban (empunya restoran zamzilawati x-smtpm). Harga mungkin lain ckit coz kos tempat. Sapa-sapa nak jumpa zam leh turun restoran dier. Leh mintak discount (memandai ibu jer..hoho) Sedap masakan dia. Biasalah tukang masak Thailand.
Nak pos pun boleh tapi berisiko kuih pecah2 sikit. Kalau tak kisah takpe. Coz biskut ni nipis.
Cuba sekali pasti nak lagi..tak caya cubalah..
Labels:
Business
Tuesday, April 2, 2013
Aqiilah 2 bulan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
29/3/2012, jumaat lepas anakanda aqiilah menerima suntikan imunisasiuntuk 2 bulan. Masa 1 bulan haritu anakanda tak ambil suntikan coz sekarang imunisasi HepB(2nd dose) disekalikan dengan imunasasi2 (DTP, HIB, POLIO) yang perlu diambil untuk 2 bulan bagi dose pertama. So kuranglah sekali kene inject. Tu pun dah lewat sikit. Sepatutnya 27/3 tapi masa tu kami di kampung. Berat Aqiilah 2 bln ialah 5.32kg. Masa anakanda check 1 bln haritu berat aqiilah 1bln ialah 4.02kg. Mula-mula anakanda senyum-senyum je masa dr check kulit dan suhu. Lepas kene inject Wwwaaaa..
Saya kene cucuk.. 
Labels:
Aqiilah
Saturday, March 30, 2013
Buang iklan myJodoh
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Dah lama sebenarnya ibu serabut dengan iklan myJodoh yang tetiba je ada kat blog ni. Tapi asyik 'terlepas pandang' je nak buang. Harini ibu bertekad untuk membuang iklan tu. Rupanya senang je. Remove widget Waktu Solat. Maka hilanglah ia. Rupa-rupanya dia attch skali dengan widget tu. Cit..Thanks to blogger2 yang share camner nak hilangkan iklan tu. Ibu pun google je.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan..yakinlah. Insyaallah..
Labels:
Tips/Tutorial Blog
Monday, March 25, 2013
Pesan Ibu
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Anak-anakku sayang...
Anakanda-anakanda ibuAbah..wajiblah kalian menutup aurat bila telah memenuhi syaratnya.. ye sayang. ♥
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara (adik beradik) mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Islam Itu Indah
Thursday, March 21, 2013
MAS vs AirAsia
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Baru-baru ni kawan mrAbah bagitu harga MAS sekarang dah murah. Malah lebih murah dari AirAsia. Biaq betul. Kami yang sememangnya dah lama menunggu berita begini sangatlah berbunga-bunga di hati. Sekali betul da... Kami compare hari, tempat dan masa (test dibuat beberapa kali untuk beberapa tempat, waktu, hari berlainan) yang sama antara 2 syarikat penerbangan ini, memang MAS lagi murah. Aku sebenarnya memang lebih selesa menaiki MAS berbanding AirAsia. Anak kapal MAS lebih kemas, helpfull dan friendly. Personality anak kapal MAS pun nampak lebih elegent. Takdela rambut mengerbang. Kuku panjang bagai. Terminal pun lebih selesa. Cuma disebabkan harga MAS yang lebih mahal dari AirAsia membuatkan kami memilih AirAsia untuk travel. Cuma bila budget lebih sikit baru kami akan memilih penerbangan selain AirAsia seperti MAS atau Singapore AirLines. Tapi selalunya Singapore AirLines coz dia masih lebih murah dari MAS. Kalau harga begini dikekalkan, kami akan menjadi antara pelanggan tetap MAS. Mengikut perancangan kami akan menaiki penerbangan pertengahan tahun ni. Kalau nak naik balik pun lepas-lepas tu la ye. Harap2 harga begini kekal sampai bila-bila. Paiti..
p/s: Kepada anak-anak kapal, rajin2lah senyum bila bertugas. Tiket mahal tau...Senyuman kan sedekah, bukan kene bayarpun..
Labels:
Am
Wednesday, March 20, 2013
Berat Badan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Pic from google
Bila dah abis pantang, perkara pertama yang ibu akan buat ialah try seluar jeans. Masih muat lg?? Atau muat tapi ketat?? Muat dan sedang-sedang elok(selalunya tidak) ?? Apakah keputusannya...
Masih muat..tp ketat sudah.
Labels:
AbahIbu
Thursday, March 14, 2013
Selesai Sudah
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Ibu dah Merdeka..
Berakhir sudah fasa berpantang 40hari. Kejap je masa berlalu. Tapi masa menghadapi tu macam lama je rasa. Tup tup 46 hari dah hari ni. Darah dah clear. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang takda dugaan sangat. Thanks to cikEmi coz ambik 'contract' dengan akak masa berpantang. Kurang sikit beban. Start dari anak ke3 aku dah mula berpantang sendiri. Masa anak sulung dan ke2 aku berpantang di Kelang. So kebanyakkan urusan bonda yang buat. First time berpantang sendiri agak stress juga. Dengan dugaan yang tak di duga. Nasib baik tak meroyan. Kali ke2 berpantang sendiri aku dah mula pandai sikit mengawal diri. So kurang stress. Pengalaman mengajar kita. Hari ni mandi nifas. Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari. Ada orang kata min 40hari. Waallahuaklam. So hujung minggu ni cikEmi akan balik ke Kelang. Tingallah aku menjaga anak4. Bak kata org tua 'Jangan sampai tak cukup kain sudah'. Semoga aku diberi kekuatan dari segala sudut dalam membesarkan anakanda4. Ya Allah, tabahkan hatiku, cekalkan aku, beri lah aku kesabaran yang tinggi, jika ada dugaan yang mendatang Kau tetapkanlah imanku agar aku tidak lupa kepadaMu. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat ku mengadu dan memohon pertolongan. Amin..
p/s:Fasa 2 berpantang diteruskan untuk 100hari.
Labels:
AbahIbu
Monday, March 11, 2013
Doa Dhuha
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
(sumber dr google)
Kat sekolah along Amrullah belajar solat sunat dhuha. Seperti biasa Amrullah mesti suruh ibu cari kat youtube. Coz along kata teacher pasang youtube doa dhuha. Dorang tengok video doa dhuha di youtube sambil belajar agaknya. Kebetulan masa tu kat tv tengah tayang doa dhuha. Ibu pun cepat2 record. Alhamdulillah..anakanda suka ikut dan dah boleh ingat. Semoga anakanda rajin menunaikan solat dhuha di hari2 mendatang. Ilmu yang baik perlu diamal.. ye anakku. Amin..
Labels:
Doa
Subscribe to:
Posts (Atom)





















