Monday, August 24, 2009

Permata hati AbahIbu

Keletah Si Abang, Manisnya Si Adik berkerudung



















Entry
kali ni aku just nak kongsi rakaman potret keletah dua beradik, anakanda Amrullah dan Ashiilah yang pada asalnya hanyalah bermain dengan baju abahnya ketika aku sedang lipat kain. Si Alonglah yang mula-mula mengenak adiknya dengan membaling baju ke Ashiilah. Alih-alih lain jadinya. Dah macam pakai tudung lak Ashiilah ku lihat. Alongnya pula klau diletakkan ega dikepala, mesti persis tokseh rupa anakanda Amrullah. Aku pun betul-betul kan sedikit kedudukan baju tu, dan ku snap sebanyak yang mungkin untuk dijadikan memori indah. Suka aku dan hubby melihat gambar-gambar mereka. Terasa senang dan tenang. Korang suka gambar mana? Secara peribadi aku lebih suka gambar akhir sekali, Ciuman sayang seorang abang kepada adiknya.
Abah dan Ibu sayang bangat sama anakanda berdua. Semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi olehNya. Insyaallah. Jom layan...

Saturday, August 22, 2009

Baby in Pink Contest

Baby in Pink Contest

Salam.. Ini first time aku nak try sertai contest yang dibuat oleh Sha aka ibuPuteri. Tengok kat blog member, menarik jugak. Entah macam mana tergerak pula hati ibu nak sertai contest Baby in Pink. Agaknya sebab entry baru-baru ni aku ada load gambar anakanda Ashiilah berbaju pink kot. So apalah salahnya try. Mana tahu ada rezeki anakanda. Caiyuk..caiyuk....

Nama Baby : Nurul Ashiilah Bt. Mohamad Sabri
Tarikh Lahir : 17 Februari 2009 (6 bln++)

a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
-Kerana anakanda Ashiilah adalah baby in pink yang paling comel di Seantero dunia. Walaupun belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab..hehe. Semanja maksud 'pink', semanja itu jugalah anakanda sorang ni. Anak yang tak banyak ragam, cukup menyenangkan sesiapa sahaja. Senyuman anakanda boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Hanya perlu senyum sahaja. Tak ghitu juri..:)

b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini??
-Saya pun baru sahaja singgah di blog Sha ni, sempena contest ini. Blog yang simple tetapi menarik. Pink blogger. Suka cerita tentang anakanda Puteri, sepertiku juga yang suka menulis tentang anakanda Amrullah dan Ashiilah. Semoga kita terus menjadi rakan 'blogger' selepas ini, disamping berkongsi cerita.

Salam Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Puasa 1413H


Khas kepada pengunjung-pengujung blog ini. Semoga Ramadan kali membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua. Marilah kita sama-sama melipat kali gandakan amalan sedia ada. Semoga Allah menerima segala amalan kita. Insyaallah.

Tuesday, August 18, 2009

Layan je la...

Acu Cuba Try Test



Tadi masa browse internet, sambil-sambil nak cari maklumat terkini tentang H1N1, terjumpa la pulak dengan dua laman web ni dan ini, untuk mengedit-edit gambar. Menarik jugak. So saja jer test. Coz sebelum ni pernah gak tengok kat blog-blog orang ada gambar camtu. Rupa-rupanya ada website dier. Lehla cuba-cuba beberapa gambar, menarik jugak. Jom layan...

Monday, August 17, 2009

Hadiah 'Otomen' Lagi

Anakanda Amrullah 2 Tahun










Tanggal 5 August 2009, genaplah anakanda Ahmad Amrullah berusia 2 tahun. Dah besar dah anak ibu. Tapi kami tak buat apa-apa pun sebab anakanda Amrullah demam masa ni. So malam tu abah bawa pi Klinik Anjung Karisma. Coz ni dah hari ke3 Amrullah demam tak kebah-kebah. Risau juga. Yela, sekarang ni kan banyak kes selsema babi, dah la baru balik dari Medan. So untuk keselamatan baik pi check. Kira sambut birthday di klinik jer la. Anakanda Amrullah kalau demam sedih ibu tengok. Yela, Amrullah kan jenis aktif, tiba-tiba jadi pasif. Terasa sunyi rumah. Ibu pun tkdelah terjerit-jerit "Along Amrullah! Jangan kacau adik". Macam ada je yang tak kene. Alhamdulillah doktor kata Anakanda Amrullah demam biasa. Suhu demam agak tinggi, 37.9C. Mungkin sebab cuaca sebab ramai jugak kanak-kanak demam sekarang. Doktor bagi ubat demam dan Antibiotik.










Gambar di atas di 'snap' oleh tuan empunya diri sendiri. Hi..nak jadi fotografi pulak ke anakanda ni...

Alhamdulillah, esoknya lepas makan ubat yang di beri, nampak kesan positif. Demam anakanda mula kebah. Petang tu, anakanda dah mula aktif. Esoknya keadaan bertambah baik. Maka bermulalah semula keriuhan yang dirindui ibu. Sebenarnya, sebelum ke Klinik Anjung Karisma kami dah bawak anakanda ke Hospital Pakar S#######. Tapi ubat yang diberi tiada kesan langsung. Doktor di hospital tu pun tak pulak bagi antibiotik. Alhamdulillah terdetik abah nak bawa anakanda ke Klinik Anjung Karisma malam tu. Sejak anakanda Amrullah semakin besar ni, akalnya pun semakin panjang. Kelucuannya pun semakin menjadi. Amrullah pun dah boleh diharap, disuruh itu dan ini. Nasib baik anak ibu sorang ni rajin menolong. Amrullah pun dah mula memahami apa yang kita katakan. Satu lagi perkara yang anakanda suka ialah menyebut apa yang kita eja. Satu perkembangan yang baik terutama untuk melatih ingatan. Alhamdulillah, sekarang semua selamat. Teka Amrullah dapat apa haritu? Apa lagi kalau bukan "Otomen Tiga".(refere gambar atas, yg biru tu otomen tiga, yang merah otomen cosmos) Hero favourite anakanda tu.

Ibu dan abah sentiasa mendoakan semoga anakanda Amrullah sentiasa dilindungi yang Maha Esa dari segala perkara yang tidak diingini dan menjadi anak dan soleh. Rajin-rajin jaga adik ye.

Friday, August 14, 2009

Anakanda Ashiilah dan Cekak Mickey Mouse

Ashiilah dah sunat










Tak lama lagi anakanda Ashiilah dah nak masuk 6 bulan. So sebelum Ashiilah mencecah usia 6 bulan, aku nak cite sikit perihal anakanda Ashiilah ketika berusia 5 bulan++. Sekarang anakanda Ashiilah dah anak dara. Hehe..Almaklumler masa inject 5 bulan aritu, Ashiilah disunatkan sekali. Akhirnya sunat juga anakanda setelah ditunda-tunda. Nak wat camner, banyak kekangan-kekangan di luar jangkaan yang berlaku. Sekarang Ashiilah dah kenal ibu, bila ibu hilang jer dari pandangan, dia mulalah uwekkkkeekkk.... Bila ibu tunjuk jer muka, Ashiilah senyap..siap senyum-senyum lagi. Nasib baiklah rumah kecik, ibu kat dapur pun Ashiilah leh nampak. Kalau tak, tak terbuat ibu kerja rumah. Sekarang Ashiilah dah meniarap, dah mengundur dan suka benorlah main air liur. Makin gugurla rambut ibu. Anakanda Ashiilah pun dah mula angkat-angkat bontot, angkat-angkat badan, nak merangkak la tu. Makin jauhlah penjelajahan Ashiilah nanti. Sekarang ni yang baru meniarap pun abis ruang tamu diterokainya. Golek sana, golek sini macam bola da.. Kat atas tu gambar Ashiilah sewaktu berusia 5 bulan++. Ada perubahan tak? Makin bam-bam kan? Biasalah... anak ibu memang bam-bam, ibunya jer yang makin kus-kus..hehe.:D

Semoga anakanda Ashiilah dapat membesar dengan sempurna dan sentiasa dilindungi Allah. Aminn..


Thursday, August 13, 2009

Akhirnya....

Assalamualaikum.

Akhirnya rumah mayaku di singgah juga oleh Tuan Rumahnya yang "busy" ni. Heheh..
Lepas ni insyaallah akan aku update rumah ku ni dengan kisah-cerita yang telah banyak terlepas.
Kepada kengkawan yang masih sudi datang ke rumah ku ini walaupun tiada yang baru, jutaan terima kasih ku ucapkan. Tunggu ya......... :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''